Wednesday, October 24, 2012

KONVOKESYEN ANAK BONGSU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam bertemu kembali, lama tak bersiaran, ‘tuan tanah kedaung’ ni busy memanjang. Petang Jumaat minggu lepas kami ke Penang, jumpa abang dan Sil yang akan ke Mekah. Malam patah balik dan tidur di Ipoh. Keesokan pagi, anak bongsu ummiross ada rehearsal untuk konvokesyen di UTP, Seri Iskandar. Hari Ahad, 21hb.10, 2012 menghadiri majlis konvokesyen anak bersama suami. Malam balik ke Bangi. Keesokan pagi ke airport hantar abang dan Sil berangkat menunaikan haji. Semalam ke KLIA lagi, hantar kawan, juga berangkat ke Mekah. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan mereka dan semoga mendapat haji yang mabrur. Malam ni insyaAllah balik kampung pula. Jadi esok relaxlah sikit, insyaAllah dapat berpuasa sekeluarga di kampung.

Pagi ni baru sempurna nak mengadap lappy. Kena buat juga n3 kenang-kenangan ni. Konvokesyen anak bongsu. Sekadar berkongsi kegembiraan kami. Anak-anak adalah amanah. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami. Mendidik anak-anak tidaklah begitu sukar tapi memerlukan kesungguhan. Mereka cemerlang dalam pelajaran, mereka juga anak-anak baik yang mendengar kata, meski masih ‘gila-gila’ remaja, mereka sangat menjaga solat, malah tidak kekok untuk berpuasa sunat. Lalu kepada Allah jualah kami panjatkan segala rasa syukur, ia  persis diluar kemampuan kami, sungguh ia ehsan dari Allah, moga ia terus begitu, insyaAllah. Terima kasih kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah, kejayaan ini milik kita bersama. Moga Allah membalas segala jasa.

Kepada semua rakan-rakan blogger, Selamat hari Raya Aidil Adha. Selamat menunaikan ibadah Qurban. Ummiross bercuti mulai esok. InsyaAllah Isnin depan kita bertemu kembali.

Bergambar selepas majlis konvokesyen…

DSC_0128DSC_0166


Penyampaian ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Sistem Maklumat Perniagaan Kelas Kedua Atas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad…

DSC_0067DSC_0068

 

Merakam kenangan….
DSC_0092DSC_0192DSC_0090DSC_0101DSC_0100DSC_0086DSC_0145DSC_0059

46 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Ummi...
Alhamdulillah, semoga di permudahkan segala urusan bagi jemaah yang pergi untuk menunaikan haji .

Tahniah untuk anak bongsu ummi.. Alhamdulillah, setapak lagi kejayaan yang di capai. Semoga anak tidak jemu menimba ilmu dunia dan akhirat, di samping menjadi anak yang soleh Dan sedia mendengar kata nasihat org tua.

Berhari Raya di kampung ye ummi..

Salam aidiladha buat ummi sekeluarga ya..

Love - kakya :)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah ummi.. saya tumpang seronok dan berbangga kerana ummi dikurniakan dgn anak2 yang membahagiakan hati ummi dan suami.. tentunya cara didikan ummi yang membawa kepada perkara yang baik2 itu.. Alhamdulillah bahagianya.. betullah ummi, sama pulak entry kita hari ini.. harap2 saya dapat mendidik anak2 sebaik ummi juga, insyaALLAH.. Selamat hari raya dan selamat balik kg utk ummi dan keluarga.. semoga selamat dalam setiap perjalanan hendaknya.. Take care ummi..

inazamri said...

tak kesempatan kita nak jumpa kan.Pagi ni ina dah ada di Perak lepas balik dari shah alam.Mata rasa mengantuk ni dah dekat kul 12 ni

Aziela said...

Tahniah Ummi. Semoga keluarga Ummi terus terusan dilimpahid engan kebahagiaan. Amiin.

ummiross said...

@Deru Ombak;

Waalaikumussalam Kakya..
Alhamdulillah, dapat juga berlepas, moga mendapat haji yg mabrur.
Tapi kan Kakya,kelam kabut juga Kakya yang dapat last minute ni, semalam pegi airport macam2 cerita, suka dan duka.Ada yang tak lepas lagi pegi.

