Friday, February 18, 2011

USTAZ ZAHAZAN DI KUCHING-IBADAH AHLI SYURGA

Dua hari lepas ummiross ke IIC (Islamic Information Center), Kuching, bersama ukhti Lily.  Ada ceramah oleh ustaz Zahazan. Ustaz Zahazan ni kalau berceramah memang best, tenang je, padat dan berinformasi ceramahnya. Tapi ummiross tak nak cerita pasal ceramah, ummiross nak cerita pasal majalah SOLUSI yang di perkenalkan oleh ustaz Zahazan. Ummiross nak promote majalah ni, sebab memang best sangat, nak sokong perjuangan dakwah ustaz-ustaz ni, moga-moga dapat tempias pahalanya jugak…

IMG_1310  IMG_1312

Nampak tak ustaz Zahazan tu, hehe jadilah kan, janji ada gambar

Ummiross petik satu kisah dari majalah ni, ummiross ringkaskan sikit. Moga anda termotivasi membelinya, banyak lagi yang menarik didalamnya…

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh  Ahmad dan al-Nasa’i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa  yang dialaminya  dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

Suatu  hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda yang bermaksud : “Sebentar lagi  akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga”

Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya. Keesokan hari, Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama:”Akan datang seorang lelaki penghuni syurga.”Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah  Nabi mengulanginya sehingga tiga kali.

Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin Al Ash ra.  mengikut lelaki yang disebut Nabi itu. Beliau mencari helah untuk tinggal bersamanya. Diringkaskan cerita, beliau berjaya tinggal bersama lelaki itu selama tiga malam. Tetapi selama itu juga beliau tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa dalam amalannnya.

Diringkaskan cerita  beliau bertanya kepada lelaki tersebut apakah amalannya sehingga Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sebanyak tiga kali, “Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.”

Berkata lelaki itu : Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan. Ketika aku mahu pulang dia memanggilku dan berkata:'’Demi Allah, amalku tidak lebih dari apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.”

Lalu aku berkata:” Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum  Muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan.”(Hayat al-Shahabah,jil.2, hlm.520-521)

Hati yang tidak menyimpan dengki dan prasangka  terhadap sesama Muslim pada zahirnya nampak sederhana, tetapi ia adalah akhlak yang mulia, maka kedudukannya amat tinggi disisi Allah.

Petikan dari majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru.   

Ummiross : Prasangka dan hasad dengki bukan saja merosakkan nilai amal ibadat, tetapi boleh merosakkan persahabatan dan persaudaraan…

6 comments:

AngahSayang2314 said...

coming soon pun angah ke sini dtg jalan2

Adzriel AB said...

sayupnya gambor ustaz tu... dengor isinya yg penting. he..he..

ummiross said...

@AngahSayang2314;

Terima kasih Angah, Sayang AngahSayang....

ummiross said...

@Adzriel;
Hehe tu lah, nak ambik dekat2 segan pulak..

Hanis Azla said...

Thanks akak atas perkongsian yg baik ni.. sangat perlu menjaga hati2 kita kan kak..

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah,sama2 lah kita Haniz ya, moga Allah lindungi hati kita..