Monday, January 17, 2011

BERTEMU RAKAN BLOGGER DI SATOK

 

Dah beberapa hari tak betul2 mengadap laptop, cuma klu ada kelapangan cuba jugak membalas jejak yg ditinggalkan di chatbox. Hari minggu selalunya hari yang sibuk bagi ummiross, menguruskan stok kain, keluar jalan2 atau keluar makan2 bersama keluarga.  Tapi minggu ni lagi sibuk, menguruskan keperluan dua anak remaja ummiross, nak beli cermin matalah, nak beli seluar, kasut, macam2 lagi. Cuti semester dia orang dah nak berakhir, hujung minggu ni dah nak balik Semenanjung.

Ahad lepas ummiross ada dating, dengan rakan blogger dari KL. Ini kali pertama jumpa rakan blogger, kebetulan dia balik ke kampung suaminya di sini dan contact ummiross.  Ummiross ni malu2 ‘Kuching’ skitNyah-Nyah nak jumpa orang tak kenal, klu boleh nak menyorok belakang dashboard tabir je. Tapi..ada tapi tau…

Tapi kalau u all seorang yang peramah, mudah mesra,ceria dan apa2 je lah ciri yang menunjukkan u all ni  ada chemistry dengan ummiross,  malu2 Kuching ummiross tu cepat je hilang. Alkisah kami jumpa lah kat Pasar Satok, memang peramah sicantik manis ni, sah2 ada chemistry dengan ummiross, walaupun kejap  je jumpa tapi dah dapat rasa kemesraannya, siap ada souvenir lagi untuk ummiross, cantik sangat, terima kasih banyak Atul.

                                              IMG_0602

Cantikkan dulang ni kan, ni lah souvenir dari Atul, so klu u all nak tengok barangan deko ala Inggeris yang cantik2, singgahlah kat http://alisyasweethome.blogspot.com/

Semoga ketemu lagi….

10 comments:

Cikmin said...

ummi..dulang tu decoupage kan?dah lama cikmin tak buat...seronok klu dapat buat decoupage ni...

Adzrien Shoppe said...

ala seronoknya...teringin nak jumpa ummiross juga!

Ummiross said...

@Cikmin;

Waa Cikmin, memang serba boleh, masak pandai,kraftangan boleh, ummi minat jugak tapi kerastangan...

Ummiross said...

@Adzrien Shoppe;

Hehe, insyaAllah, mana tahu satu hari nanti, tak kat sini,kat Semenanjung...

Hanis Azla said...

bestnya dpt jumpa teman blogger.. bilalah dpt jumpa ummiross mcm tu yer..

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

Insyaallah nak jumpa blogger over sea
he he

Wassalam

Ummiross said...

@Hanis Azla;

Hmm dapat kawan baru kan Hanis,insyaAllah suatu masa...

Ummiross said...

@Rozali;

Waalaikumussalam Rozali

Kih3x, kira oversea lah jugak kan,kena naik belon baru sampai.

InsyaAllah 'coming soon...'

Wassalam

alisyasweethome said...

Hi Kak Ummiross.... mmg seronok sgt jumpa akak. cuma masa aje yg tk mengizinkan...kan..... kita jumpa nak "rush" aje. maklumlah masing2 pun ada plan masing2.

Itu pun nasib baik flight cancelled klu tidak... tak dpt kita jumpa buat kali kedua. ;)

Next trip balik kg saya akan "spend" masa lebih sikit dgn akak yea... kita plan betul2.... ok!!! Miss youlah kak....

Ummiross said...

@alisyasweethome;

Hmm betul tu Atul, kebetulan akak pun ada tamu hujung minggu tu, takpe nanti kita plan betul2 ye, miss u too,kirim salam kat kakak Atul jgk ye