Sunday, April 24, 2011

FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION AT IIC KUCHING

Hari Sabtu baru ni ummiross berpeluang menghadiri seminar ‘Friendly Comparative Religion’ yang dikendalikan oleh Shah Kirit bin Kakulal Govindji, bekas penganut agama Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996.

Buat pertama kalinya ummiross mendengar petikan dari Bible, mendengar tentang ajaran agama Hindu dan jugak Budha yang begitu terperinci, dibuat pulak perbandingan dengan ajaran dari Al Quran.

Ketika penceramah mengemukakan soalan diakhir sesi hari pertama, “Adakah iman anda semua semakin kuat atau lemah setelah mendengar semua ini?”. “Semakin kuat!”, gegak jawapan dari peserta seminar.

Ummiross turut mengangguk, dalam hati berbunga kesyukuran, syukur dilahirkan sebagai seorang Islam, syukur kerana hari ini ummiross melihat Islam dengan lebih kefahaman, melihat keindahan Islam dalam skop yang lebih luas, melihat Al Quran sebagai satu-satunya kalam Allah yang tiada bandingan, umpama sebutir permata asli yang kemilaunya menenggelamkan yang lain. Ada sedikit genangan airmata sebelum meninggalkan dewan…

13 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

Alhamdulillah
kita dilahirkan dlm Islam

Wassalam

ummiross said...

@Rozali;

Waalaikumussalam Rozali

Ye lah, bersyukur sangat2, alhamdulillah.

Wassalam

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. kita dilahirkan dalam islam.. semoga kita dan keturunan kita terus hidup dan mati dalam islam..

Liza @ Adzriel AB said...

Kalam Allah yg sesuai tidak mengira zaman. disitulah sejarah, sains, maths, fizik dan sebagainya... lengkap!

AngahSayang2314 said...

alhamdulillah di lahirkan dalam islam...

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah, begitulah hendaknya,amin.


@Liza @ Adzriel;

Betul tu Liza, memang lengkap, banyak penemuan saintis sebenarnya telah lama diterangkan dalam Al Quran

ummiross said...

@AngahSayan2314;

Hmm syukur sangat2 kan Angah.

Cikmin said...

Alhamdulillah syukur kerana dilahirkan dalam Islam...mesti perasan ummiross masa tu bercampur baur kan..lebih2 lagi ianya dikendalikan oleh seorang mualaf..

ummiross said...

@Cikmin;

Hmm betul tu Cikmin, seorang mualaf yang begitu mendalam ilmunya tentang Islam, yang mencintai Islam kerana kefahamannya terhadap Islam,bukan kerana diwarisi.

NzA said...

alhamdulillah syukurkan umi cz dr seminar camni kita dpt imput yg sgt brguna...

ummiross said...

@NzA;

Alhamdulillah,banyak input baru yang dikongsi..

SyidaGorjes said...

islam yang kita warisi ni - adakah kita benar2 mendalaminya seperti mereka?

Anonymous said...

salam. utk makluman, ada satu emel group, iaitu Yahoo Group Alumni FCR, utk org2 yg sudah join program FCR. YG Alumni FCR ni dibuat bln 8 thn 2007. skrg dah ada 1280 member, hampir 100% ialah Alumni FCR.
Ada ramai di kalangan ahli YG ni yg kaki pengkaji Kristian/Bible.
so kalau sis brminat nak join YG ni, pls let me know.
znflhev@yahoo.co.uk
bro mas-yuri
013-6159030