Tuesday, December 7, 2010

JOM JALAN2 PARIS-EIFFEL TOWER DAN HALAL FOOD

Terima kasih banyak2 atas respon terhadap Jom Jalan2 the series, ada yang email dan ada yang telefon jugak. InsyaAllah penutupnya nanti ummiross akan bagi nama2 website yang boleh di 'visit' untuk buat booking online bagi hotel, eurostar train ke Paris, dan juga penerbangan murah ke Zurich, kalau nak ground arrangement sekali pun boleh. Alhamdulillah, syukur kerana dapat berkongsi pengalaman ini dan dapat memberi manafaat pada orang lain jugak. Sekali lagi ummiross sekadar berkongsi pengalaman…
 
Ok lah, kita sambung jalan2, lepas check in dan makan2- kami bawak bekal roti,biskut,maggi dll, kat area ni susah nak dapat makanan halal.

Perut dah kenyang, kami menapak ke Eiffel Tower

Haha.. jangan tak tau kami beratur kat sini dalam 15 minit
jugak sebelum menyedari kaunter tiket ni untuk orang yang
ingin menggunakan tangga naik ke tower, tak larat den...

Haa ni baru kaunter yang betul,naik lif,
panjang jugak berbaris

Suasana di kaki Eiffel Tower,ada yang jual souvenir tuu


Hai gayat jugak, tapi viewnya cukup cantik



View dari atas, saujana mata memandang

Selepas puas berposing dan kesejukan yang amat sangat, dah lah cuaca sejuk, angin pulak kuat, perut pun cepat berkeroncong. Kami turun dan ambik teksi untuk ke restoran makanan halal.  Kawasan ni ramai orang Arab, dapatlah ummiross mengasah bahasa arab ummiross yang baru peringkat tadika ni dengan dia orang.

Cafe de la Mosquee de Paris, terletak dalam bangunan masjid Paris.
Ana uriidu khubs waa ruuz, haha betul ke ni,janji pelayan tu faham,
nasi dah habis jadi kami beli roti,pizza dan kuih-muih Arab
 
Kat area ni pun ada bakery arab muslim ,beli lagi, pizzanya  sangat sedap

Mosquee de Paris , masjid  Paris ni dibina pada tahun 1922-1926, sebagai penghormatan terhadap ratusan ribu tentera Islam yang terkorban untuk negara Perancis semasa Perang Dunia.
Alhamdulillah sampai ke sini, memang inilah impian kami, klu bermusafir ingin sekali sembahyang di masjid di tempat tu, ambik saksi kata Mr.Hubby Ling2.
 
 
Dalam masjid ni ada taman2, sebagai simbol Muslim Paradise,cantik sangat.
 
 

 
NEXT-SIGHTSEEING AND RIVER CRUISE

6 comments:

Fiqas said...

cantik nya taman dlm masjid tu...

MumMe said...

ya lah Ummiross,taman yg ada kolam tu sgt menarik minat mumme.

Far8 budak baik said...

wahhhh..jelesss..mmg ngidam sgt nak pi sini..
uwaaaaa

ummiross said...

@Fiqas n MumMe;

Ye lah, cantik sangat tapi ummiross tak sempat rakam banyak2 sebab kalut nak sembahyang, rasa rugi pulak tak ambik elok2

ummiross said...

@Far8 budak baik;

Hehe dah jenguk blog Far8, memang ini salah satu
tempat yang Far8 ingin pegi, insyaAllah ummiross doakan tercapai impian

Firdamni said...

As salam.. Nk naik eiffle tower kena bayar x?