Wednesday, October 26, 2011

RANCANGAN KHABAR HAJI 2011 ASTRO OASIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara program yang ummiross tunggu-tunggu ketika musim haji adalah program Khabar Haji terbitan Astro Oasis. Telah dua malam Rancangan Khabar Haji 2011 ni disiarkan, iaitu bermula pada 24.10.2011 dan akan disiarkan setiap hari jam 10 malam di saluran 106. Seperti tahun-tahun sebelumnya, rancangan ini memang tidak mengecewakan. Masih mengekalkan Haji Nazri Kahar dan Imam Muda Azhar sebagai pengacara, laporan malam ni berkisar di Madinah Al Munawarah. Tumpang excited melihat suasana di Madinah dan Mekah di musim haji ni, mungkin ianya manifestasi  dari rasa rindu yang tak pernah padam, rindu Madinah, rindu Mekah, rindu nak bermunajat di depan Baitullah.

 

IMG_7399
Kegembiraan Tetamu Allah dari pelbagai negara..

 

 

IMG_7400
Memang berwibawa sebagai pengacara Haji Nazri Kahar. Kalau berminat dengan buku berkaitan Sirah Nabi, boleh dapatkan hasil tulisan Dr Abdul Basit ni. Turut ditunjukkan malam ni, suasana kehidupan pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di Madinah.

 

IMG_7401
Sementara tu RTM menerusi TV1 pulak menyiarkan Rancangan Salam Baitullah sempena musim haji ni . Rancangan 20 episod ni telah bermula pada 23.10.2011 dan akan berakhir pada 11.11.2011.Pengacaranya YBhg Prof Ridhuan Tee Abdullah.

Nampaknya meriah jugak rancangan musim haji tahun ni, TV Al Hijrah dengan Rancangan Sampai Seru, Astro OASIS dengan Khabar Haji dan TV1 pulak Salam Dari Baitullah. Selamat menonton.

12 comments:

Kehidupan Makkah said...

Assalamualaikum...kami tak dapat tgk siaran astro...insyaallah selepas aktiviti kami di Mekah pula...tgk kan ya...tk

Sweet N Pretty said...

takde astro ummi, skrg pakai unifi jd dpt hyppTV je la. Astro Oasis mmg best byk pengisian:)

khairul said...

bila la leh sampai sana Ummi ?

ummiross said...

@Kehidupan Makkah;
Waalaikumussalam THA..
Tak sabar rasanya nak menonton mereka bersiaran dari Mekah.
InsyaAllah, ummi tunggu aktiviti dari Mekah pulak, harap-harap THA pun ada sama dalam Khabar Haji dari Mekah tu nanti.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Oh ada tengok iklan pasal unifi tu, ok ke Intan.
Hmm ummi masih pakai astro sebab duk ingat rancangan dari Astro Oasis, ada banyak jugak pengisian keagamaan, kalau tak silap tak lama lagi rasanya ada Diari Jemputan Umrah pulak.

ummiross said...

@khairul;
InsyaAllah khairul, moga Allah permudahkan..

puanbee said...

kalau dpt pergi haji sekarang bestnya ummie ..

ummiross said...

@puanbee;
InsyaAllah bee, kalau ada keinginan, cepatlah sampai ke sana dengan izin Allah.

puanbee said...

ummie tv9 pun ade rancangan ccenggini ..

ummiross said...

@puanbee;
Oh ye ke bee, tak perasan pulak, ummi memang suka tengok rancangan macam ni, kalau boleh tak nak miss, nanti kena cek waktu siaran tv9 jugak ni.

safiudin.com said...

Alhamdulillah, syukur.

Saya menonton kedua-dua rancangan setiap hari.

~ jauh tapi dekat..

Langsung Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

ummiross said...

@safiudin.com;

Alhamdulillah, ummi pun begitu. memang betul,jauh tapi sangat dekat dihati.