بسم الله الرحمن الرحيم
Dah makan ke belum? Kalau belum , jemputlah makan tumpik ni. Hehe ummiross order sekeping je, share dengan MrHubby, pencuci mulut selepas makan nasi. Kalau nak, nanti ummi tambah order ye…
Tumpik ni makanan tradisional Sarawak, dibuat dari sagu/lemantak, campur dengan kelapa parut, dicicah dengan gula apong. Berbanding dengan laksa Sarawak dan Mee Kolok, tumpik ni jarang2 je kedai menjualnya,. Kat Kuching ni ada beberapa buah kedai yang menjualnya, tapi kalau ikut taste ummiross, ada satu kedai yang ummiross paling suka tumpiknya, tumpiknya tak tebal sangat, so bila baru masak tu, bahagian luarnya rangup dan wangi.
Lepas makan tumpik, kita makan buah pulak. Sekarang ni musim buah tampoi. Ummiross beli ni masa ke Samarahan, banyak betul buah ni sekarang. Buah ni manis sangat, isinya ada rupa buah rambai, rasanya lebih sedap. Tapi ummiross kalau makan buah yang kena telan dengan biji ni, ‘allergik’ lah sikit, kalau makan ubat yang besar sikit saiznya pun boleh terbelalak nak menelannya. Jadi makan sekadar rasa2 je lah, MrHubby jugak yang menghabiskannya, sekejap je dah hilang dari pandangan..Alhamdulillah.
22 comments:
dua2 x penah mkn..
tp kalu akk nk kasi pe slh nyer hehehehe ;-)
@KhaiRin;
Hehe nanti ummi singgah blog Khaiarin, ummi bawa sekali ye..
ummi dua2 tak pernah makan & tak pernah tengok hehe. buah tampoi tu rupa buah salak pun ada
@Sweet N Pretty;
Oh ye ke, nanti datang Sarawak kita pegi makan ye..
Assalmualaikum Ummiross: tampoi banyak di semenamjung...kat Mekah tak ada.tumpik tak pernah makan.
teringin pula dgn tumpik tu ummi.. he..he.. buah tampoi tu pernah juga makan..
hahahaha..
1st time dengaq ni Ummi..mesti sedap kan
favourite kmk buah tampoi ya koh.. polah kedirik ka tumpik ya? kmk selalu makan tumpik di De'Wannie di Jalan Astana sia..
Waalaikumussalam THA;
Kat Mekah ada buah favourite ummi tuan haji, buah kurma dan buah delima. Hehe jauh pulak nak pelawa tuan haji makan tumpik tu..
@KhaiRin;
Hehehe...
@khairul;
Takpa nanti mai makan noo..,nyaman!
@Hanis Azla;
Datang Sarawak, nanti ummi belanja hanis ye. Hmm buah tampoi tu kat semenanjung pun ada kan..
@DeLancrettLurpak;
Oh ya ka, manis buah ya..
Hehe kamek sik pandei molah, beli jak.Tumpik De'Wannie sik pernah coba lagi, nyaman ka?nanti kamek jalan2 cari makan kat De'wannie..
Assalam Ummi,
hadoooiii..... sesekali Ummi hidangkan tumpik & tampoi... walapun tak pernah makan kedua-duanya, rasa terliurlah pulak... tambah pula Ummi kata buah tampoi tumanis sangat... baliklah Amie dengan air liur meleleh sepanjang jalan... hu hu huuuu
Jln2 lawat ummiross dgn Nuha...Nuha kata tumpik tu pancake...nyum nyum
kedua2 xpernah makan...nmpk sedap...
sebenarnya 22.11.2011 ni sy kena p Srwk krn ada reunion kt sana ttp trpaksa dibatalkan krn anak belum habis SPM....baru berangan nk jumpa ummi...hu.hu.hu....
@Amie;
Wassalam Amie..
Amie datang senyap2, tak sempat ummi nak bagi Amie buat balik Tumpik dan Tampoi keSabah, hehe..
@MumMe;
Pandai Nuha, memang pancake lah kan, pancake sagu, memang nyum-nyum ni Nuha..
@NzA;
Alamak terlepas lah peluang nak jumpa NzA, takpe nanti kalau datang contact ye, ummi belanja makan tumpik..
salam ummiross. terliur tgk buah tampoi tu..mana nak cari buah ni ye?
@umi;
Wassalam umi
Umi..alahai kesiannya, kalau dekat ummiross hantar je ni. Ummiross beli kat Kuching ni, on the way ke Samarahan, ada gerai jual buah ni..
Post a Comment