Monday, October 29, 2012

SESAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Mencabar sungguh perjalanan pulang dari Pantai Timur ke KL semalam. Perjalanan yang biasanya mengambil masa selama 6 jam, menjadi perjalanan yang panjang sehingga menjangkau 14-15 jam. Kereta bagaikan merangkak di lebuhraya, sesak dengan kenderaan. R&R pun penuh sesak, hinggakan nak ke tandas pun kena beratur panjang sampai ke jalan, terutamanya bagi tandas wanita. Nasib baiklah kami memilih untuk solat jamak takdim sebaik sahaja masuk waktu maghrib ketika mula memasuki lebuhraya, kalau tidak nak parking kat R&R pun belum tentu dapat. Apapun, Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai lebih kurang pukul 2.30 pagi setelah bertolak pada pukul 12.30 tengahari, 14 jam perjalanan. Biar lambat asal selamat, yang pasti memang penat!.

Kepada semua pelanggan kain-kain telah selamat dipos sebelum cuti raya lagi, tapi ummi tak sempat nak buat n3. Rasanya kain-kain tu memang dah selamat sampai, betul tak JS dan Nor Salmi?. Terima kasih daun keladi ye kerana sudi order kain dari ummiross. Kepada customer yang lain pun terima kasih juga. Selamat beraya dan selamat bergaya. Kepada yang berminat, kain kod RD stok terbaru tinggal 4 helai je lagi, cepat2lah order, nanti berputih mata. Sila klik LINK ni untuk melihat stok yang tinggal.

Noriza
Kod: KPH-1pc, BS-3pcs
Pos : 24hb.10,2012
Treking :EM293983145MY

Maizatul
Kod: BS-3pcs
Pos : 24hb.10,2012
Treking :EM293983389MY

Nor Azizah
Kod: RD-5pcs, BS-1pc
Pos : 23hb.10,2012
Treking :EM338708260MY

Lynne
Kod: RD-2pcs
Pos : 23hb.10,2012
Treking :EM338708225MY

JS
Kod: RD-2pcs
Pos : 19hb.10,2012
Treking :EM098522445MY

Salmi
Kod: RD-2pcs
Pos : 19hb.10,2012
Treking :EM098522658MY

Rosmiah
Kod: RD-1pcs
Pos : 19hb.10,2012
Treking : EM098522675MY

Adela
Kod: RD-1pcs
Pos : 19hb.10,2012
Treking :EM098522635MY

32 comments:

inazamri said...

kita senasib kak.Jem teruk sgt semlm.malam td kul 1230 mlm br sampai.letih yg amat.akak lagi la berbelas jam

NzA said...

masa baca status kt FB semua update ttg jln yg sesak teruk mengalahkan raya puasa.....Alhamdulillah semuanya selamat w.pn perlu lalui kesulitan.....

ummiross said...

@inazamri;

Ummi dah baca n3 ina tadi, rupanya jem juga ye sebelah Utara ye.Memang penat kan, lenguh2 seluruh badan, yelah berjam2 dalam kereta, otak pun letih duk tengok suasana jem.

ummiross said...

@NzA;

Yelah NzA, memang jem teruk, raya puasa hari tu takdelah macam ni sangat.Tapi ada hikmah juga, nampaknya takdelah kemalangan ngeri sepanjang perjalanan malam semalam.

Betul tu NzA, Alhamdulillah semuanya selamat, cuma penat dan mengantuk amat!

Adzrien Shoppe said...

mana no tracking liza? ha..ha.. penat pos je.. kita by hand lagi senang.
biasalah kalau balik pantai timur musim raya.. seharian atas jalan.

Hanis Azla said...

salam ummi.. itulah, dengar juga cerita dari kwn2 yang terperangkap dalam kesesakan.. ada yang keluar dari kampung pukul 3 ptg di kedah.. 5 pgi baru sampai rumah diputrajaya.. tapi Alhamdulillah.. masih dapat sampai dengan selamat semuanya..

Aziela said...

Aduhai....lamanya. Kesian pada driver. Lagi satu, kalau sesak teruk nie, saya takut kereta over heating. Maklumlah, kereta saya tu dah 'berusia'.

khairul said...

sakit hati klu tengah jem..ada org yg memotong dibahagian kiri jln

Mak Wan said...

Assalamualaikum Ummiross

anak MW juga lewat sampai...makan masa 15 jam dari rantau panjang ke seremban....semangat balik kampung...
alhamdulillah semua selamat.

ummiross said...

