Thursday, January 9, 2014

UNIVERSE

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Maa' (ماء) atau air banyak disebut dalam Al Quran. Minyak juga ada disebut dalam Al Quran dan secara spesifiknya minyak yang disebut adalah minyak zaitun.

Firman Allah SWT: “Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan nur Allah adalah seperti sebuah lubang (yang tidak tembus), yang di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar, walaupun tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya, Allah membimbing sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu dan Allah mengemukakan pelbagai perumpamaan untuk umat  manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (An-Nur: 35)

Minyak dan air tidak bercampur. Namun tiap satunya memberi manafaat yang besar kepada manusia dan seluruh kehidupan di alam semesta. Sifat tidak bercampur minyak dan air bila dirakam oleh lensa kamera menghasilkan pelbagai bentuk yang unik dan menarik.

DSC_0116

DSC_0115

 

Persis ‘mini universe’, dalam ‘komuniti’ minyak dan air.

 DSC_0107

 

DSC_0108

 

 DSC_0108

 

DSC_0108 

Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (Al-An’am: 99)

12 comments:

Kamsiah yusoff said...

ummi...hasil yg sangat cantik dan berseni...

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

wawww...cantekkkk
gunakan filter baru ke....

Kakzakie Purvit said...

Sungguh maha kaya dan berkuasanya Allah menjadikan dua sumber keperluan ini. Walau tak boleh bersatu namun entiti ini sentiasa diperlukan setiap kita..

Cantik hasil dari lensa baru pemberian anak ummirosslah ye ni:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.ummiross..

terima kasih atas perkongsian ini..
tak terfikir pula cma keunikan gambar yg di close up bila air dan minyak bercampur mcm ni..

sangat unik!

Aziela said...

Ummi, hasil tangkapan Ummi ke? Cantiknya. Subhanallah, sekecil2 perkara pun ada tanda2 kekuasaan Allah.

dear anies said...

byg kn kalu myk boleh bercampur dgn air..rs nyer time ujan org x memandu...

MumMe said...

masya Allah...cantik nye gambar2 ni ummiross...

Kayu Manis said...

hebat..subhanallah

Anonymous said...

Cantik la gambar tu ummi ^_^

NzA said...

Cantik pic tu.
Setiap apa yg Allah cipta ada pelbagai maksud disebaliknya....

NzA said...

cantik pic tu ummi..kagum tgk.

OKje said...

Orang yang buta seni mcm Okje ni pun pandangnya canti...inikan org yg bersenikan UR!