Friday, June 28, 2013

MEREKA INSAN ISTIMEWA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Bila bermusafir, bukan sahaja kita dapat melihat negara orang tetapi juga dapat bertemu ramai orang. Antara yang ramai tu, kadang-kadang ada yang menjadi sangat istimewa dalam ingatan, bukan kerana kecantikan ataupun kekacakan tetapi kerana akhlak istimewa yang ditunjukkan.

Semasa Trip 7 buah negara Eropah baru-baru ni, ummiross temui ramai insan-insan istimewa tetapi ada beberapa orang yang hingga kehari ini, masih melekat dihati kami suami isteri.

Dalam penerbangan ke Perancis, disebelah Mr Hubby, seorang lelaki Perancis, pertengahan usia. Rancak juga beliau berbual dengan Mr hubby. Rupanya beliau seorang businessman, sering juga berulang alik ke Indonesia untuk urusan perniagaan. Beliau turut bercerita di Perancis ramai orang Muslim dan tidak susah nak mendapatkan makanan halal. Dan beliau sendiri bukan Islam tetapi ada kawan-kawan beragama Islam.

Ketika bersedia hendak menunaikan solat subuh, kebetulan seorang pramugara melintas berhampiran tempat duduk kami, jadi MrHubby bertanyakan arah kiblat sebab selalunya mereka tidak keberatan untuk memberitahu dengan merujuk kepada pilot, begitulah berdasarkan pengalaman, bukan susah pun.

Kami menunggu tetapi selepas beberapa ketika pramugara tadi tidak juga muncul. Lelaki Perancis tadi mencuit Mrhubby dan menunjukkan skrin pada belakang kerusi, suprisingly dia menunjukkan kedudukan Mekah, seolah memberitahu arah kiblat untuk kami bersolat. Subhanallah, tabarakallah, beliau bukanlah seorang Islam tetapi lebih prihatin berbanding dengan yang Islam. Beliau menghulurkan bantuan yang nampaknya macam kecil tapi sangat besar bagi kami yang ingin menunaikan perintah Allah SWT di awan biru. Bantuan dari bukan Muslim yang membuatkan kami terharu.

Sebenarnya kami pernah menggunakan skrin ni untuk mengetahui kedudukan Mekah semasa bermusafir satu ketika dulu, tapi hari tu kami terlupa pasal skrin ni, maklumlah bukan selalu pun bermusafir.

Nilah skrin yang memang ada kat belakang kerusi penumpang kan. So just ‘touch’ flight info, nanti akan ada location indicator, ‘touch’ lagi location indicator, nanti akan keluar nama negara-negara, cari je Mecca, ‘touch’ lagi akan keluar lah kompas yang menunjukkan arah Mekah.

20130604_144758  20130604_144822

20130604_144939 20130604_145009

Alhamdulillah..Allah temukan kami dengan insan istimewa. InsyaAllah nanti ummiross kongsikan lagi beberapa situasi yang menemukan kami dengan insan-insan yang baik pekertinya. Yang pasti jadi ingatan dihati ini, jaga hak Allah dimana jua, insyaAllah..Allah akan permudahkan urusan kita. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.

Wednesday, June 26, 2013

MENAWAN TOP OF EUROPE SWISS ALPS

بسم الله الرحمن الرحيم

 Salam sejahtera, salam kasih sayang..

26.5.2013.

Selepas sarapan, kami ke Wilderswill train station untuk membeli tiket keretapi ke Jungfraujoch, yang juga dikenali sebagai Top Of Europe. Harga tiket pergi dan balik 193.60 Euro ( Tiket untuk train pertama awal pagi lebih murah). Walaupun agak mahal, tetapi rasanya ianya sangat berbaloi dengan pengalaman yang dilalui. Lagipun bila dah sampai ke sini, rasa rugi pula jika tidak naik ke Jungfraujoch, nak tunggu lain kali, mungkin dah tak ada lain kali, dapat datang sekali pun Alhamdulillah.

DSC_0225 - Copy

“The Jungfraujoch - Top of Europe is the high point of any Swiss holiday. The highest railway station in Europe is located 3,454 meters above sea level. The visitors gain access to a high-Alpine wonderland of ice, snow and rock, which they can admire from the viewing platforms on the Aletsch Glacier or in the Ice Palace .”-Mr Google.

