Tuesday, November 1, 2011

TAKDIR FITRAH TERINDAH YANG INDAH

Ummi memang minat membaca, tapi bukanlah peminat novel. Tapi ummi cukup teruja bila rakan blogger yang baik hati dan cantik manis ni menghasilkan novel pertamanya, Takdir Fitrah Terindah.

Novel ni ummi order terus dari penulisnya Hanis Azla dalam 2-3 minggu lepas. Terima kasih Hanis kerana bersusah payah mencari dan membuat penghantaran, kos penghantaran percuma pulak tu. Siap ada tandatangan sekali, tu yang best  tu…

IMG_7546   IMG_7550

Bagi ummi ianya sebuah novel  yang indah. Kisah cinta yang sopan. Kalau nak tau sejauh mana penangan Takdir Fitrah Terindah yang telah diulang cetak untuk kali kedua ni, belilah ye…

Tahniah Hanis, percubaan pertama yang tidak mengecewakan.

25 comments:

Adzrien Shoppe said...

meleleh air mata liza baca tau ummi..

Fazlinil Irma said...

alamak.. ummi dah cakap best.. ni yg macam nak pegi beli skrg jugak.

wantie said...

Sejak kecik lagi, saya bukanlah penggemar Novel.Tapi kalau dah best apa salahnya kalau beli kan...

KhaiRin said...

wat la review nk tau jg

Hanis Azla said...

terima kasih banyak atas sokongan ummi.. saya hargainya sangat-sangat..
ummi, saya mmg mahu ketengahkan kisah cinta yang sopan itu.. bila ada yg dpt merasainya, saya rasa puas hati.. Alhamdulillah..

Tulisan Ayah said...

takdir dijalankan dengan syukur yang mendalam

NzA said...

sy ni ummi minat tatap buku je..kalau dh baca 2-3 helai confirm terlelap....

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

selamat maju jaya untuk Hanis Azla

Wassalam

ummiross said...

@Adzrien Shoppe;
Ha'ah ye lah Liza,ummi pun macam tu...

ummiross said...

@Fazlinil Irma;
Hehe memang best, belilah Faz, tak rugi membacanya...

ummiross said...

@Wantie;
Ummi pun macam tu wantie, rasanya dah berbelas tahun tak baca novel, tapi Hanis punya pasal, ummi baca jugak dan ia memang tidak mengecewakan, tak rugi beli.

ummiross said...

@Khairin;
Hehe, tu lah ummi ni tak reti nak review Khairin, tapi ummi memang suka

ummiross said...

@Hanis Azla;
Sama2 kasih Hanis..
Betul Hanis, kisah cinta yang diolah dengan begitu baik dan sopan, takde yg melebih2, tapi tetap menyentuh hati.Suka jugak watak Fitrah yang sentiasa menjaga solat.Menulis sambil berdakwah secara halus kan Hanis...

ummiross said...

@Tulisan Ayah;
Hmm betul tu, redha dengan takdir, hidupnya lebih tenang

ummiross said...

@NzA;
Hehe, ye ke NzA, minat masing2 kan, berbeza2

ummiross said...

@Atuk;
Waalaikumussalam 'Atuk'..
Hmm begitulah hendaknya, semoga terus mengorak langkah dan mencipta nama sebagai novelis tersohor.

puanbee said...

kisah yang sopan ye ummie , jarang dengar ayat tu heheh

ummiross said...

@puanbee;
Hehe,bee.. kalau nak tau apa yang dimaksudkan dengan 'kisah cinta yang sopan' kenalah baca buku tu...

puanbee said...

insyallah sy ni nak beli novel liat sgt ummie , sadis bila nanti dah beli anak koyak2 je

Sweet N Pretty said...

terima kasih ummi atas perkongsian. dh kurang baca novel tp insyaAllah blh belikan utk anak2:)

ummiross said...

@puanbee;
Hehe, ya lah bee, anak2 masih kecil lagi kan..

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Sama2 kasih Intan. Hmm ummi pun lama sangat tak baca novel, tapi sekali sekala tukar angin ok jugak kan, lagi pun tumpang seronok dengan kejayaan Hanis. Anak2 dah besar ke Intan, dah pandai baca novel?

Anonymous said...

awal yang baik

Fazlinil Irma said...

ummiross..

sy dah beli novel ni td. nampak gaya ada yg buat kek sambil duk teringat novel baru. hihii.

ummiross said...

@Fazlinil Irma;
Oh ye ke, nanti jangan ada kek yang terhangus sudahlah.. hik!Kalau dah start baca memang khusyuk ni...