بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
26.5.2013.
Selepas sarapan, kami ke Wilderswill train station untuk membeli tiket keretapi ke Jungfraujoch, yang juga dikenali sebagai Top Of Europe. Harga tiket pergi dan balik 193.60 Euro ( Tiket untuk train pertama awal pagi lebih murah). Walaupun agak mahal, tetapi rasanya ianya sangat berbaloi dengan pengalaman yang dilalui. Lagipun bila dah sampai ke sini, rasa rugi pula jika tidak naik ke Jungfraujoch, nak tunggu lain kali, mungkin dah tak ada lain kali, dapat datang sekali pun Alhamdulillah.
“The Jungfraujoch - Top of Europe is the high point of any Swiss holiday. The highest railway station in Europe is located 3,454 meters above sea level. The visitors gain access to a high-Alpine wonderland of ice, snow and rock, which they can admire from the viewing platforms on the Aletsch Glacier or in the Ice Palace .”-Mr Google.
Perjalanan menaiki keretapi memakan masa lebih kurang 2.5 jam, tetapi sedikit pun tidak terasa lama. Pemandangan indah sepanjang perjalanan membuatkan semua orang teruja. Subhanallah..keindahan pergunungan Swiss yang sangat memukau. Melewati pokok-pokok pine, perkampungan dilembah yang menghijau, sungai yang jernih, air terjun kecil(yang mungkin terhasil akibat salji yang mencair), kemuncak gunung yang memutih diliputi salji, langit biru semunya bagaikan gambaran lukisan alam. Dulu2 ummiross suka sangat tengok gambar pokok pine yang diselaputi salji, rasa cantik sangat, Alhamdulillah hari ni dapat merakam sendiri gambar-gambar ni, itupun dari dalam keretapi yang sedang bergerak, walaupun tak pro, jadilah untuk tatapan sendiri.
Akhirnya selepas lebih kurang 2 jam setengah, kami sampai ke puncak. Diatas ni terdapat cafe dan juga kedai2 cenderamata. Untuk keluar ke Jungfraujoch plateau, perlu melalui Ice Palace terlebih dahulu - laluan/tunnel daripada ais termasuklah lantai, dinding dan siling yang suhunya sentiasa dikekalkan pada 3 darjah celcius, licin sangat laluan ni, macam nak main ice skating pula, nasib baik ada tempat berpegang disediakan.Terdapat juga pelbagai ukiran ais di sepanjang laluan.