Ummi memang minat membaca, tapi bukanlah peminat novel. Tapi ummi cukup teruja bila rakan blogger yang baik hati dan cantik manis ni menghasilkan novel pertamanya, Takdir Fitrah Terindah.
Novel ni ummi order terus dari penulisnya Hanis Azla dalam 2-3 minggu lepas. Terima kasih Hanis kerana bersusah payah mencari dan membuat penghantaran, kos penghantaran percuma pulak tu. Siap ada tandatangan sekali, tu yang best tu…
Bagi ummi ianya sebuah novel yang indah. Kisah cinta yang sopan. Kalau nak tau sejauh mana penangan Takdir Fitrah Terindah yang telah diulang cetak untuk kali kedua ni, belilah ye…
Tahniah Hanis, percubaan pertama yang tidak mengecewakan.
25 comments:
meleleh air mata liza baca tau ummi..
alamak.. ummi dah cakap best.. ni yg macam nak pegi beli skrg jugak.
Sejak kecik lagi, saya bukanlah penggemar Novel.Tapi kalau dah best apa salahnya kalau beli kan...
wat la review nk tau jg
terima kasih banyak atas sokongan ummi.. saya hargainya sangat-sangat..
ummi, saya mmg mahu ketengahkan kisah cinta yang sopan itu.. bila ada yg dpt merasainya, saya rasa puas hati.. Alhamdulillah..
takdir dijalankan dengan syukur yang mendalam
sy ni ummi minat tatap buku je..kalau dh baca 2-3 helai confirm terlelap....
Assalamualaikum Ummiross
selamat maju jaya untuk Hanis Azla
Wassalam
@Adzrien Shoppe;
Ha'ah ye lah Liza,ummi pun macam tu...
@Fazlinil Irma;
Hehe memang best, belilah Faz, tak rugi membacanya...
@Wantie;
Ummi pun macam tu wantie, rasanya dah berbelas tahun tak baca novel, tapi Hanis punya pasal, ummi baca jugak dan ia memang tidak mengecewakan, tak rugi beli.
@Khairin;
Hehe, tu lah ummi ni tak reti nak review Khairin, tapi ummi memang suka
@Hanis Azla;
Sama2 kasih Hanis..
Betul Hanis, kisah cinta yang diolah dengan begitu baik dan sopan, takde yg melebih2, tapi tetap menyentuh hati.Suka jugak watak Fitrah yang sentiasa menjaga solat.Menulis sambil berdakwah secara halus kan Hanis...
@Tulisan Ayah;
Hmm betul tu, redha dengan takdir, hidupnya lebih tenang
@NzA;
Hehe, ye ke NzA, minat masing2 kan, berbeza2
@Atuk;
Waalaikumussalam 'Atuk'..
Hmm begitulah hendaknya, semoga terus mengorak langkah dan mencipta nama sebagai novelis tersohor.
kisah yang sopan ye ummie , jarang dengar ayat tu heheh
@puanbee;
Hehe,bee.. kalau nak tau apa yang dimaksudkan dengan 'kisah cinta yang sopan' kenalah baca buku tu...
insyallah sy ni nak beli novel liat sgt ummie , sadis bila nanti dah beli anak koyak2 je
terima kasih ummi atas perkongsian. dh kurang baca novel tp insyaAllah blh belikan utk anak2:)
@puanbee;
Hehe, ya lah bee, anak2 masih kecil lagi kan..
@Sweet N Pretty;
Sama2 kasih Intan. Hmm ummi pun lama sangat tak baca novel, tapi sekali sekala tukar angin ok jugak kan, lagi pun tumpang seronok dengan kejayaan Hanis. Anak2 dah besar ke Intan, dah pandai baca novel?
awal yang baik
ummiross..
sy dah beli novel ni td. nampak gaya ada yg buat kek sambil duk teringat novel baru. hihii.
@Fazlinil Irma;
Oh ye ke, nanti jangan ada kek yang terhangus sudahlah.. hik!Kalau dah start baca memang khusyuk ni...
Post a Comment