Terima kasih banyak2 atas respon terhadap Jom Jalan2 the series, ada yang email dan ada yang telefon jugak. InsyaAllah penutupnya nanti ummiross akan bagi nama2 website yang boleh di 'visit' untuk buat booking online bagi hotel, eurostar train ke Paris, dan juga penerbangan murah ke Zurich, kalau nak ground arrangement sekali pun boleh. Alhamdulillah, syukur kerana dapat berkongsi pengalaman ini dan dapat memberi manafaat pada orang lain jugak. Sekali lagi ummiross sekadar berkongsi pengalaman…
Ok lah, kita sambung jalan2, lepas check in dan makan2- kami bawak bekal roti,biskut,maggi dll, kat area ni susah nak dapat makanan halal.
Perut dah kenyang, kami menapak ke Eiffel Tower
Haha.. jangan tak tau kami beratur kat sini dalam 15 minit
jugak sebelum menyedari kaunter tiket ni untuk orang yang
ingin menggunakan tangga naik ke tower, tak larat den...
Haa ni baru kaunter yang betul,naik lif,
panjang jugak berbaris
Suasana di kaki Eiffel Tower,ada yang jual souvenir tuu
Hai gayat jugak, tapi viewnya cukup cantik
View dari atas, saujana mata memandang
Selepas puas berposing dan kesejukan yang amat sangat, dah lah cuaca sejuk, angin pulak kuat, perut pun cepat berkeroncong. Kami turun dan ambik teksi untuk ke restoran makanan halal. Kawasan ni ramai orang Arab, dapatlah ummiross mengasah bahasa arab ummiross yang baru peringkat tadika ni dengan dia orang.
Cafe de la Mosquee de Paris, terletak dalam bangunan masjid Paris.
Ana uriidu khubs waa ruuz, haha betul ke ni,janji pelayan tu faham,
Ana uriidu khubs waa ruuz, haha betul ke ni,janji pelayan tu faham,
nasi dah habis jadi kami beli roti,pizza dan kuih-muih Arab
Kat area ni pun ada bakery arab muslim ,beli lagi, pizzanya sangat sedap
Mosquee de Paris , masjid Paris ni dibina pada tahun 1922-1926, sebagai penghormatan terhadap ratusan ribu tentera Islam yang terkorban untuk negara Perancis semasa Perang Dunia.
Alhamdulillah sampai ke sini, memang inilah impian kami, klu bermusafir ingin sekali sembahyang di masjid di tempat tu, ambik saksi kata Mr.Hubby Ling2.
Dalam masjid ni ada taman2, sebagai simbol Muslim Paradise,cantik sangat.
6 comments:
cantik nya taman dlm masjid tu...
ya lah Ummiross,taman yg ada kolam tu sgt menarik minat mumme.
wahhhh..jelesss..mmg ngidam sgt nak pi sini..
uwaaaaa
@Fiqas n MumMe;
Ye lah, cantik sangat tapi ummiross tak sempat rakam banyak2 sebab kalut nak sembahyang, rasa rugi pulak tak ambik elok2
@Far8 budak baik;
Hehe dah jenguk blog Far8, memang ini salah satu
tempat yang Far8 ingin pegi, insyaAllah ummiross doakan tercapai impian
As salam.. Nk naik eiffle tower kena bayar x?
Post a Comment