Friday, November 2, 2012

ECO JORDAN HISTORIC JORDAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hari kedua kami di Jordan. Menyelusuri bumi Jordan bagaikan mengembara ke masa lampau, sejarah yang tertulis tapi tak pernah tercapai dek gambaran fikiran. Di sini semuanya seakan menjadi nyata. Melihat kesan tinggalan sejarah bagai melihat beribu tahun kebelakang. 

JERASH
Dikatakan sebagai ‘Rome Away from Rome’ dan merupakan ‘ the largest and most well-preserved sites of Roman architecture in the world outside Italy.’ Gahnya empayar Byzantine ni dulu sehingga berjaya menguasai wilayah diluar Italy termasuklah bumi Syam.

Namun Khalid Al Walid dan tentera Islam akhirnya berjaya menundukkan Byzantine, seterusnya menghapuskan pengaruh Rom di bumi ambiya ini untuk selamanya. Jerash masih terus berkembang dibawah pemerintahan ummayah sehinggalah pada tahun AD 749, gempa bumi memusnahkan sebahagian besar Jerash dan kawasan sekelilingnya.

DSC_0125DSC_0147DSC_0143DSC_0190
Jerash, 48km dari Amman. '’The drive will take you less than an hour, but will transport you 2000 years back in time'’-pinjam ayat Mr google. Rome memang terkenal dengan senibinanya suatu ketika dulu..

Jerash ni dulu merupakan kota serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kerja-kerja membaikpulih masih berterusan bertahun2 lamanya hinggalah ke hari ini.

DSC_0192DSC_0172

The South Gate

DSC_0165DSC_0231

The Forum

DSC_0193DSC_0224

The South Theater
Amphitheatre yang dikira hebat pada zamannya dan boleh memuatkan sehingga 3000 orang.

DSC_0207
DSC_0209

The Hippodrome

IMG_3072DSC_0273DSC_0148DSC_0287
Show time - lakon semula suasana semasa empayar Rome.

Jualan cenderamata di pintu masuk Jerash. Hehe..penjual cenderamata melelapkan mata.

DSC_0119

 

AJLUN CASTLE
Singgah kat Ajlun Castle pula. Ajlun Castle ( Qal'at Ar-Rabad) ni terletak di kemuncak bukit/gunung dikelilingi lembah menghijau.. Dibina oleh pada tahun 1184 atas arahan Ezz Eddin Osama, anak saudara kepada Salahuddin Al-Ayyubi, sebagai pangkalan dan pertahanan dari pencerobohan tentera salib dan mengawal aktiviti sekitarnya. Dikatakan 10 orang tentera Salahuddin ditugaskan mengawal di sini pada setiap hari. Selepas dua tahun pembinaannya, Salahuddin dan tenteranya berjaya menewaskan tentera salib dalam perang Hattin.

DSC_0313
DSC_0315
Ajlun Castle-‘The marvels of nature and the genius of medieval Arab military architecture’.

DSC_0297DSC_0326DSC_0318
Pemandangan yang cantik dari Ajloun Castle ni. Pokok yang menghijau dikejauhan tu, adalah pokok zaitun. Sebahagian besar bumi Jordan ditanam pokok Zaitun. Dalam pinggan tu, rasanya beri liar, manis dan sedap!

 

GADARA
Ancient city of the Decapolis was founded in the early 3rd century BC by Hellenistic dynasty of the Ptolemy.

Betul-betul kota lama ni. Kedudukan Gadara atau Umm Qais ini sangat strategik iaitu di tebing tinggi 350m dari aras laut mengadap Sungai Jordan, Bukit Golan dan Laut Galilee, Israel. Sangat-sangat cantik pemandangannya.

DSC_0098DSC_0124DSC_0129DSC_0105
Di sebelah kanan tu adalah Bukit Golan dan Tasik Tiberias atau juga dikenali sebagai Laut Galilee/ Tasik Gennesaret/Tasik Kinneret, Israel.


