بسم الله الرحمن الرحيم
Anda pernah solat sunat Dhuha. Atau ia sudah menjadi amalan anda setiap hari?. Kalau belum, cubalah. Mulakan hari siang anda dengan sesuatu yang sangat di sukai Allah dan RasulNya. Hari anda menjadi lebih tenang, indah dan penuh barakah. Ia jugak membuka pintu rezeki.
'’Sesiapa yang menjaga (mengekali) sembahyang sunat Dhuha, nescaya diampunkan baginya dosa, sekalipun dosa-dosanya seperti buih di lautan”. (HR: Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” ( HR: Al-Bukhari dan Muslim )
----------
Alhamdulillah, semalam sempat menguruskan belian borong batik sarong Sarawak, order dari Perak semuanya telah selamat di pos. Moga customer ummiross dimurahkan rezeki.
To Roslaila;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
Semakan order
Kod : BS1-BS19, BS28-BS47,RD15,RD20;
Total : 43pcs
Pos : 11.10.2011
Tracking no : cd 106126483 my
15 comments:
betul ummi...mumme cuma dpt amalkan bacaan yasin setiap pagi...dan ketenangan yg dikecapi mmg terbukti berbeza sebelum mula mengamalkannya Jun lepas...
terima kasih ummi atas perkongsian. alhamdulillah mmg jd amalan sejak bbrp thn lps. ditmbh juga dgn alwaqiah & almulk setiap hari. satu lg ada doa utk hajat dlm 1 kitab yg mak mertua bg. nanti cek nama kitab tu. mmg murah rezeki tk kira la dari kesihatan & mcm MumMe tulis ketenangan hati. Ketenangan tk dpt dibeli dgn wang ringgit:)
tros terang Ummi..sy blom cuba Solat Dhuha ni lagi
alhamdulillah.. liza pun baru dapat stok baru telekung indonesia. belum upload lagi.
@MumMe;
Alhamdulillah, moga2 kita sentiasa istiqomah kan MumMe...
@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah, betul tu Intan, rezeki tu luas maksudnya, bukan setakat kewangan. Sama2 kita berkongsi ilmu, saling melengkapkan kerana kita ini tidak sempurna.
@khairul;
Takpe khairul, mulakan sedikit demi sedikit, 2 rakaat dulu pun takpe, asal istiqomah.
@Adzrien Shoppe;
Telekung Indonesia memang cantik2 Liza, ummi suka...
amalan yg mudah sebenarnya ttp kita yg anggap sukar dgn brbagai alasan..TQ ummi krn sering mengingatkan diri yg sering leka....
@NzA;
Hmm betul tu NzA...
kalau dah selalu buat memang sayang nak tinggal. Ummi pun perlu mengingatkan diri sendiri jugak, moga2 istiqomah.
Alhamdulillah.. terima kasih kasih ummi kerana mengingatkan perkara yg baik ini..
@Hanis Azla;
Ummi pun banyak kekurangan, sama2lah kita saling mengingati.
Ni ummi doa utk hajat intan dptkan link kt blog ni http://guntur-arasy.blogspot.com/2010/06/doa-guntur-arasy-raja-segala-doa.html
Oh,ok2 Intan, doa ni ummi tau, ummi pun dah biasa jugak baca doa ni,ada ustaz yang syorkan kitab doa tu, mak ummi belikan satu untuk ummi masa ummi 'moda2' dulu. Cuma yang tawassul tu ummi tak buat. Alhamdulillah, moga2 kita sama2 dapat terus mengamalkannya.Terima kasih Intan atas perkongsian. Moga menjadi panduan untuk orang lain jugak.
insyallah akan di amalkan .. ummie saya dalam proses mencari guru agama nak berguru balik lah .. lama dah terumabng ambing
Post a Comment