بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera. salam kasih sayang..
CAPPADOCIA-LAND OF THE BEAUTIFUL HORSES
Sebelum ke Istanbul kami banyak membaca review tentang kecekapan travel agency di Turki yang dikatakan bertaraf 5 bintang dalam mengendalikan pakej pelancongan tempatan.
Jadi untuk ‘tour’ di luar dari Istanbul, kami memilih untuk menggunakan khidmat “tour agency” tempatan . Terdapat banyak agensi yang menawarkan khidmat dengan harga yang berpatutan. Tempat-tempat yang hendak dilawati pun boleh dipilih mengikut minat dan bajet yang ada. Dan yang bestnya walaupun kami hanya berdua tetapi tidak dikira sebagai private tour kerana apabila sampai di destinasi nanti kami akan bergabung dengan pelancong-pelancong lain yang akan mengikuti tour yang sama.
Setelah perbincangan dan berpuashati dengan ‘quotation’ yang diberi, kami memilih 4 destinasi untuk dilawati iaitu Cappadocia, Antalya, Pamukkale dan Selcuk. Pakej termasuk pengangkutan, penginapan dan beberapa ‘tour’ ditempat-tempat tersebut.
Dalam pukul 6.30 petang kami berkumpul di pejabat travel agency dan kemudian dibawa ke ‘Otogar’-stesen bas awam untuk perjalanan malam ke Cappadocia.
Bas yang sangat selesa, ada TV di belakang setiap seat.. Makanan dan minuman juga disediakan
Boleh menunaikan solat di surau ketika bas berhenti untuk penumpang menjamu selera.
Akhirnya..selepas 10 jam perjalanan, mentari pagi mula kelihatan, menandakan kami sudah hampir tiba ke destinasinya.
Sebaik sampai di stesen bas, kami terus di bawa ke hotel, cantik!!!,.. dengan view kawasan sekitar yang mempesona dilihat dari atas bumbung hotel.
Sarapan pagi di hotel…terasa sangat enak, mungkin kerana perut sudah berkeroncong atau kerana layanan stafnya yang sangat-sangat baik membuatkan hati kami gembira dan berselera. Kek coklat tu dibuat khusus untuk kami, layanan yang sangat memikat hati..
Selepas makan dan berehat seketika, mini bus dari tour agency datang menjemput kami di hotel untuk ’Full Day South Cappdocia Tour’. Kami bergerak dalam grup kecil dalam 10-15 orang, termasuk pelancong dari US, Jepun, Itali dll. Grup yang kecil lebih memudahkan pergerakan dan kami menjadi lebih cepat mesra walaupun berlainanan bangsa.
North Cappadocia tour meliputi lawatan ke tempat-tempat berikut:
Pasabag:
Cavusin Old Greek Village
Avanos pottery
Devrent Valley
Urgup Fair Chimneys
Gerome Open Air Museum.
Cukuplah gambar-gambar yang sempat ummiross rakam ini menjadi bukti indahnya bumi ciptaan Allah SWT, subhanallah, tabarakallah.
“THEY SAY A PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS BUT THAT'S A LIE, BECAUSE EVERYTIME I LOOK AT THE PICTURE OF CAPPADOCIA, I AM SPEECHLESS!!!”- Mr Google
UCHISAR
CAVUSIN OLD GREEK VILLAGE
AVANOS POTTERY
GEROME OPEN AIR MUSEUM
URGUP FAIR CHIMNEY/PASABAG/DEVRENT VALLEY
SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA SETIAP ENTRY KEMBARA TURKI KAMI.
ps:Kepada rakan-rakan blogger yang rapat dan sering berkunjung ke sini, maaf ye ummiross tak dapat nak blogwalking lagi setakat ni. Ummiross terpaksa menumpukan masa menguruskan bisnes batik sarong Sarawak dan batik Sarawak disebabkan permintaan yang semakin tinggi.menjelang musim perayaan. Salam rindu buat semua.
18 comments:
Assalamualaikum ummi. Apa khabar? Mmg cantik sungguh tmpt2 tu ummi...subhanallah.
Ummi.... Cappadocia best...
jeles...
p/s: gambar2 yang ummi ambil semua cantik dan pro... ummi boleh keje ngan National Geo lah.. hehehehe...
As-salam ummi..
ALLAHUAKBAR.. cantiknya.. mmg speechless..
Salam rindu dari kakak juga dikejauhan ini Ummiross. Kakak dpt tumpang melihat semua gambar-gambar pun dah seronok.
Sibuk business kisahnya ye.. alhamdulillah rezeki tu
wsalam, rindu juga ummi ..
bertuahnya ummi dpt tgok tempat orang..
subhanallah
indah sungguh ciptaan Allah swt
langit mebiru..terang..awan putih bersih...semuanya cukup indah dan cantik Ummi..gambar2 yg superb..!1
Subhanallah, indahnya bumi ciptaan tuhan..
Masyaallah Ummi..speechless..breathless and most of all jealoussss..
Nekcik singgah 3 malam hanya sekitar Istanbul...kalau ada rezeki terpijak mmg nak lelama sikit di situ..insyaallah
cantik betul bentuk yg terhasil tu...
masya Allah...
rindu ummi.....
xjemu tgk gambar2 yg cntik tuummi....jwbnya mlm ni termimpi2 tmpat yg indah sgt2 tu.....
Apa khabar Ummi? Lamanya tak singgah di sini. Bertuah Ummi dapat jalan2 lagi menikmati keindahan alam ciptaan yang Esa..
Dalam bas ada tv disetiap seat...best nyerr..
wahh sonoknyer gi turki tuuu., HHehe
Seronoknya ummi dah sampai turki. salah satu negara dlm list kak zai.blh bg nama travel agen yg ummi gunakan.tq.
Seronok ummi dapat jalan ke turki..gambar yg ditayang pun cantik2 belaka. Salah satu negara dalam list kak zai, klau ummi tak keberatan nak minta nama agen yg ummi gunakan.
Dah tiga kali kak zai cuba hantar comment tapi tak masuk.
10 hours journey yg sgt2 berbaloi2 sgtttttt cantikkkkkk
Salam perkenalan ummi,
Subhanallah cantik sungguh gambar gambar ummi di turki hingga saya dan suami juga merancang untuk ke sana. Kalau tak keberatan, boleh ummi share tour agent yang ummi ambil untuk 4 destinasi tour tersebut?
Teima kasih banyak ummi
Sue
@Sue Jenna..
Salam perkenalan juga.
Terima kasih. Tour agent ummi tak berapa ingat sebab tukar2 jgk, nanti pergi sana cari je kat deretan kedai kat hotel memang banyak tour agent office, boleh tanya banyak agen dan bandingkan harga, kat sana baru decide mana yang bagi harga yang paling best.
Post a Comment