Thursday, December 16, 2010

SEHARI DI ZURICH YANG INDAH

Yuhuuu! Zurich pulak. Kami naik flight Easy jet ke sana. Easy jet ni kira macam Airasia lah, kapalterbang tambang murah. Macam Airasia jugak kena booking online awal2, baru dapat harga murah. Kami booking beberapa bulan sebelum pergi, so dapatlah tambang pergi balik London-Zurich lebih kurang RM257sorang, ok sangat kan...
 
Memandangkan trip ke Zurich ni hanya one day trip, jadi kami booked flight paling awal pagi untuk pergi dan paling lewat untuk pulang semula ke London. Seperti biasa, sahabat setia kami and suaminya menghantar kami ke Gatwick Airport,London pd pukul 4.15 pagi. Jauh jugak airport ni dengan Central London,sejam lebih perjalanan. Ummiross difahamkan ada perkhidmatan easybus dari Earl's Court/West Bromptom,London ke airport ni 24 jam sehari. So kalau pergi sendiri redah je lah ye, cari easybus ni...
 
Ketibaan kami di Zurich disambut dengan salji berguguran, hehe skema betul ayat. Walaupun tak banyak, tapi dapatlah tengok salji secara live kan...'peghak' betul, xpe mengaku je lah.
 
Yeaah !! melangkah dengan lajunya...dah tak sabar ni
 
Naik train ni keluar terminal, nak singgah information centre
 
Terus ke information centre, dapatkan info skit2, terus beli tiket, macam travel card jugak, boleh guna untuk naik public transportation seperti tram n train.
 
Keluar sikit dari airport tu,jumpa tram station, kena cop dulu kat machine kat situ, baru boleh guna
 
Mata asyik tengok skrin tu je, nak ke mana wei...Bahnhnofstrasse, camne nak sebut tuu..

Kata orang kalau ke Zurich tak sah kalau tak singgah di Bahnofstrasse (station street) ni. Terdapat deretan kedai2 mewah sepanjang laluan 1.2km, dan berakhir di Tasik Zurich. Hmm baca bahasa orang putih ni lah senang, ini mungkin gambaran yang tepat tentang Bahnhofstrasse:

Bahnhofstrasse is Zürich's main downtown street and one of the world's most expensive and exclusive shopping avenues. In 2010 a study has named the Bahnhofstrasse the third most expensive street for retail property in Europe, and the fifth most expensive worldwide.

Hohooo jangan salah faham, poket kami tak cukup tebal untuk shopping di sini, tapi sekurang2nya cukuplah dapat menjejakkan kaki ke ' Top Rated Zurich Tourist Attraction ' ni. Layan je gambar2 sekitar Bahnhofstrasse ni...
 
Dah naik juling mata, akhirnya dah sampai, lega...
 
 
Tengok!, seronok dah dapat yang dihajati
 
 
Fresh fruits and flowers, beli jugak, nak rasa..
 
Singgah tengok proses pembuatan dan hiasan coklat
 
Kedai jam banyak kat sini, Swiss memang well known dgn jam...
 
Waa bangga ooo, Jimmy Choo, orang kampung negara kita.
 
Cartier disebelah kanan tuu..
 
Sangatlah tenang dan seronoknya menyusuri lorong sepanjang kedai2 ni, tiada hiruk pikuk kenderaan, berjalan lah berlenggang2, lenggang kangkung ke, lenggang lengguk ke, tapi orang putih ni tua2 pun jalan laju2, malu kita dibuatnya hehe...
 
 
 
Zurich in winter
(Gambar2 sekitar Tasik Zurich)
 
 
 

Akhirnya, di penghujung jalan, ku temui Tasik Zurich yang indah dan tenang, meskipun salji telah berhenti, badan masih terus menggigil...tengok seberang sana dah ada salji memutih.
 

