بسم الله الرحمن الرحيم
Seperti biasa hari Sabtu kelas Science of The Quran tetap dihadiri . Antara yang dipelajari minggu ni, mengenali Ayat Mutashabihat dan Ayat Muhkamat. Nak cerita pun panjang kan, banyak jugak yang dibincang hari tu, maklumlah minggu sebelumnya kelas ditangguhkan, so minggu ni kira silibus digabungkan sekali.
Ummi kongsi kesimpulan yang diberi oleh ustaz, moga-moga lepas ni kalau baca Al Quran, tidak sekadar membaca, sekurang-kurangnya dah ada pengetahuan untuk membezakan ayat-ayat tersebut. Perkongsian yang sedikit, sedikit tidak mengapa kan, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit…
Hence in the Quran those ‘ayat’ dealing with ‘halal’ and ‘haram’, punishment, inheritance, promise and threat etc belong to the Muhkamat,
while those concerning the attributes of Allah, the true nature of the resurrection, judgement and life after death etc belong to the Mutashabihat.
Dah dua kali weekend ummiross ada tetamu. Minggu lepas kawan MrHubby datang dari Semenanjung. Minggu ni pulak, anak saudara ummiross yang bekerja di Saratok datang berkursus di Kuching, sejak hari Khamis dan semalam baru pulang. Hujung minggu yang meriah tapi agak padat.
Ikan apa ni? Ikan pekasam ni buah tangan anak saudara ummiross dari Saratok (lebihkurang 4 jam perjalanan ke Kuching).
Setelah dimasak. Kalau nak diet, lauk ni tolak tepi ye. Jemputlah makan, ummiross dah sediakan nasi tambah..
13 comments:
x pernah merasa lagi ikan ni Ummi
terima kasih ummi atas perkongsian itu.. sedikit ilmu yg dikongsi tetap besar nilainya..
ummi, confirm saya nak tambah nasi kalau hidang lauk macam ni.. he.he..
memang dalam al-Quran banyak sangat khazanah bernilai yang tak tergali oleh manusia biasa kecuali yang rajin berusaha menuntut ilmu...
Amie nak makan ikan pekasam tu Ummi...nak tapau bawa pulang, segan nak tambah nasi di rumah Ummi...he hehehh
lauk tu sudah cukup utk tambah 3 pinggan nasi ummi....sedap!!!
@khairul;
Nanti datang Kuching,boleh rasa ye khairul...
@Hanis Azla;
Sama-sama kasih Hanis..
Hehe lauk simple tapi penambah selera kan...
@Amie;
Hmm ye lah Amie, sementara ada kelapangan waktu, belajarlah sikit2 kan..
Hehe selalu ummi yang tapau dari blog Amie, semua sedap2..
@NzA;
Hehe kan NzA, kalau nak diet tak boleh ada pekasam ni, makan dengan nasi panas2,pergh!
terima kasih atas perkongsian ummi.
tak tahan tengok pekasam tu, terliur dibuatnya:)
@Sweet N Pretty;
Sama-sama kasih Intan..
Ummi pun first time rasa pekasam jenis ni, memang best makan dengan nasi..
ummie ikan pekasam sana memang mcm tu ke ? tak di perap dengan beras goreng ??
@puanbee;
Hmm bee macam tu, takde perap dengan beras goreng, tapi rasanya sedap jugak...
ohh lain pula , kat perak kalau tk diperap dgn beras dipanggil ikan masin hehe
Post a Comment