Perjalanan menaiki keretapi memakan masa lebih kurang 2.5 jam, tetapi sedikit pun tidak terasa lama. Pemandangan indah sepanjang perjalanan membuatkan semua orang teruja. Subhanallah..keindahan pergunungan Swiss yang sangat memukau. Melewati pokok-pokok pine, perkampungan dilembah yang menghijau, sungai yang jernih, air terjun kecil(yang mungkin terhasil akibat salji yang mencair), kemuncak gunung yang memutih diliputi salji, langit biru semunya bagaikan gambaran lukisan alam.  Dulu2 ummiross suka sangat tengok gambar pokok pine yang diselaputi salji, rasa cantik sangat, Alhamdulillah hari ni dapat merakam sendiri gambar-gambar ni, itupun dari dalam keretapi yang sedang bergerak, walaupun tak pro, jadilah untuk tatapan sendiri.

 DSC_0264 - Copy

DSC_0265 - Copy

DSC_0276 - Copy

DSC_0268 - Copy 

 

Akhirnya selepas lebih kurang 2 jam setengah, kami sampai ke puncak. Diatas ni terdapat cafe dan juga kedai2 cenderamata. Untuk keluar ke Jungfraujoch plateau, perlu melalui Ice Palace terlebih dahulu - laluan/tunnel daripada ais termasuklah lantai, dinding dan siling yang suhunya sentiasa dikekalkan pada 3 darjah celcius, licin sangat laluan ni, macam nak main ice skating pula,  nasib baik ada tempat berpegang disediakan.Terdapat juga pelbagai ukiran ais di sepanjang laluan.

Saturday, June 22, 2013

BATIK PASANG SARAWAK RESTOCK

.بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ada yang sms, ada yang email dan ada yang pm kat fb, jual batik lagi ke?. Hehe..agaknya sebab ummiross sibuk dengan n3 kembara Eropah, jadi n3 pasal kain lama tak update. Ummiross masih berjual-beli batik dibelakang tabir, cumanya dah dekat Ramadhan ni, ummiross takdelah ambil stok baru, cuma restock kain-kain yang kategori ‘meletop’ sambutannnya.

Untuk makluman kain KPH57-KPH66, semua warna dah ada sekarang. Warna purple dan  warna oren coklat yang out of stock hari tu, kami dah restock balik. Kain corak pua kumbu ni memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, jadi kepada peminat kain bercorak etnik, bolehlah menambah koleksi anda sekarang.

Inilah dua warna yang di restock. Untuk warna-warna lain sila klik LINK ni untuk membuat pilihan

DSC_11934 IMG_253416 DSC_1175DSC_1105DSC_08166

 

Untuk kod KPH43-KPH47 ,untuk warna-warna favourite yang telah out of stock dulu, semua telah di restock., jadi semua warna telah ada sekarang. Sila Klik SINI untuk melihat kesemua warna.

IMG_4859[27]      IMG_4805[4]                                 (KPH43-Kombinasi olive green dengan warna2 ceria). (KPH46-Kombinasi blue ocean dgn purple).

Alhamdulillah, order borong dan order runcit customer telah dipos. Moga kain selamat sampai dan selamat maju jaya semua.

Kepada semua pelanggan                                                                                                     Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi..                                                                                                           

Alexander
Kod : KPH
Pos  :17.6.2013
Treking: CD191468221MY

Ruslina
Kod : KPH
Pos  :17.6.2013
Treking: EM397052409MY

Norlela
Kod : BS
Pos  :11.6.2013
Treking: CD192018541MY

Norlela
Kod : RD
Pos  :12.6.2013
Treking: CD192965810MY

Friday, June 21, 2013

SWITZERLAND YANG MEMPESONA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

26.5.2013

Pagi ni semua peserta dikehendaki berkumpul di Terminal 1, Charles De Gaulles Airport untuk urusan mengambil  kenderaan yang disewa. GPS dan walkie talkie juga disertakan untuk memudahkan perjalanan dan perhubungan. Destinasi kami adalah Lauterbrunnen, Switzerland.

Sebelum perjalanan bermula, ada briefing dulu. Gambar kanan adalah rakan sekereta kami yang menerajui pemanduan kembara kami dengan Hyundai i30.

 

20130526_10492620130526_105753A

 

Memetik kata-kata penganjur Trip Kekawan

Bila travel dengan kereta, THE JOURNEY tu yang mahal, bukan setakat THE DESTINATIONS. “ 

 

Sepanjang perjalanan dari Perancis ke Swiss, bunga kuning yang saujana memandang ini menarik perhatian, sangat-sangat cantik. Nasib baik ada Mr Google yang arif, rupanya ini adalah Rapeseed flower, bijinya bila di crushed akan menghasilkan minyak masak-canola oil, juga digunakan sebagai animal feed dan juga dalam biodiesel. Perancis antara negara terbesar yang mengeluarkan oilseeds.

