Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR, HAPPY NEW ME

Kalaulah hidup ini diibaratkan sebuah drama, maka tepat jam 12 malam ini kita telah berjaya menamatkan drama bersiri 365 episod berkisar pada kisah hidup kita sendiri. Ceritera yang penuh warna-warni, suka,duka,tawa gembira dan kadang-kadang terluka. Tidak sama antara kita. Segalanya telah diatur dengan sempurna oleh Dia yang satu.Yang pasti, kisah hidup kita lebih realistik berbanding drama bersiri Alisa di TV3...huhuhuuu.
Gambar Mr.Google
Enggak mau hidup segawat si Alisa ni...

Selamat tahun baru 2011, jadikan detik pertama malam ini sebagai tahun untuk memperbaiki diri, bukan untuk merosakkan diri. Permulaan yang baik akan dilimpahi keberkatan. Siri baru akan bermula, perjalanan masih panjang, apalagi yang lebih diharapkan selain dari rahmat Tuhan.
 
Gambar Mr.Google
Ya Allah jemputlah kami suami isteri menjadi tetamu Mu
lagi pada tahun ini.Tolong amin kan ye...


HAPPY BIRTHDAY TO ME,HAPPY BIRTHDAY TO UMMIROSS
HAPPY BIRTHDAY TO ME.....
 
PS: Lagu birthday tu hanya sah dinyanyikan tepat 12 malam ye, Happy New Year,Happy New Me hehe...
 
Ummiross tutup episod 2010 ummiross dengan ayat dari surah Ar-Rahmaan yang sentiasa menyentuh hati ini :
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahmaan
 
 
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

12 comments:

SK said...

insyaAllah dpt jemputan drpd Allah lg ;)

farahD said...

Salam kak, happy new year jgk hehe akak minta tlg akak vote blog sy personal blog. link ade kat blog sy http://jijana.blogspot.com..vote tau akak!

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

moga selamat dunia dan akhirat

amin amin amin

sambut hari jadi pd 31 disember ...yer

Wassalam

Cikmin said...

Selamat tahun baru 2011 buat ummiross..semoga hajat ummi menjadi tetamu ALLAH dimakbulkan oleh-NYA...aminnnnn...


p.s besday tu 31hb dec atau 1 jan?

ummiross said...

@SK
Terima kasih banyak2 SK, ummiross pun doakan yang terbaik buat SK sepanjang 2011 nanti

ummiross said...

@farahD;

Salam Farah,happy new year

InsyaAllah nanti akak vote,good luck

ummiross said...

Rozali;

Waalaikummussalam Rozali

Terima kasih banyak2 tolong amin kan dan atas doa, ummiross pun doa kan Rozali dan keluarga selamat dunia dan akhirat.

Hehe birthday tu 1hb.Januari, dah terpublish awal lah plk,mengantuk...

Wassalam

ummiross said...

@Cimin;

Selamat tahun baru cikmin, terima kasih cikmin, moga2 berkat doa cikmin sampai jugak hajat ummi,ummi pun doa kan segala yang baik2 untuk cikmin.

Hehe yg birthday tu ummi terpublish awal, dah edit dah, kena nyanyi 12mlm, maknanya setiap kali tahun baru, bertambahlah usia ummi, cepat tua kan...

Bee said...

happy besday ummie best sambut besday tahun baru nih kan!!

ummiross said...

@PuanBee;

Terima kasih bee, best bee mudah orang ingat,tp yg tak bestnya masuk je tahun baru,bertambahlah usia,cepat tua haha...

MumMe said...

betul tu Ummiross...kalau nak dicatatkan semua nikmat Allah,tak cukup segala dakwat utk mencatatnya...
amin utk doa Ummi supaya tercapai impian ke tanah suci... begitulah juga hajat mumme...rasa rindu dan nak sgt merintih pdnya...slama ni tgk LIVEKAABA di millatfacebook sj...

ummiross said...

@MumMe;

Ye lah MumMe...
Terima kasih atas doa,ummiross pun doakan impian MumMe nak tanah suci tercapai, amin.