Monday, November 14, 2011

JEMPUTAN UMRAH 2011 DI ASTRO OASIS

Jemputan Umrah musim kedua telah mula disiarkan di Astro Oasis malam ini dan akan terus bersiaran setiap hari Isnin, jam 10 malam di saluran 106. Pengacara rancangan kali ini adalah Imam Muda Khairul Azhar Ghazali.

Episod malam ini lebih mengimbau kepada rancangan Jemputan Umrah musim pertama pada tahun 2008. Pada tahun tersebut seramai 10 orang terpilih untuk untuk menunaikan umrah melalui rancangan ini.

Sebak dan menitis airmata menonton episod malam ini. Rupanya, tiga orang daripada peserta Jemputan Umrah 2008 telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah Hajjah Hasmah Awang, En Baharuddin Hj Idris dan adik Mohd Nur Nazari.

Mengimbau kembali episod lalu, Hajjah Hasmah merupakan pesakit kanser yang bercita-cita membuka pusat tahfiz. Dengan usaha Astro Oasis, pusat pengajian Al Quran yang mengambil sempena nama arwah anaknya Nurul Huda tercapai.  En Baharudin pulak merupakan anggota PGA yang ditugaskan membantu mangsa Tsunami di Aceh. Sekembali dari sana beliau menghidap penyakit misteri yang sukar diubati. Sekembali dari umrah, kesihatan beliau bertambah baik, tetapi kesihatannya merosot kebelakangan ini dan meninggal dunia pada 16.5.2011. Adik Nazari pula merupakan pesakit kanser tulang yang sangat tabah, kembali ke sisiNya dengan penuh redha pada 18.2.2011.

Mereka insan istimewa, mereka insan terpilih yang mempunyai jiwa yang luhur dan ketabahan yang bukan sedikit. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka, Al Fatihah.

22 comments:

Adzrien Shoppe said...

dah tak de astro, lama tak dapat tengok

Sweet N Pretty said...

baca cite ummi je la ye sbb tkde astro. apapun syukur alhamdulillah sbb skrg ni zaman kebangkitan Islam, ramai yg berusaha untuk hidupkan Islam. org2 kita sedar tentang penting untuk kembali mengutamakan Allah yg satu. sama2 lah kita berjihad kerana destinasi kita hanya satu, bertemu Allah yg esa di syurga, insyaAllah:)

dear anies said...

sy sempat tgk cite ni ms dok numpang umah org...bla dok umah sendiri x de astro..tp still amik tau. at least x la ternganga kalu org tanya nnt ;-)

puanbee said...

oh tk tengok lagi , insyallah nanti cuba tengok

ROZILA said...

salam Ummiross,

semalam tengok jemputan umrah 2008,
sebak dan mengalir air mata ,lebih-lebih lagi kpd keluarga arwah En.Baharudin.(bila anak-anaknya meluahkan rasa kerinduaan kpd abah mereka.

Hanis Azla said...

sebak membacanya.. semoga roh2 arwah tenang di sana.. Alhamdulillah mereka sempat juga menjejakkan kaki ke tanah suci..

dwatyKNY said...

saya tak berpeluang tengok... coz takde astro... balik kampung pun belum tentu dapat tengok.. huhuhu

ummiross said...

@Adzrien Shoppe;
hehe ummi pun masih bertahan dengan astro sebab minat rancangan macam ni, kalau tidak dah lama tak pakai,geram jugak bila cuaca tak elok, siaran tak ada.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Betul tu Intan, ramai yang berusaha menubuhkan pusat tahfiz, rumah anak yatim dsbnya, semua ni antara pahala berterusan selagi ianya beroperasi...

ummiross said...

@KhaiRin;
Ye lah KhaiRin, kadang2 tengok rancangan macam ni, timbul keinsafan jugak, rasa kecik je diri...

ummiross said...

@puanbee;
Hmm tengoklah bee, bagus dan menginsafkan jugak.

ummiross said...

@Rozila;
Waalaikumussalam Rozila..

Ha'ah ye lah Rozila, ummi pun memang sebak tengok anak2 dia bercakap terutama yang perempuan dan anak lelakinya yang kecil tu, sedihnya tak tau nak cakap..

ummiross said...

@Hanis Azla

Ye lah Hanis, syukur mereka dapat menjejakkan kaki ke tanah suci, bagus jugaklah rancangan macam ni, menolong mereka yang sememangnya layak mencapai impian..

ummiross said...

@dwaty;
Oh ye ke, ummi kalau balik kampung pun takde peluang jugak nak tengok..

Unknown said...

ingat ka imam muda khairul ilhami hehe

ummiross said...

Hehe glamer gak nama imam muda khairul ilhami, macam nama artis pun ada, hik!

Unknown said...

al fatihah buat arwah..akak tenguk pengalaman mereka semasa mengerjakan umrah.

tak sabar nak tenguk jemputan umrah tahun ini..kamu sehat ker?

ummiross said...

@kak ina kl;
Oh akak tengok jugak ye, rancangan ni memang menyentuh jiwa kan kak.Jangan lupa tengok minggu depan ye kak..
Alhamdulillah sihat kak. Semoga kak ina pun sihat sentiasa..

NzA said...

Al-fatihah.....sekurg2nya mrk dpt jejak kaki ke sana...

ummiross said...

@NzA;
Ye lah NzA..Alhmdulillah, Allah menjemput mereka menjadi tetamuNya di tanah suci Mekah sebelum mereka 'pergi'

LeE HanNa said...

assalamualaikum . saya anak arwah BAHARUDIN . terima kasih sudi menonton jemputan umrah mak dan abah . alfatihah untuk abah .

ummiross said...

Waalaikumussalam..

Terima kasih singgah blog ummi. Pengorbanan arwah abah LeE HanNa sangat2 ummi kagumi, begitu juga dengan mak LeE HanNa, begitu tabah.
Semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman. AlFatihah.