Tuesday, January 11, 2011

TEMAN TAPI MESRA

Memang mesra, dah statusnya teman lama, memang lah mesra, yang sorang teman sekolah, yang sorang lagi jiran tetangga satu ketika dulu. Kedatangan mereka sangat2 dialu2kan.

IMG_0098

Teman tapi mesra, Dr. Sam dan suaminya Nasir. Kejap je mereka datang,tak sempat nak bawak jalan2, so kami dating kat Old Town, Kuching Airport. Punya lah lama sembang2, sampai staff Old Town nak tutup kedai, patulah 2,3 kali asyik jeling-menjeling manja, tak reti2 jugak nak keluar, rupanya dah jam 12 malam. Singgah rumah pulak jap, sambung lagi borak2, pukul 1 pagi baru hantar balik hotel, the next day dah balik. Begitulah penangan jumpa teman lama, cerita bertukar menjadi ceritera, mau tak lama…

IMG_0411  IMG_0407
Hujung minggu baru ni, Kak Milah n abang hajinya pulak datang berziarah.
Jiran lama ummiross ni, mereka tido 2 malam kat rumah,jadi senanglah nak bawak berjalan2. Tak nak hampakan kak Milah,hari sabtu awal2 pagi kami dah ke Serikin. Ketika kami sampai orang tak ramai lagi, senanglah sikit nak membeli belah. Berbaloi2 bawak Kak Milah ke sana, borong telekung,borong langsir, tengok berat abang Haji mengusung.

 
IMG_0421             IMG_0422
Hari Ahad appointment dengan Dato’ Siti Nurhaliza, nak beli kek lapis sama2, tapi kami sampai Dato’ Siti dah balik, haha…jangan percaya. Bila ye Dato’ Siti datang kat Dayang Solehah ni, tengok tu siap posing dengan kek lapis lagi, manisnya senyuman mu, camni tak dapat kek pun xpe kan…dah kenyang.Smile with tongue out


13032010563  13032010564
Hari Ahad ke Pasar Satok pulak, Kak Milah beli terubuk panggang, nak bawak balik KL untuk anakandanya. Ummiross cari daun kesum, bunga kantan nak masak asam pedas, cari udang sungai yang halus2, RM1 je setapak/sepinggan, memang manis udang ni, nak goreng dengan terung pipit. Memang berselera kami makan tengahari tu, bukan sebab ummiross masak sedap, tapi memang kami lapar setelah penat berjalan.  Hari minggu yang agak sibuk dan penat, tapi memang seronok dapat bertemu teman2 lama yang mesra…ila liqa’ ya ukhti.

6 comments:

Adzriel AB said...

Memang seronok...rasa mcm tak cukup masa.

improveslife said...

mesra berteman... banyak hikmahnya.. :D

ummiross said...

@Adzriel AB;

Alhamdulillah, teman yang baik menenangkan jiwa.

ummiross said...

@improveslife;

Ye lah, hidup saling memerlukan...susah atau senang memang perlukan teman2.

Hanis Azla said...

bestnya bila kawan2 datang kan.. seronoknya sampai hilang rasa penat nak layan tetamu..

ummiross said...

Hmm betul tu Hanis, seronok kan dapat jumpa kawan2, penat xpe,hati senang