Terima kasih Kakya, bila dah lepas ni memang lega rasanya Kakya..
Itulah doa ummi agar anak2 tidak jemu menuntut ilmu, moga menjadi anak soleh.

Ummi balik kampung Kakya, semasa di Kuching memang kami tak balik raya haji,Alhamdulillah dapat beraya di kampung tahun ni, insyaAllah.

Selamat hari raya juga buat Kakya....esok kita puasa sama2 ye.

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah, terima kasih Hanis...Semuanya nikmat Allah yang sangat2 kami syukuri.

InsyaAllah Hanis pun ummi nampak berada dilandasan yang betul mendidik anak2,ummi sebenarnya kagum dengan ibu2 muda sekarang,sangat mengambil berat pendidikan anak2 dunia dan akhirat sejak dari kecil lagi, itu petanda baik, tahniah, moga Allah memberkati segala usaha.

Yelah Hanis, macam ada telepati pulak kita ye. Selamat hari raya juga buat Hanis sekeluarga dari kami sekeluarga, salam untuk semua.

ummiross said...

@inazamri;

InsyaAllah ina, kalau ada rezeki, jumpalah kita nanti, nanti mita roger2 lagi ye.

ummiross said...

@Aziela;

Azila..terima kasih banyak. Moga Allah melimpahkan kebahagian buar buat Azila sekeluarga juga.

Anonymous said...

insyaallah...mdpt apa yg dihajati...
dan tahniah buat anak bongsu ummi...semoga senantiasa dibwh rahmatNya...

MumMe said...

alhamdulillah...tahniah ummiross atas kejayaan anak ummi...kejayaan anak adalah kejayaan ibubapanya mendidik... :)

Kazman / Sue said...

wah... tahniah dari kami sekeluarga.... anak harapan dah ni...

ummiross said...

@S! M4T4 C0KL4T;

Terima kasih JS, moga Allah makbulkan doa, Amin..amin.

dwatyKNY said...

salam aidil adha buat umi juga... seronok tengok anak2 dah berjayakan umi....

Mimie said...

Assalamualaikum kak....

Tahniah utk anak akak...seronok kan dah konvo

ibuintan said...

Alhamdulillah.. tahniah buat ummi sekeluarga. Anak2 semua berjaya dan cemerlang.... bertuahnya ummi.

Moga anak2 saya juga begitu nanti.. berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.

Jahirah said...

tahniah di atas kejayaan...tumpang gembira tgk...:)

MulutPayau said...

tahniah utk anak bongsu ummi....seronokkan bila tengok anak2 dah berjaya...

Selamat hari raya adiladha utk ummi dan keluarga...

Unknown said...

Alhamdulillah tahniah Ummi..awat mai Penang x inform saya

NzA said...

TAHNIAH anaknda....sejuk perut ummi mengandungkan anak2 yg soleh....Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anaknda sekeluarga....
Ensom anak ummi.....

Selamat hr raya aidil adha ummi....

Amie said...

Tahniah buat si bongsu, juga buat Ummi dan suami... menjadi anak-anak Ummi ye.
Selamat menyambut aidil adha buat Ummi sekeluarga.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Assalamualikum kak...

tahniah utk anak bongsu akak...seronok kan ank dh konvo...Alhamdulillah...

salam kenal kak dr wani aka ibuqalief...wani dtg dr blog Jemari Suri :-)

ummiross said...

@MumMe;

Terima kasih MumMe. Alhamdulillah, lega rasanya ni MumMe, tertunai tanggungjawab memberi pendidikan untuk mereka, semuanya dengan rahmat kasih sayang Allah SWT.

ummiross said...

@Kazman / Sue;

Terima kasih Kaz/Sue, Alhamdulillah, selesai satu bab, hehe..bab seterusnya harap2 dapat pekerjaan yang baik.

ummiross said...

@dwaty;

Terima kasih dwaty. Alhamdulillah, lega rasanya dwaty, dah abih belajar ni, harap2 cepatlah pula dapat kerja.

ummiross said...

@PinkUmmi;

Waalaikumussalam PU..