 
Penat berjalan kami berkelah kat taman ni, buka bekalan. Makan pagi di London, makan tengahari di Zurich, fuuhhh!, jangan termuntah pulak dengar statement ni, kami makan nasi dengan sadin je,sambal daging, kari ayam chef wan, hidangan berkelah paling sedap sebab dah lapar sangat.
 
Dah kenyang, kami naik tram balik, kali ni Zurich sightseeing, redah je, naik turun,naik turun, Zurich ni kecik, pusing2 balik situ jugak. Layan je lah gambar2 ni...


 




Abaikan kekelabuan tu yee, seberang Tasik Zurich

Dalam duk sibuk turun naik tram, kami terjumpa lah seseorang dalam tram ni, dia tengok kami, kami tengok dia, hehe.. Akhirnya sidia bertegur sapa lah dengan kawan kami yang duduk berhampiran dengan seat dia. Hohoo orang Malaysia rupanya, tinggal di Zurich, kawin orang sana.

Haa ni lah dia En.Ahmad yang baik hati, yang sudi bawak kami jalan2, bestnya...terima kasih banyak2 ye, nanti balik Malaysia contact kami, kami belanja makan best2 jugak
 
 
Haa En.Ahmad nak bawak kami pergi masjid, dalam masjid ni ada restoran arab jual kebab dll, sikit punya besar kebabnya. Masjid ni actually dalam bangunan je, ramai jemaah pelbagai bangsa, lupa pulak nak ambik gambar.
 
Ruang solat wanita
 
Dah selesai, kami decide nak naik train pulak ke airport,cepat sikit, takut terlewat check in. En.Ahmad hantar kami sampai kat train station, bye2 En.Ahmad, bye2 Zurich...till we meet again.
.
Suasana kat Zurich Airport, sementara menunggu berlepas, boleh window shopping lagi, tu pun klu larat, kami nak bantal dan selimut....huhuhuu!
 
 
NEXT-SELAMAT TINGGAL LONDON





13 comments:

honeyvsbee said...

adeh jelessss nih.....heheeh

Cikmin said...

ummi...walaupun jus 1 day..tapi mesti puas kan..cantik semua pic2 tu...ada main salji tak ummi?

ummiross said...

@honeyvsbee;

hehe jeles jgn tak jeles bee, bagus klu jeles positif ni,bertambah kuat lah tekad dan azam...

ummiross said...

@Cikmin;

Hmmm memang puas sangat Cikmin, rasa cam tak percaya boleh sampai,alhamdulillah.

Bukan ummi main salji, salji main2kan ummi, kejap ada kejap xde, tengahari dah xde lagi..

MumMe said...

bestnye ummi dpt jelajah sini...dpt lihat pun dh dpt rs kegembiraannya...

Ummiross said...

@MumMe;

Hehe, ye lah anak2 dah besar2,kasi can lah mak dan ayah honeymoon pulak...

woot-woot said...

wah murah giler ! rm 275 ! nak nak !

ummiross said...

@woot-woot;

Haha..murah giler ye,insyaAllah,pandai2lah ambik peluang tambang murah nanti

turbinemanlog said...

Kalau hujung minggu kat kawasan lapang ditepi tasik itu ada jual brg2 antique.

ummiross said...

@turbinemanlog;

Oh ye ke, bagus tu untuk penggemar2 barang antik

Kasih Salina said...

salam ummi..seronok nya dapat jejak kaki ke bumi asing..pengalaman yg indah kan..sempat tu berkelah di tasik..dapat la ummi sentuh salji yer..

ummiross said...

Wassalam Salina..

Hehe..baca n3 lama ye. Yelah Salina, bila bac balik ni, terasa rindu pulak, nostalgia pulaklah. Cuaca sejuk cepat lapar, lauk sadin pun dah best sangat, hik!

aizamia3 said...

bestnye dapat tengok tempat orang.. ;)
lagi menarik bila jumpa pulak orang negara sendiri.. ;)