بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami menaiki bas ke Selcuk. Perjalanan mengambil masa dalam 3-4 jam.
Hotel penginapan kami di Selcuk, Rebetika Hotel, hotel milik persendirian yang cantik dan selesa.
Makan malam kami di sini, lamahcun dan segelas Ayran. Pertama kali merasa minuman Ayran ni (cold yogurt beverage mixed with salt).
Pada mulanya Ephesus tidaklah termasuk dalam senarai tempat yang kami ingin kunjungi di Turki, tetapi memandangkan kami akan menaiki flight ke Greece dari Izmir, jadi kami mengambil peluang singgah di Selcuk terlebih dahulu.
Pada keesokan harinya, kami melawat beberapa tempat seperti House of Virgin Mary, Celcus Library, Temple of Artemis, Amphitheatre dan Ephesus Museum.
EPHESUS
Ephesus is the site of the most beautiful examples of ancient and natural architecture well preserved until the present day. Established for the first time 8000 years ago, the antique city was restored several times even progressing further every time. The amazing structures, majestic pillars and columns, the library, the streets and the temple, constructed with a view and technique ahead of the time, carry the deepest traces of the history of ancient times.
–Mr Google
Memang betul, inilah antara tinggalan sebuah bandar Roman yang paling lengkap. Melihat beberapa bahagian binaan yang masih utuh tersergam sudah cukup untuk membayangkan betapa suatu ketika dulu, Ephesus adalah suatu kota besar dengan seni bina ynag mendahului zaman..
Library of Celsus – Ephesus.
Amphitheater
Seperti biasa, makan tengahari yang menyelerakan di Sultan Restaurant.
Singgah untuk membeli produk keluaran tempatan. Terdapat pelbagai pilihan seperti mimyak zaitun, buah-buahan kering seperti buah Tin, pelbagai jenis teh Turki dan lain-lain.
TEMPLE OF ARTEMIS
The Temple of Artemis, one of the most important monuments of Ephesus, retains its value as one of the Seven Wonders of the World since the ancient times- Mr.Google.
HOUSE OF VIRGIN MARY
Kawasan Mihrab ini dipercayai tempat kediaman terakhir bagi Mariam mengikut penganut kristian. Kami hanya melihat kawasan sekitar kerana merasa kurang selesa dengan patung-patung yang ada didalam tempat-tempat tertentu.
Kami bermalam di Selcuk lagi dan keesokan harinya kami menaiki penerbangan ke Greece pula.
Ikuti kembara kami seterusnya di Athens dan juga di Santorini Island. Athens.
8 comments:
Terpegun melihat keindahan seni bina dan pemandangan persekitaran....bila la nak sampai ke turki nie....
As-salam ummi..
Subhanallah.. indahnya.. Alhamdulillah ummi berpeluang melawat ke tempat yang indah sebegini.. saya tumpang seronok..
Assalamualaikum ummi.
tk perasan n3 bru..lma sepi..
sehat ke ummi?
Byk yg ummi dh kongsikn kt sini..mcm dh sampai sana dh..huh
SubhanAllah...sangat indah, tak rugi kalau pun perbelanjaan ke sini agak besar.
Kak zai suka tengok hotel dia, unik.
semua gambar2 yg cantik...pasti meninggalkan kenangan terindah dalam kembara ummi
Jauh berjalan luas pemandangan, hebatnya Turki, bumi yang bersejarah...
binaan tu hampir sm mcm petra..yg pasti unsur2 rom ttp terserlah... cantik2 belaka!
Assalamualaikum ummi. Singgah jenguk ummi. Mmg spectacular...ancient n historical tempatnya. Keren banget:)
Post a Comment