Sunday, October 30, 2011

VIDEO BLOGGER KEHIDUPAN MAKKAH DALAM KHABAR HAJI ASTRO OASIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Ummiross dan Mr Hubby selalu berkunjung ke blognya, melihat suasana di Mekah dari semasa ke semasa. Ramai peminat blog ni, maklumlah, dapat melihat gambar2 di sekitar Masjidil Haram dan corat-coret kehidupan di Mekah dapat mengubat kerinduan terhadap Tanah Suci Mekah.

Malam ni rakan blogger, Tuan Haji Arshad, tuan punya blog KEHIDUPAN MAKKAH muncul dalam Rancangan Khabar Haji 2011 terbitan Astro Oasis. Tumpang bangga dan seronok sangat dengan kejayaan dan pencapaian anak Malaysia  ni, yang berjaya dalam banyak bidang perniagaan, salah satunya mengusahakan hotel Manazel Al-Waleed di Kota Mekah. So kalau ada sesiapa yang berminat nak menginap di sana bolehlah contact Tuan Haji Arshad nanti ye. Tahniah THA, nak minta kerja dengan tuan haji boleh?, kami nak tinggal di Mekah jugaklah,hehe..

 

Anak ummiross rakam video ni dari rancangan Khabar Haji, kami dedikasikan buat Tuan Haji Arshad sekeluarga di kota suci Makkah…

12 comments:

Kehidupan Makkah said...

Assalamualaikum>>>terima kasih Ummiross...saya doakan perniagaan Ummiross bertambah maju Insyaallah.

ummiross said...

Waalaikumussalam THA;
Sama-sama tuan haji, terima kasih atas doa, Amin,Amin, Amin..

Unknown said...

hebat tu masuk astro !

ummiross said...

@khairul;
Hmm betul tu, khairul bila lagi?

dwatyKNY said...

tak ada astro... so tak boleh tengik... huhuhu...

salam perkenalan dari warga borneo...

ummiross said...

@dwaty;
Hehe, takpe tengok video ni dulu...

Terima kasih, salam kenal dari ummiro jugak, keep in touch ye...

MumMe said...

Tahniah tuan haji...

ummiross said...

@MumMe;
Tumpang bangga kan MumMe..

Kehidupan Makkah said...

Assalamualaikum Ummiross...terima kasih bebanyak...

NzA said...

bestkan kalau dpt menetap di sana..arwah nenek pernah brcerita ttg kehidupannya di mekah....dan abah saya di bawa menunaikan hari diawal usia 7 hari selepas dilahirkan di kota mekah......rumah nenek masih brdiri teguh dan dijaga rapi di sana....

ummiross said...

@Kehidupan Makkah;
Waalaikumussalam...
Sama-sama tuan haji.

ummiross said...

@NzA;
Hmm best kan,bertuahnya sapa2 yang dapat tinggal disana. Orang Kelantan ramai di sana kan NzA, sapa yang jaga rumah nenek NzA tu sekarang?