Monday, January 6, 2014

PENGAJIAN KITAB TAFSIR BERSAMA USTAZ DON.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Alhamdulillah..syukur sangat dengan nikmat masa dan peluang untuk menuntut ilmu. Beginilah antara impian kami mengagihkan waktu di usia senja. Masa terluang bila anak-anak dah besar perlu dimanafaatkan sebaik mungkin. Dapat pula bermastautin di persekitaran yang sentiasa meriah dengan majlis ilmu, sungguh ia satu nikmat Tuhan yang amat kami syukuri.

Sabtu..pagi. Selepas kuliah subuh, ada senaman taichi di Masjid Tuanku Mizan aka Majid Besi, Putrajaya, di bahagian terbuka dengan pemandangan yang cantik. Disamping mendapat ilmu, boleh pula beriadah untuk kesihatan. Kebanyakan jemaah adalah Otai, jadi sesuai sangatlah dengan senaman taichi ni. Seronok sungguh bertaichi dalam keadaan santai, tak perlu legging bagai ye,  ada yang berjubah, ada yang berkain pelikat, ada yang masih bertelekung, hehe..tapi masih tetap dapat mengikut step yang diajar oleh instruktor.

Muslimat dibahagian belakang, tekun mengikut step yang diajar.

IMG_9668

 

Hari sabtu petang meredah hujan lebat, bertandang pula ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selepas solat maghrib, ada kelas pengajian kitab tafsir Nurul Ihsan bersama Ustaz Don Daniyal. Impian menjadi nyata, hasrat nak berguru dengan Ustaz Don tercapai jua.

1483386_474548902656605_538050256_n
Gambar: dari fb MSSAAS.

Minggu ni intro dulu, belum menadah kitab lagi. Tapi seriously, ilmu dan pesanan yang disampaikan oleh ustaz Don pada malam tu, sangat bermanafaat. InsyaAllah jika berkesempatan mengolah, akan ummiross kongsikan nanti.

IMG_9672IMG_9676

Moga-moga Allah terus memberi kesihatan yang baik untuk terus istiqomah menuntut ilmu.

21 comments:

inazamri said...

syukur alhamdulillah.mAjlis2 ilmu seperti inilah yg kita perlukan.Semoga ummiros terus diberi kesihatan yg baik utk menuntut ilmu akhirat

Kamsiah yusoff said...

bahagianya berada dalam majlis ilmu macam tu..malaikat merahmati..mengaminkan doa yg dibaca..

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

hujan lebat tu menguji kesungguhan Umi...moga di berkati

atuk said...

Assalamualaikum Auntie

amen
Insyaallah Auntie memperolehi ganjaran seperti sabda Nabi SAW tu

nhhas said...

Salam,
Ummi,
best nyer...dapat g senaman, pastu dapat berguru ngan ustaz don yang sangat ler merendah diri orang nya.

cuba ummi google kalau2 ada rakaman The Voice @ TM : Reformation of muslim brand... salah seorang panel nyer Ustaz Don, cakap english lagi tau... heheheh. sgt comel...

p/s: ummi, nnt kita bawak ummi mendarat ke sydney okay. skrg ne tak sehat. mata n hidung badly injured. tak tau macam mana nak pergi kelas hari rabu nanti. huhuhuhu....

dear anies said...

ummi, sy nk mark la dlm hp kuliah ustaz don ni! nk dgr jg!

MumMe said...

semoga mumme akan berpeluang juga ikut majlis2 ilmu mcm ni,ummiross...

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Bestnya dpt menghadirkan diri kat majlis ilmu mcm nih.

Kayu Manis said...

alhamdulillah pengisian rohani dan jasmani..mantap sgt ummi..

tak pernah lagi dgr ceramah ustz don secara live..tgok tv aje setakat ni..sampai terus ilmunya ke hati..

byk guru byk ilmu didapati..istiqomah

yan's cottage said...

Assalamualaikum Ummi.....

best kan Ummi...bila berpeluang menuntut ilmu nie....kena pula ngan ustaz yg terkenal macam ustaz don nie kan.....

dear anies said...

ok set ummi! nnt sy bw 1 rombongan cik kiah ;-)

Ratu Hatiku said...

Bestnya dpt hadirkan diri dlm majlis ilmu yg mcnie...sy pun nak pegi jugak lah nnt ummi... Inshaa Allah...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UmmiRoss..klu ada pengajian sebegini mmg seronokkn?Disamping dpt ilmu..pahala pon dapat..Alhamdulilahhh

MulutPayau said...

seronoknya ummi dapat ikuti majlis2 ilmu macam tu...

Kakzakie Purvit said...

Harap kakak dapat menimba dari perkongsian yg ummiross dapat itu.

Riadah yg baik utk semua. Sukalah kakak tengok. Untung ummiross dapat community yg macam ini.

Mizz Aiza said...

aiza tak pernah lagi berjumpa dengan ustaz don secara depan mata.. selalu tengok di tv sahaja.. wah, bagusnya sesekali diadakan senaman tai ci sebegitu.. :D

Akupenghibur.com said...

alhamdulilah aktiviti yang baik..moga di teruskan

Unknown said...

ya Allah..mmg bertuah kalau sll dapat menuntut ilmu..ni...

NM03 said...

dia pun penah datang beceramah kat opis saya, penuh dewan masa tu ummi.... alhamdulillah... tak tau la penuh sebab sama2 nak tuntut ilmu atau sebab UD. hehehe

NzA said...

Majlis ilmu yg penuh keberkatan....

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.ummiross..

alhamdulillah..cma sendiri pun malu dgn akak.. jarang sekali nk hadiri majlis agama mcm ni.. huhu..

UDD! CMa suka dgr beliau ceramah..tgk kat y,tube....