Tuesday, November 30, 2010

JOM JALAN2 LONDON-MADAME TUSSAUDS

Dah kenyang, jom kita menapak lagi, nak jumpa beberapa orang penting ni, tak lengkap kalau ke London tak jumpa mereka ni, hehe..


Hello Mr President!

Hehe yang tengah-tengah tu tokoh negara mana ye, min aina anta ya akhi?

Peminat James Bond dan ...James Brook

         Layan  je wajah-wajah glamour ni, antara wajah yang terpilih untuk 'dipatungkan'...








Yang bestnya lepas ni kami ada The Spirit of London ride, naik mini cab merentasi time tunnel kezaman silam sejarah British bermula dari zaman Sir Francis Drake,Shakespeare,Queen Victoria dan banyak lagi hinggalah zaman sekarang. Memang menarik tapi tak boleh ambil gambar kat sini, so pinjam gambar Mr.Google je lah..


Keluar je dari Madame Tussauds ni,kawan ummiross n anak sedaranya dah tunggu kat luar, nak jadi jurupandu kami pegi 'sopin'2(pinjam istilah cikmin ni hehe..)

Underground.... nak ke Malaysian Hall

Singgah kat Malysian Hall dulu, tumpang solat....

NEXT- Royal Albert,murah ke kat London?

Monday, November 29, 2010

JOM JALAN2 LONDON-CAMDEN LOCK

Sebelum ke Baker Street untuk ke Madame Tussauds,kami singgah kat Camden Lock ni dulu, macam bazaar lah ni,jual-jual baju, accesories, kraftangan, souvenir dll. Barang lebih murah kat sini, ummiross beli souvenir je kat sini, nak cepat,tak dapat lama-lama...







Kawan ummiross dari Kota Kinabalu pun ikut, waa seronoknya jumpa Halal food.

Moroccan food,lauk boleh campur2,lebih kurang 20 hengget Malaysia, xpe le sekali sekala...


NEXT ENTRY....Jumpa Shah Rukh Khan di London

JOM JALAN2 LONDON -SIGHTSEEING

Dah puas pusing-pusing bandar Kingston, kami ke stesen keretapi untuk ke London. Stesen keretapi Kingston ni dekat je dengan travelodge,jalan kaki dalam 5 minit je. Nak jimat kos,kami naik pukul 9 lebih sebab harga travelcard ni berganda di awal pagi. Hari ni kami ada London sightseeing, pakej satu hari, dapat satu hari lagi percuma termasuk river cruise.

Menunggu keretapi ke London

Tiba di Waterloo station, kira-kira macam KL Central lah ni...
Dah jumpa ni,insyaAllah tak sesat, nak balik Kingston nanti naik kat sini lagi...

Sightseeing bermula,bas dua tingkat, mula-mula action duduk kat luar ni,tak beratap, lepas tu sejuk sampai nak terkancing gigi, pandai-pandailah pindah ke dalam


Menyelusuri Kota London,antara gambar yang sempat diambil dari atas bas

Singgah di pekarangan Istana Buckingham,baru nak posing2,hujan pulak


HARI KEDUA

Waa hari kedua ni dah pandai sikit, jalan sendiri sebab sightseeing semalam dah bagi idea untuk kami bergerak. Hari ni kami guna bas hop on-hop off, ke Trafalgar square,Camden Lock dan Madam Tussauds, Malaysian Hall dan acara shopping.....Hehe part ni memang best,tengok apa yang ummiross nak beli sangat kat London.





Sekitar Trafalgar Square


National Gallery, mempamerkan lebih dari 2000 hasil seni dari seawal kurun ke-13
,

To be continued...dah penat 'den', gambar2nya banyak,sampai pening lak nak pilih, kita rehat dulu!!!

Sunday, November 28, 2010

JOM JALAN2 LONDON-SEKITAR KINGSTON

Alhamdulillah dah sampai Sarawak, segala urusniaga bermula kembali, kalau nak order,email atau sms je ye...

Alhamdulillah juga, percutian ke London,Paris dan Zurich yang dirancang berbulan-bulan sebelum ni berjalan dengan lancar. Bunyi macam percutian mewah, tapi semunya bermula dengan promosi AirAsia RM699 ke London. Dah alang-alang ke London, terfikir best jugak kalau dapat ke beberapa negara Eropah berhampiran.

Semua urusan penginapan, transportation ke Paris dan Zurich termasuk pakej sightseeing dibuat secara online. Tanpa bantuan kawan ummiross dan suaminya yang tinggal di New Malden London, tentu holiday trip yang melibatkan 3 negara ni tak sebegitu mudah. Suami kawan ummiross ni selalu travel ke Eropah, anak jati London pulak tu,, jadi banyak information yang diberi sangat-sangat membantu, sehinggakan travelodge yang kami nak sewa tu pun siap di 'survey' nya dulu. Terimakasih banyak-banyak...

