Tuesday, April 12, 2011

KALAULAH DURIAN YANG BERBUNGA…

Hari ni kita cerita pasal pisang dan pepohon yang rendang pulak ye.Masa pegi Pasar Satok baru ni, ummiross beli pisang ni, cantik dan gebu kan, eh! deskripsi untuk orang ke pisang ni,confuse!!. Mr.hubby suka sangat pisang, ummiross ‘kureng’ sikit. Tapi kalau dah jadi pengat ke, kek ke, jemput2 ke, tak payah jemput pun ummiross makan. 

IMG_1852 

Ummiross tak tau pulak nama pisang ni, dah tanya penjualnya, tapi lupa lah pulak, cepat betul ‘hilang ingatan’ ni..

IMG_2995

Dahsyat..!!! dengan pokok-pokok pisang sekali Mr hubby beli, anak pokok ni harganya RM15. Tengok tu dah siap tanam, nampak subur je seminggu dua ni, sejuk tangan Mr hubby. Ummiross tangan panas, hee betul ke atau alasan…

IMG_2989

Tanam kat redup pokok jambu ni. Tengok tu bunga punyalah lebat, kalau pagi-pagi banyak burung singgah sini, best dengar suara burung berkicau. Ummiross suka intai burung ni ikut tingkap, dua-tiga spesies burung jugak yang menyinggah. Kalaulah durian yang berbunga macam ni…, tentu ummiross yang paling suka, sebab ummiross suka durian.

IMG_2991

Dengar cerita, pokok ni ditanam oleh suami tuan rumah ni, suaminya dah meninggal. Tentu banyak pahala yang dapat insyaAllah, pahala sedekah. Buahnya lebat betul, orang makan, burung-burung pun makan, moga pahala berterusan buat arwah…Amin.

16 comments:

Maya Mayana said...

pisang tu rebus pastu curah dgn ssyrup coklat...emm sedap jugak tu =P

ummiross said...

@Maya Mayana;

Waa sedap tu Maya, tambah dengan coklat pulak..

NzA said...

rajinnya bercucuk tanam.....
sama la kita, sy kureng suka pisang ttp suami suka sgt....

MOH KEMBARA said...

Salam UmmiRoss, ni mesti laman depan atau belakang rumah Ross besar kan. Kalau pisang tak bape masak, direbus pastu makan dengan nira atau madu, kalau nak buleh tabur kelapa kukur atau parut. Kalau ada hazelnut kisar, hah tabur! He he pandai jer akak punya resepi!

Liza @ Adzriel AB said...

curi link ummiross ni.

Hanis Azla said...

bestnya ada tanah untuk bercucuk tanah.. mcm saya ada seciput tanah depan dan belakang rumah.. itupun dah bersimen ummi.. he..he.. anak2 saya suka pisang.. kdg tak sempat buat pengat ke cekodok ke dah habis dah dia org makan.

ummiross said...

@Moh Kembara;

Hmm rumah sewa ni kak,corner lot. waa sedapnya kak, sekali madu,kelapa parut lagi, tang hazelnut tu yang tahan ni, lemak berkrim, suka2...

ummiross said...

@Liza @ Adzriel;

Sila lah, ummiross rela dan redha, hee..

ummiross said...

@Hanis Azla;

Laman tepi ni memang luas, rumah sewa ni Hanis. Kalau dah luas nak kena rajin jugak, kalau tidak tinggi rumput dari lalang,kadang kalau pemesin rumput tak datang inilah yang terjadi.
Bagus tu Hanis, tak payah susah2 nak masak, jimat tenaga, hee..

ummiross said...

@NzA;

Hehe rajin bermusim tu NzA, ikut angin...

Selalu lelaki suka yang simple je kan, tak payah nak masak2 lebih2, kita pulak sebaliknya..

Eida elHakim said...

ummiross.. pisang tu try buat pisang bakar cam nani rostam tu.. mesti sedap..

ummiross said...

@Eida elHakim;

Hmm ummi pun tengok nani rostam tu baru ni, best kan,pernah buat dah tapi guna kuali nonstick je, pergh! memang best.

Sweet N Pretty said...

saya peminat pisang lg2 pisang goreng. jambu air kat rumah tu dh ranum, slalu mmg sedekah kt jiran2 je sbb byk sgt. berbudi pd tanah insyaAllah ada hasilnya:)

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

ummi kalau pisang goreng suka jugak, nak2 yang rangup dan rapuh. Betul Intan, dah tak termakan kalau banyak kan, better bagi kat kawan atau jiran, berkat rezeki, pahala pun dapat.

Syida said...

tangan kita panas.tanam ape pun tak jadi.huhuhu

ummiross said...

@SyidaGorjes;

Sama lah kita Syida, pokok tak nak tumbuh..