Saturday, April 30, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA SUDAH BERMULA

Alhamdulillah, rancangan Imam Muda musim kedua sudah bermula malam ni. Dan yang paling menggembirakan kemunculan ustaz Haji Dzulkarnain bin Haji Hamzah sebagai hos untuk IM  lagi sekali. Ustaz Dzul ni, memang berkaliber orangnya.

IMG_3367
Masih mengekalkan ustaz Haji Dzulkarnain sebagai pengacara IM2

Rancangan IM2 malam ni sangat menyentuh hati dan perasaan, memang boleh menitiskan airmata. Bermula dengan peserta IM2 dibawa ke tempat dimana bayi baru saja dibuang, kemudian mereka diberi tugasan untuk menyelami permasaalahan gadis-gadis remaja di KEWAJA. Bayangkan penderitaan mereka, ada yang dirogol, malah oleh saudara terdekat dan mengandung pulak diusia muda, ada pulak yang terpaksa menyerahkan anak yang baru dilahirkan kepada keluarga angkat demi masa depan anak tersebut.

IMG_3369  IMG_3368
Wajah-wajah sugul Imam Muda sehingga menitiskan airmata ketika melihat mayat bayi dibuang..

 

IMG_3379
Imam Muda Azlan, walau sedih tetap tabah bila isterinya keguguran.

 

IMG_3390
Imam Muda Ali, Fadli dan Mujahid mendapat kad merah kerana pencapaian yang kurang memuaskan.

 

IMG_3387
Jeng,jeng, jeng…Imam Muda Nazrul yang hensem, calon menantu 2011 Winking smile, tapi sorry dah beristeri….

4 comments:

NzA said...

baguskan program dipenuhi dgn xtvt mcm tu...

mmg ensom la imam muda nazrul tu...sejuk mata memandang....

ummiross said...

@NzA;

Hmm patut banyakkan rancangan berbentuk pendidikan dan keagamaan macam ni kan NzA,
Hehe kalau AF tentu dah ramai yang undi IM Nazrul ni..

Bee said...

suka tengok imam muda..calon lelaki yang paling sesuai untuk di buat suami ..opss kita dah kawin tk bley ler hahaa

ummiross said...

@Puanbee2;

Haha ada opss! pulak ye bee, bagi can kat yang single-mingle pulak bee..