@ Adzrien Shoppe;

haha..betul tu Liza,by hand je, tapi entah bila dapat jumpa, tak taulah ye.
Kali ni memang betul2 jem Liza, penat sangat duk dalam kereta.

ummiross said...

@ Adzrien Shoppe;

haha..betul tu Liza,by hand je, tapi entah bila dapat jumpa, tak taulah ye.
Kali ni memang betul2 jem Liza, penat sangat duk dalam kereta.

ummiross said...

@Hanis Azla;

Wassalam Hanis..

Yelah ingatkan Pantai Timur je jem, rupanya belah utara pun jem jugak ye.Kata suami ramai yang ambik cuti hari Isnin tu sebab dah sampai lewat..

ummiross said...

@ Aziela;

Betul tu Aziela, kalau driver sorang memang penat sangat, nasib baik suami bergilir dengan anak. Ummi tengok banyak juga kereta yang berhenti, nak sejukkan enjin agaknya, hilang penat sekali, Kalau overheating tengah jem tu memang susahlah kan.

ummiross said...

@ khairul;

Memang sakit hati kan khairul, malam tu ramai juga yang buat perangai macam ni, memotong ikut kiri jalan, memang jenis pentingkan diri mereka tu.

ummiross said...

@ khairul;

Memang sakit hati kan khairul, malam tu ramai juga yang buat perangai macam ni, memotong ikut kiri jalan, memang jenis pentingkan diri mereka tu.

ummiross said...

@Mak Wan;

Waalaikumussalam Mak Wan..

Ooh anak Mak Wan ada tinggal di Rantau Panjang ye. Kalau dari Kelantan lagilah lama jemnya.Apapun Alhamdulillah semuanya selamat.
Semangat balik kampung, pengorbanan kecil untuk ibu bapa kan Mak Wan.

MumMe said...

mumme bertolak 6.30pg hr ahad sampai di bangi 1.30ptg.adik bertolak mlm tu 10.30mlm sampai di kl tepat waktu masuk kerja...terus ke ofis...kami sdg fikir solution utk traveling raya lps2 ni,ummiross...

ummiross said...

@MumMe;

MumMe..ummi ingatkan Pantai Timur je jadi macam tu, rupanya Utara pun serupa. Penatkan perjalanan lama macam ni, bagus adik MumMe, masih masuk kerja. Yelah MumMe..ummipun dah lama tak travel raya macam ni, masa duk Sarawak raya haji tak balik, raya puasa naik flight, tiket percuma, hehe..

Deq's Qienz said...

salam kenal umi ros.dtg dr blog si mata coklat :)

Kesuma Angsana said...

mmg standardlah time cuti2 raya ni!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

klu jalan jam mmg tensen kan kak..nk pulak ada pemandu yg penting diri ni

ummiross said...

@ Deq's Qienz;

Salam kenal juga Deq's Qienz, terima kasih singgah blog ummi, nanti ummi singgah blog Deq's Qienz ye..

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Yelah kan, lain kali kena bawa bekal makanan sekali, sebab payah nak parking kat R&R..

ummiross said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief;

Betul tu Wani, ramai pula yang ambil kesempatan potong sebelah kiri jalan, tension juga kita.

S! M4T4 C0KL4T said...

ye lah ummi...js time dtg aritu pun jammed hampir 13 jam baru smpi pjaya..huhu..

***ummi dh lama dh terima tp lum smpt jahit lagi...hihi

kak ina kl said...

semua berkobar-kobar nak balik kg..
seronok tenguk gambar kat jordan tu..akak tgk gak kat safiya TV9 pasal Jordan ni.

ummiross said...

kak ina kl;

Ye lah kak, semangat balik kampung, semuanya sanggup di redah hehe..
Ooh kak ina tengok ye, ummi pun kebetulan tengok juga hari tu, nostalgia betul tengok safiyya di Jordan tu.

ummiross said...

@S! M4T4 C0KL4T;

Teruk juga jem kali ni kan JS, penat satu badan.

Hehe..dah buat nanti, letaklah kat blog, teringin nak tengok JS matching macamana.

Edy Fee said...

ish2....sabaor je la....

ummiross said...

@Edy Fee;

Nak wat camne kan, sabau je la..

Kasih Salina said...

betol tu ummi, saya dari terengganu ke kedah pun blh jem..tak pernah2 camtu sebelum ni camtu..saya pun 15 jam atas jalan rasa, dgn ank2 demam lagi,memang letih sgt2..

ummiross said...

@Kasih Salina;

Oh ye ke?Pantai Timur ke Utara pun jem jugak ye. Memang letih Salina, tambahan kalau ada anak kecil, kalau demam lagilah risau kan.