Terima kasih. Alhamdulillah, memang seronok sangat melihat saat2 ini.

ummiross said...

@ibuintan;

Terima kasih ibuintan.
Alhamdulillah,syukur sangat, semuanya dengan rahmat kasih sayang Allah SWT. InsyaAllah...anak2 ibuintan pun ummi percaya akan berjaya dengan cemerlang.

ummiross said...

@Aishah Jahirah;

Terima kasih Aishah, terima kasih berkongsi rasa gembira..

ummiross said...

@MulutPayau;

Terima kasih MP, Alhamdulillah..seronok dan lega juga MP sebab dah lulus semuanya.

Selamat hari raya juga buat MP sekeluarga.

ummiross said...

@khairul;

Terima kasih khairul. Hehe.. kami pi sat je, memang kalutlah hari tu. InsyaAllah kalau ada kesempatan lain kali..

ummiross said...

@NzA;

Terima kasih NzA mendoakan yang baik2 untuk anakanda ummi, moga Allah membalas segala doa yang baik2 itu untuk anakanda2 NzA dan NzA sekeluarga..amin2x.
Hehe kalau yg adik ni sporting je nak bergambar, kalau yang abang tak nak dia, pemalu.

Selamat hari raya juga ye buat NzA dan keluarga..

ummiross said...

@Amie;

Terima kasih Amie cayang..
Lega rasanya Amie, dah tamat pengajiannya, itulah harapan kita ibubapa kan, memberi pendidikan sebaik mingkin buat anak2. InsyaAllah nanti anak2 Amie pula akan menyusul dengan kejayaan.

Selamat hari raya juga Amie..

ummiross said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief;

Waalaikumussalam Wani..terima kasih. Alhamdulillah, syukur dan seronok masih terasa ni Wani, hehe..

Terima kasih wani singgah blog ummi, nanti ummi singgah blog Wani ye, salam kenal juga dari ummi.

Sweet N Pretty said...

allhamdulillah tahniah buat si bongsu ummi. moga menjadi profesional bertakwa:)

Anonymous said...

tahniah atas kejayaan anak2 ye umi!

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Terima kasih Intan. InsyaAllah, moga Allah makbulkan, amin2x.

ummiross said...

@Kesuma Angsana

Terima kasih KA..

puanbee said...

Tahniah

lari topik

suka blog umie yg ni ..

ummiross said...

@puanbee;

Terima kasih bee..

Bee..yang bee buat hari tu pun cantik juga, lama ummi guna yang tu, tq ye.


kak ina kl said...

Salam Ummi..

Tahniah buat anak bongsu kamu dan juga kepada ibu dan ayah yang telah mendidik anak dengan sempurna dan berjaya sehingga ke tahap ini.
Semuga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah dan berjaya di dunia dan akhirat

ummiross said...

@kak ina kl;

Wassalam kak ina..

Terima kasih kak ina. InsyaAllah sama2 kita mendoakan kebaikan untuk mereka, moga menjadi anak soleh dan solehah hendaknya.

vendoline said...

tahniah tahniah tahniah
hehehehe gmbr 1st..lelaki kat tepi kanan gmbr mcm kenal je

ummiross said...

@Edy Fee;

terima kasih3x edy..

Ye ke Edy, sapa tu?

Ina Hashim said...

salam kak,

rugi x dpt jumpa hrtu...btw, anak akak program BIS ye?macam penah nmpk mukanya...sape namanya ye?mana le tahu kut2 Ina penah ajar :D

ntah said...

@Ina Hashim;

Wassalam ina..

Yelah ina, ummi pun kalut juga hari tu,tak sempat nak contact awal2. Betul tu ina, BIS. Ummi tunjuk blog ina, tengok n3 potluck raya tu, ramai yang dia kenal. Dia kata dia biasa tengok ina juga, tapi ina tak mengajar dia. Rugikan, kalau tidak dapat kita berkenalan hari tu.

Ina Hashim said...

Takpela kak...dah bukan rezeki namanya....insyaAllah, ada rezeki kita berjumpa jugak satu hari nanti...Aminnn

ummiross said...

@Ina Hashim;

Betul tu ina, insyaAllah, Amin..