THE CITADEL

Terletak di Jabal al Qala’a merupakan salah satu penempatan tertua di Amman. Penempatan disini dikatakan telah wujud anggaran 7000 tahun dauhlu.  Ianya kemudian berterusan dikembangkan pada ‘Middle Bronze Age’, Persian, Hellenistic, Roman, Byzantine dan Arab Muslim.

DSC_0344IMG_3036
The earliest decorative, carved stonework found at The Citadel.

Kami tiba disini dah lewat petang. tak banyak gambar yang diambil, dah penat pun ada. Gambar dibawah ni bukan penempatan lama ye, tapi penempatan sekarang yang terletak berhampiran The Citadel ni. Rumah-rumah orang Jordan ni, serupa je warnanya, takde warna-warni.

DSC_0355

Dah senja, jom terbang pulang…
DSC_0347

Jom pekena nasi Mandey dulu, air tangan orang Jordan, the best ever!!!
IMG_3027

Selamat berhujung minggu, senyum2 sokmo….

Penghargaan; MR Travel.

35 comments:

Deru Ombak said...

Sungguh manakjubkan..
Kesan peninggalan seni bena yang unik. Pemandangan yang sangat cantik. Bekas tapak sejarah zaman silam.
Nasi Mandey yang lazat.

Sungguh speechless.. Tenkiu so much ummi berkongsi gambar untuk dihayati..

Selamat berhujung my dear sister.. :)

Amie said...

Elok benarlah kalau guru Sejarah ada pengalaman menghayati sejarah di lokasinya... mesti P&P berkesan, dan murid2 suka belajar sejarahkan Ummi sebab salah satu teknik berkesan tentulah melalui penceritaan... seronok baca tulisan Ummi, jauh lebih faham dari baca buku Sejarah Dunia!

Acik Erna said...

assalam ummi..terima kasih kongsikan gambar2 yang menarik disini.
yang paling menarik nasi tu ummi..panjang2 beras nya

khairul said...

best nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam ummiRoss...bestnya bc kisahnya,Gambar last tu mmg membuatkn atie jd lapar :D

❤Kamsiah❤ said...

salam
terimakasih kerana berkongsi gambar2 yg sangat cantik dan menakjubkan...tak dapat pergi...cukuplah tgk gambar dulu..:)

Sweet N Pretty said...

wah bestnya ummi jelajah ke bumi ambiya. cantik sungguh rekayasa bangunan2 lama tu ya, klasik:)

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

masih beragan2 untuk ke bumi Ambiaya ni....

tahniah untuk anak bungsu...

NzA said...

Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah....
xpuas menatap semua gambar2 tu...apatah lagi semua tu terbentang dpn mata......

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tima kasih ummi sebab kongsikan gambar2 yg menarik..plg wani xtahan nasi mandey tu la sedapnyerrr hihi

ummiross said...

@Deru Ombak;

Kakya...terima kasih.Hehe..ummi masukkan banyak gambar2, sebab ummi ni tak berapa pandai nak bercerita, sikit2 bolehlah selebihnya cuci2 mata dengan gambarlah kakya ye...

ummiross said...

@Amie;

Amie, ummi ni dulu lemah juga sejarah, kurang minat, tapi lepas tengok tempat2 ni,teringin nak tau lebih lanjut,seronok dapat lihat kesan sejarah bagaimana Islam berkembang satu ketika dulu.Terima kasih Amie.

ummiross said...

@Acik Erna;

Wassallam Acik..

Terima kasih.`Acik nanti cubalah buat nasi Mandey, mesti best sebab ummi tau Acik pandai masak.

ummiross said...

@khairul;

banyaknya a, heheheeeeeeee, banyak tak e khairul?hik!

ummiross said...