Nak booking online ni kena hati-hati jugak. Semasa nak ke Zurich ummiross ada jumpa satu group dari Malaysia, dua keluarga, 7 orang semua termasuk anak-anak. Simpati jugak dengar cerita dia orang ditipu, hotel di London yang dibooking secara online tak wujud, terpaksa minta kawan-kawan untuk cari hotel lain. Duit booking RM2000 lebih 'burn' macam tu je...

So beberapa entry ni, ummiross nak kongsi pengalaman holiday ummiross baru-baru ni, dapat jugak cuci-cuci mata, kalau dapat jadi panduan, alhamdulillah.

Travelodge Kingston Upon Thames, tempat kami menginap, dipilih sebab dekat dengan rumah kawan ummiross, senang nak berurusan dan tak kurang penting, bandar yang cantik serta pusat beli-belahnya yang memang 'mengancam'...hehe poketku yang terancam...

Old London Road, bersebelahan hotel, ke depan sikit shopping centre

Bandar Kingston masih lengang di pagi hari

Pagi-pagi buta kami dah keluar menghirup udara segar di tepi Sungai Thames



Gambar-gambar disekitar Charter Quay,pemandangan pagi di Sungai Thames ni memang cantik,walaupun badan sejuk membeku...


Berjalan-jalan melihat suasana disekitar bandar Kingston dulu sebelum ke London

Suasana persekolahan di Tiffin School Kingston






Seronok melihat rekabentuk bangunan yang cantik-cantik..

Haa tengok tu John Lewis, gila-gila jugak kami shopping kat sini, ada offer dari 20%-70%, dah dekat Krismas agaknya, kata kawan ummiross jarang-jarang je ada offer, tak taulah tuah badan ke merana badan, hik3x...




Thursday, November 18, 2010

Yuhuuuuu!!!! London Trip

Terim kasih kepada semua yang ucap selamat hari raya kat chat box,sorry tak dapat nak balas. Semalam ummiross beraya di airport, pukul 6.00 pagi dah bertolak dari airport Kuching ke LCCT.
Kepada semua sekali lagi, selamat hari raya ye...Bye nak holiday dah...

Ambik boarding pass di LCCT, berlepas jam 3 petang...


Dah nak naik belon...


Alhamdulillah dah sampai Stansted Airport jam 8 malam waktu london...


Dah sampai Kingston Travelodge upon Thames, dah penat sangat,nak tido dah.
Esok awal pagi nak ambik udara segar kat Sungai Thames...

Tuesday, November 16, 2010

KAMI BERCUTI, URUSNIAGA PUN CUTI....

HELLO,HELLO,HELLO...PENGUMUMAN YE, SILA BERI PERHATIAN




SEGALA URUSNIAGA DI SALAMBORNEO AKAN DIHENTIKAN BUAT SEKETIKA BERMULA DARI 17HB.NOVEMBER HINGGA 27HB.NOVEMBER 2010. URUSNIAGA AKAN BERJALAN SEPERTI BIASA SELEPAS TARIKH TERSEBUT.

KAMI BERCUTI.....

Huhuuu banyaknya bekalan, hehe kalau kebulur jugak tak tau le...

     
Now everyone can fly, esok kami 'terbang', yuhuuu!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Gambar:AP Photo(google)

Alhamdulillah lebihkurang 2.5 juta ummat Islam berwukuf di Padang Arafah semalam. Terharu jugak menonton siaran TV-111, diikuti disebelah malamnya pula sempat menonton Salam Baitullah TV1 dan Khabar Haji, Astro Oasis. Terubat rindu, menanti hari dan waktu bilakah akan dijemput menjadi tetamu Allah sekali lagi...

Dikesempatan ini ummiross dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan blogger, semua pelanggan dan ummat Islam seluruhnya...



Gambar Mr.Google
(sadia1002)


Rezeki untuk dikongsi
Berkorban setahun sekali

Saturday, November 13, 2010

Batik Pasang Sarawak-To KL With Love

Ni pulak order dari Kuala Lumpur...Kod KPB5


Semakan order : KPB5-1psg
Tarikh pos:12.11.2010
Pos ekpres LD11 421 761 0MY

To Lin
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi...

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 017- 8503585
Jenis : Batik Sarawak
Ukuran Lebar : 4m(2m corak penuh,2m corak berkaki)
Harga runcit : RM75 Sepasang
Harga borong : Sila hubungi ummiross.

SILA KLIK LABELS UNTUK LEBIH PILIHAN




Thursday, November 11, 2010

Batik Sarong Sarawak - To Sepang With Love

Ni pulak antara order dari customer ummiross di Sepang, Selangor, anak Sarawak kitak..
Kalau berkenan anda pun boleh order,stok sentiasa ada...macam-macam ada..

Semakan order:
BS5,BS8,BS9,BS10,BS13,BS14
BS15,BS17,BS19,BS20,BS22
BS25(2),BS26,BS27,BS28
BSS30,BS36,BS37

Tarikh pos : 10.11.2010
Poslaju:EN418980176MY

To Edna
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi...

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 017- 8503585
Jenis : Cotton
Ukuran Lebar : 2m (belum berjahit)
Harga runcit : RM25
Harga borong : Sila hubungi ummiross.

SILA KLIK LABELS UNTUK LEBIH PILIHAN