Friday, December 3, 2010

JOM JALAN2 PARIS-MENGINAP DI MANA

Huhuhuu malam nak ke Paris tu tak berapa lena tidur, takut tak terjaga. Keretapi kami akan bertolak dari London ke Paris pukul 6.22 (waktu London). Ila dan Glen datang ambik kami jam 4.45 pagi, hantar kami ke St. Pancras Station. Klu pegi sendiri pagi2 buta ni memang sukar jugak, nasib baik ada kawan yang sentiasa bersedia membantu. Nak ambik jadual perjalanan ni pun hari tu atas nasihat Glen jugak. Glen jugak memberi beberapa nama hotel yang difikirkan sesuai untuk kami pilih.
 
Eurostar ni merupakan keretapi laju,bergerak 300km/jam,so perjalanam ke Paris hanya mengambil masa dalam 2jam suku. Yang penting kami tak tido pun dalam keretapi sebab tersangat2 excited melihat pemandangan di sepanjang perjalanan.
 
BONJOUR PARIS...
Kami sampai ke Paris Gard du Nord,pukul 9.47pagi waktu Paris

Sampai je kami ke tingkat bawah, naik Metro, macam tube kat London jugak ni,berhenti kat ST.Michel,tukar train lagi,akhirnya berhenti di stesen Bir Hakeim.Nampak macam rumit tapi senang je ni,pegi kat kaunter information,beritahu nama hotel nak pegi dia terus bagi info dan tiket untuk ke stesen terhampir dengan hotel kita menginap siap dengan jangka masa perjalanannya sekali, memang cekap.
 
Dah tiba di Bir Hakeim,keluar je nampak bangunan yang cantik tuu..

Pekena espresso dulu, 2.50 euro secawan,hehe lebihkurang 15 hengget tuuu, tapi xpe janji dapat rasa kopi Perancis,sambil survey jalan nak ke Hotel

Hotel kami kat Eiffel Tower,so kami ikut je 'gerombolan' orang ramai ni, kebanyakan yang turun kat stesen ni memang nak ke Eiffel Tower, tak sesatlah kami

Yuhuuuu! dah nampak tuuu,suka nya...suka nya...
 
Snap lagi sambil berjalan, waaa ni dah teruja tahap gaban ni...
 
Dah sampai ke pekarangan hotel kami,10 minit je dari train station tadi,cantikkan...
 
Gambar ni diambil dari depan hotel kami menginap,dekat je kan...
Memang pilihan yang tepat
 
 
Check in di Mercure Paris Suffren Tour Eiffel,3 hari 2malam
 
Lobby hotel...

Ni lah bilik hotel kami,sangat bersih dan cantik,bilik air dan tandas pun berasingan,tapi tak dapat tunjuk,gambar yang ummiross snap tu blur pulak...
 
NEXT- ROMANTIKNYA DI EIFFEL TOWER

21 comments:

Elly & Emmy said...

wah.. seronoknya .. dah sampai ke paris..

MumMe said...

laju nya...300km/jam...
bestnye kopi Perancis

SyUhAdA said...

besnye..
jln2 di paris..

♥-- emieysandra --♥ said...

Eiffel Tour..bila la nk smpai ;p

ummiross said...

@Elly &Emmy:
Alhamdulillah,rezeki hari tua...

ummiross said...

@MumMe;
Tu lah MumMe,lajukan,nasib baik tak terasa,klu tidak kecut perut. Hehe kopi Perancis...memang sedap harganya.

ummiross said...

@SyUhAdA n emieysandra;
Alhamdulillah memang best,mana tau nanti rezeki syuhada dan emieysandar pulak,insyaAllah

Sophie Al-yahya said...

wahhh..bestnyeeeee..
apa kata kongsi sekali cost nk pergi sane?

ummiross said...

@Sophie Al-Yahya
Tq Sophie,InsyaAllah klu berkesempatan nanti ummiross kongsikan costnya sekali,kena kumpul semua bil2 dulu

faz_e said...

Bestnyaaaaa~
Teringin nak pi holiday ke Europe~

arfah said...

syoknye..paris!!

i n my sis plan ke euro 2012..so from now we all start saving.

teratakindah said...

best naik euro star!!!! laju...mase saye gi aritu musim panas (20C)best sbb siang panjang..time eifeltower berkelip berlatar belakangkan langit merah kebiruan..nice sgt!!! tp kota paris kotor tak macam london...rakyat die samseng xmacam london..london terbaik!!!!!

Ummiross said...

@faz_e;
InsyaAllah Faz_e,klu ada keinginan,adalah jalannya nanti

Ummiross said...

@arfah;

wow bagus tu,klu plan awal2 camtu lagi bagus,
tabung dah penuh nanti,kita pecahkan tabung hehe...

Ummiross said...

@teratakindah;
OOh dah sampai ye,alhamdulillah,ye lah jauh perjalanan luas pemandangan,macam2 ragam manusia kan

Fiqas said...

ummi, seronoknya jalan2..paris, teringin gak nk p..

Ummiross said...

@Fiqas;
Tq,Fiqas
InsyaAllah oneday...

Cikbelog said...

wah seronoknya jalan2 kat Paris. Bila ntah nak sampai kat sana..hehehe

Ummiross said...

@Cikbelog;
Terima kasih Cikbelog,InsyaAllah,moga2 Allah memperkenan hajat dan impian

Anonymous said...

Assalaamu`alaikum warahmatullah
seronok baca catatan kembara dan banyak info terkini.

Insha ALLAH saya akan melawat andalusia dan di jangka berangkat pada 12 atau 15.11 ini . Dari KL Paris air asia dan Paris Seville dengan Easyjet atau Ryan air.

Oleh itu saya ingin bertanya dengan lebih detail lagi :
1. Berapakah harga tiket masuk ke Al Hamra dan Masjid Qurtubah (Cordova) ?
2. Tolong cadangkan hostel yang dekat dengan area Alhamra di Gharnatah (granada) dan Masjid Qurtubah di Quttubah (cordova).
3. Saya belum beli tiket easyjet dan Ryan airv lagi kerana takut tersilap isi di ruang nama.
Kalau nama saya Mohd Aiman Bin Mohd
Ali. Bagaimana saya nak tulis di ruangan : first name dan last name atau ada satu airlines lagi ; first name dan family name. Saya tak pernah beli tiket online tapi saya minat travel dan telah travel ke banyak negara Arab serta pergi umrah (bawa jamaah) setiap tahun sejak 1994 lagi, juga dah sampai ke Baitul Maqdis dan Turki.

Oh ya. saya juga akan melawat Moroko. Lawatan saya kali ini hanya seorang, seorang kawan lagi tak beri kata putus sedangkan dalam sehari dua lagi saya akan beli semua tiket.

Ini sahaja yang saya nak tanya dan saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas info yang akan diberi nanti samada disini atau e mail saya: naasiha@yahoo.com

Saya juga mungkin melawat london dalam kembara saya nanti, insha ALLAH.

Sekian wassalaam. semoga ibadah kita di `idil adha diterima ALLLAh. Aamin.

Alin Marlini said...

seronok lihat org berjalan. bilalah agaknya sy akan ke sana