@♥♥azatiesayang ♥♥;

Wassalam Atie. Terima kasih Atie, gambar2 banyak sangat Atie, kadang2 ummi pun tak tau nak pilih yang mana.Hehe..ummi pun jadi lapar ni Atie, tengok je teringat masa kat Jordan tu.

ummiross said...

@❤Kamsiah❤;

Wassalam Kamsiah...

Sama2. InsyaAllah, bila anak2 dah besar nanti panjang juga langkah Kamsiah, dapat jalan2 dengan suami.

ummiross said...

@ Sweet N Pretty;

Terima kasih Intan. Memang klasik Intan, tinggalan ribuan tahun dahulu, tapi masih bertahan setelah dibaik pulih.

ummiross said...

@atuk;

Waalaikumussalam atuk. InsyaAllah, kalau dah berangan, cepat sampai hajatnya tu Atuk, moga dipermudahkan.

Terima kasih Atuk.

ummiross said...

@NzA;

Terima kasih NzA.Pemandangan kat sana memang cantiklah NzA, apatah lagi bumi Jordan sangat signifikan dalam perkembangan Islam diluar tanah Arab, jadi teruja pula nak merakam gambar semasa di sana.

ummiross said...

@ Wanieys a.k.a IbuQalief;

Sama2 kasih Wani. Hehe..nasi Mandey tu memang best Wani, makanan kat Jordan semua best2 pada selera ummi.

Edy Fee said...

ohsem sangat......
tak jumpe kat malaysia...paling tertarik the forum.perghhhhhhh

Nor Salmi said...

Terima kasih ummi sudi berkongsi cerita dan pengalaman..
Teruja tgk gambar2 tu. Harap2 suatu hari nanti berpeluang juga jejakkan kaki di sana..

Kesuma Angsana said...

wah menariknyer TQ share ye

ummiross said...

@Edy Fee;

Memang awesome edy, kalau yang minat sejarah tentu lagi suka ziarah tempat ni.

ummiross said...

@Nor Salmi;

Sama2 kasih Mi. InsyaAllah bila anak2 dah besar senang nak berjalan nanti Mi...

ummiross said...

@ Kesuma Angsana;

Sama2 KA, terima kasih juga sudi singgah selalu.

Aishah Jahirah said...

seronoknya dapat melihat negara orang...xdpt pg tgk dlm gamba pun jadilah...:)

Kasih Salina said...

subhanallah, ummi ke Jordan ya..seronok berjalan melihat tempat orang kan. Umrah & ziarah ye..

Kasih Salina said...

boleh Umi share berapa harga pakej waktu pergi tu, destinasi mana termasuk dlm pakej? Penginapan okay tak...

ummiross said...

@Aishah Jahirah;

InsyaAllah, satu masa tiba giliran Aishah pula..

ummiross said...

@Kasih Salina;

Salina..bulan puasa hari tu ummi pergi, sekarang baru sempat kongsi cerita. Pakej tu rm6950,umrah ziarah Jordan dan sambut Ramadhan, tp ummi ambik yang berdua sebilik klu tak silap tambah RM500 setiap orang lagi. Kalau bulan tak puasa mungkin kosnya lagi rendah. Hotel ok, memang seronok sebab kami pergi dalam gru kecil, senang berurusan.

Kasih Salina said...

tq ummi kongsi harga kat sini..ye la..umrah bulan ramadhan mahal la kan..ummi duk hotel mana ye..dan ambik pakej dgn travel agent mana..nanti jgn lupa kongsi gambar2 hotel plak..nk camna hotel2 kat sana..

ummiross said...

@Kasih Salina;

Salina...Ummi pegi dengan MR Travel, ada ummi bagi link kat bawah n3. Tak teringat pula nak ambik gambar2 hotel hari tu, nanti ummi cerita sikit2 apa yang ummi ingat ye.

Kasih Salina said...

ok..tq ummi.. baru perasan link Mr travel tu..hihi..

ummiross said...

@Kasih Salina;

Hehe..sama2 kasih Kasih Salina.