بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Alhamdulillah tahun baru 2014 bermula dengan senyuman. Apapun.. catatan pengalaman ummiross tangguhkan dulu.
Istimewa untuk pelanggan semua, ummiross paparkan koleksi terbaru kami yang sangat elegant, kain tenun warisan zaman-berzaman. Tampil dengan warna-warna menawan, pink, maroon, turqoise, gold dan purple. Menambahkan variasi kain tenun ni didatangkan dalam padanan yang mantap dimana kain tenun polos dipadankan dengan kain tenun bercorak. Kain tenun ni lembut, halus dan ringan serta sangat selesa dipakai.
Stok terhad sebab kain tenun ni memang susah nak dapat, jadi jika ada yang berminat, cepat-cepatlah order ye.
Deskripsi
Jenis:Kain Tenun Terengganu.
Ukuran: 2m tenun polos, 2m tenun bercorak
Harga: RM99 sepasang (termasuk postage)
KT01-PINK
KT02-MAROON
KT03-TURQOISE
KT04-GOLD
KT05-PURPLE
Terbuka untuk jualan runcit, hubungi kami di:
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
PS; WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN DAN SKRIN GAJET ANDA.
32 comments:
cantiknya ummi..lembut tak kain ni ummi
Selamat tahun baru juga Acik..
Acik, kain tenun ni lembut dan halus Acik, tak macam sutera Thai yg agak kejung tu.
cantik nyer yg purple tu ummi
Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !
Cantik sangat UR....kalau buat baju kurung...tak pendik ke UR... yg kisong tu sure meterkan....
@Khai♥Rin : anies;
Memang cantik Anies, semua cun-melecun!
@Kesuma Angsana :
KA..ummi pun lama tak ziarah KA, busy je memanjang, harap KA dah pulih sepenuhnya.
@hainom OKje;
Ok je, cukup labuh OKje, kain tu yg kosong san yg bercorak semua ukuran 2m.
Kat patung tu, ummi lipat bahagian atasnya, sebab tu nampak pendek.
comey lawa... sungguh laaa.
Assalamualaikum Ummiross
produk semenanjung pulak yer
Kalau material jenis tak perlu iron anak kakak suka ni ummiross sebab kat asrama malas nak ironing mereka tu.
Cantik padanannya kakak suka:)
cantik la plak...tp js kalau blk ke trg xpernah kisah pun kain2 gini hehe
cantik kain tu ummi.. :D
Cantiknya...
@izan mama mia;
Terima kasih izan, cantik dan kain pun halus izan
@atuk;
Waalaikumussalam atuk..
Hehe..sekali-sekala tukar selera atuk.
@Kakzakie;
Hehe..ummi pun suka jenis tak payah iron Kakzakie.
Kalau dapat tengok dan sentuh sendiri kainnya, lagi terasa cantik Kakzakie.
@ Jemari_Suri;
Hehe..JS, ummi dah biasa jual kain, nampak kain cantik rembat je.
@Mizz Aiza (Dunia Kecil);
Terima kasih Aiza.
@MulutPayau;
ummi pun terpesona ni MP,cantik. Terima kasih.
kain tenun mmg selesa dipakai...nza ada beli 2 psg......
cantik
Hai, Selamat berkenalan. Ini blog baru, kalau sudi jom berkenalan disini : Segmen Suai Kenal Peminat Kopi
rambang mata mumme...mmg cantik2 ummiross...
@NzA;
Memang selesa kan NzA, nampak pun ekslusif kan..!
@Barista My;
Terima kasih sudi singgah, insyaAllah nanti ummi balas kunjungan ye.
@MumMe;
MumMe..Cantik, elegan dan bermutu, terbaik,hehe..
salam k.ummiross..
cantik kain tenun ni kak.. warna biru tu memikat mata.. hihi..
Masih ade ker
Maaf..dah takde stok.
Salam, kalau saya nak borong kain ni kira camana ya. Terima kasih.
Wassalam, kain tenun ni dah takde stok.
Kalau batik sarawak, insyaAllah masih ada.
Wassalam, kain tenun ni dah takde stok.
Kalau batik sarawak, insyaAllah masih ada.
Post a Comment