بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Sambutan terhadap Batik Sarawak terutama yang bercorak ala-ala songket, kod BSG sangat-sangat menggalakkan. Kebanyakan kod dah out of stock. Kami menanti kedatangan stok baru tapi bila masanya tak dapatlah nak confirm ye, sebab kami pun bergantung kepada bekalan yang dihantar oleh pembekal.
Kesibukan menguruskan bisnes menjadikan masa untuk berblog sangat terbatas, Catatan Kembara Turki, Greece dan Itali pun tak habis-habis lagi. Malah dalam masa terdekat, ummiross akan berkembara lagi, insyaAllah. Ummiross kena habiskan juga sebagai catatan peribadi, kenangan berkembara di bumi Allah SWT. Jadi selain dari entri kain-kain batik sarong Sarawak dan batik Sarawak terbaru dari kami, ummiross akan terus menulis catatan kenangan berkembara. Maaflah kalau ada yang jemu, ia hanya sekadar catatan peribadi, jika sudi bacalah, semoga sedikit sebanyak ada juga manafaatnya. Kepada rakan-rakan blogger, ummiross berhutang kunjungan, insyaAllah bila berkelapangan ummiross akan blogwalking kembali.
Kali ni mari cuci-cuci mata, lihat koleksi kain pasang etnik terbaru dari kami. Kain corak Pua Kumbu dan juga Orang Ulu. Kedua-dua corak sangat cantik dengan corak etnik yang unik.
JENIS: BATIK SARAWAK/KAIN PASANG ETNIK SARAWAK
MATERIAL: POLYESTER SILK(LEMBUT)
HARGA RUNCIT: RM89 SEPASANG-4M
Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sila hubungi:
ummiross@gmail.com atau whatsapp/sms sahaja ke 016 878 4960
Corak etnik Pua Kumbu
KPH110 KPH111 KPH112 KPH113 KPH114
KPH 110
KPH 112
Corak Etnik Orang Ulu.
KPH115 KPH116 KPH117 KPH118 KPH119 KPH120
Contoh pandangan penuh corak KPH 120
Wassalam.
13 comments:
.apa kaba ummiross.lama ina tak bersiaran.semakin maju dan murah rezeki ummi dgn bisnes ni.alhamdulillah.
cantik2nya kain tu ummi...teringin nk order tapi kebelakangan ni sibuk dgn urusan sk n family....adeh....
nza tdk pernah jemu baca catatan ummi ni malah seronok dan tak sabar2 menanti n3 terbaru.....
tulis la warna nya ummi..tengok gambar acik tak boleh agak warna la ummi
Ummi nak ke mana pulak? Seronoknya.
Anak dara kak zai minat dengan kain yang ummi jual tapi bagi dia masa untuk pilih katanya hehe...
Apa khabar Ummi... makin hari agak menyepi pula ye... mana Ummi pergi ni... winduuuu!
Cantik ummi...ni blog baru bisnes kite...hihi...
Salam rindu,ummiross...lama mumme x blogwalking...
Assalamualaikum ummi. Silakan ummi...syer pengalaman kembara. Dapat juga kami tumpang happy. Ke mana agaknya destinasi ummi lps ni ya?
Waaahhhh ke mana pulak kali ni ummi? mesti tmpt2 yg best ni... jgn lupa ole2 utk kami ;-)
memang cantiklah kain -kain kat sini..
nice and beautiful... boleh lawan dengan batik2 lain di nusantara ni... kena pelbagaikan cara penggunaan batik tu... esp kepada pakaian wanita
asalamualaikum Umiross...lama kita tak bertegor sapa kan....sejak berttambah usia ni..bukan boleh tenung skrin tu lelama....fenin
anyway nekcik doakn semuga Umiross sihat...dan murah rezeki..untuk.terus melangkah ke pelusuk dunia..amiin
penat niaga..gi jenjalan ye Ummiross..takpe kena jugak berehat rehat kan
Post a Comment