20130526_115521 DSC_0156

DSC_0117 DSC_0171 - Copy

DSC_0167DSC_0170   Yang ni pula gambar wind turbine, wind power untuk menjana elektrik. Wind turbine ni pun banyak sangat, satu fenomena biasa sepanjang perjalanan.

 

Bila berkereta, kita bebas untuk bergerak sendiri, berhenti dimana yang kita suka jika perlu atau berhenti sekadar untuk mengambil gambar.

DSC_0140 

Ketika berhenti untuk mengisi minyak, kebetulan ada ladang rapeseed dan juga pokok gandum berhampiran. Dapatlah singgah, posing2 kejap.

DSC_0127DSC_0128

DSC_0130DSC_0131

 

Selain lebuhraya, kami juga melalui jalan-jalan di perkampungan-perkampungan kecil. Cuaca yang nyaman, view yang cantik menjadi pelengkap perjalanan (gambar ada ‘kureng’ sikit, snap dari dalam kereta).

DSC_0180DSC_0190DSC_0186DSC_0158

 

Singgah di Zurich sekejap untuk solat di ‘Masjid Zurich’ (hanya terletak dalam bangunan kedai)dan membeli kebab. Boleh baca n3 pasal Zurich yang lebih detail di SINI, semasa kali pertama ummiross ke sana beberapa tahun lepas.

Sudahlah mengalami kesukaran untuk mencari parking, kami juga kesuntukan masa sebab lewat tiba kerana beberapa kali tersasar laluan untuk masuk ke bandar Zurich. Setiba di Zurich hari sudah petang, setelah beberapa kali bertanya, mujurlah ada seorang anak muda, kebetulan beragama Islam pula, dengan rela hati mengajak kami menaiki tram dan menghantar kami ke masjid. Alhamdulillah dapat menunaikan solat dan dapat mengisi perut yang sudah berkeroncong.

   DSC_019320130526_21023420130526_214838 20130526_213420 

 

Kami tiba di kaki pergunungan Swiss agak lewat malam. Alhamdulillah, bila tengok bilik hotel yang cantik dan sangat eco-friendly ni, baru terasa lega. Bestnya dapat merehatkan badan dan melelapkan mata, berselimut tebal dalam suhu yang sangat dingin meskipun tanpa aircond.

    DSC_0195DSC_0196

 

Inilah hotel penginapan kami selama 2 malam, Gasthaus Steinbock, menghadap sungai yang cantik, terletak di Gsteigwiler, hanya 200m dari Wilderswil train station, stesen keretapi ke Lauterbrunnen dan seterusnya ke puncak tertinggi di Eropah, Jungfraujoch.

DSC_0399 - CopyA

 

Pemandangan dari tingkap bilik kami yang sungguh indah.

DSC_0200DSC_0197

 

 

Kawasan parking di depan hotel, jambatan kayu tu untuk menyeberangi sungai.

DSC_0227DSC_0391 - Copy     

 

Ketika tiba malam tadi, memang tak nampak apa, gelap. Bila bangun pagi dan keluar untuk melihat pemandangan sekitar, sungguh terpesona, masyaAllah..cantiknya view, sungai yang bersih airnya, pergunungan yang diliputi salji, pohon subur menghijau dan rumah/hotel dengan senibina kayu, menghasilkan satu pemandangan yang menakjubkan. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kami menjejaki kaki di sini, menikmati keindahan alam ciptaanNya.

DSC_0240ADSC_0241ADSC_0209 - CopyADSC_0215DSC_0219 

 

DSC_0248DSC_0229 DSC_0224DSC_0469 - CopyA  

 

Selepas sarapan, kami akan menaiki train, menuju puncak tertinggi di Eropah, Jungfraujoch. InsyaAllah n3 ni bersambung minggu hadapan, hujung minggu ni rehat dulu. Selamat berhujung minggu semua, ceria2 sokmo ye.

Di puncak gunung, persis  berdiri di awan biru…hehe..intro sikit untuk n3 seterusnya, minggu depan ye. Haish!!!, bila pula mek saleh tu enter frame.

DSC_0329 - CopyA

 

(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri).