Monday, December 13, 2010

SHOPPING DI PARIS?

Galleries Lafayette? Singgah jangan tak singgah di department store mewah ni, dikatakan mempunyai lebih dari 80 000 pelawat sehari (fuhh! biar betul...), menawarkan pelbagai pilihan item dari fesyen,accessories, beauty hinggalah kepada home decoration and fine food. Ok2, cuba teka apa ummiross buat kat sini? :-
i) membeli?
atau
ii) 'membelah'?
 
Ting!! masa dah tamat, jawapannya .........
 
Waa dah nampak tu.... Dengan bangganya kami memasuki Galleries Lafayette ni dan tak sampai setengah jam kemudian dengan selamba dan rendah hatinya kami keluar dari sini hehe...
 
Gedung beli belah ni tersangatlah cantik rekabentuknya, begitu jugak harga barang2nya, cantikkk...sehelai baju boleh buat tambang ke London pegi balik lagi sekali...huhuhuuu
 
Neo-byzantine dome, dome keemasan yang cantik, simbol kemewahan Galleries Lafayette
 
Dari atas bumbung Galleries Lafayette ni, boleh dapat view yang cantik
 
 
                                  Hohooo, posing jangan tak posing, tinggal jejak.
 
 
Di sekitar ni pun ada kedai2, so jenguk kedai2 ni pun jadilah, lebih affordable,abaikan bas dan orang tu ye, tengah nak snap,melintas pulak.
 
 
Masa untuk makan!!!, dah penat pusing2, kami jumpa kedai Arab ni, halalan toyibban...
 
 
Ni lah dia nasi arab dengan daging kebab dan teh perasa ubat gigi (pudina ye..),fuhhh sedap....memang sedap
 
 
Ni pulak dengan kebab ayam, harga jangan tanya ye, oklah bagitau harga tapi jangan convert ke RM ye, 12 euro je...jangan kira, nanti tak tertelan nasi tuu

 
Dah isi minyak, laju lah pulak kereta peronda ni, layan je lah gambar2 ni...
 
 
 
 
 
Nak ronda2 naik basikal? pilihlah yang mana satu...boleh ke buat kat Malaysia ni?
 
 
Dah nak bertolak ke London, jumpa group dari Malaysia lagi di Gard du Nord,ramai orang Malaysia melancong, alhamdulillah...
 
 
Good bye, Au revoir Paris...
 
 
NEXT-BERTOLAK KE ZURICH DARI LONDON






8 comments:

Mieja@Amiizaa2001 said...

salamsss ummi, seronoknya gie london....:)

ummiross said...

@Mieja@Amiizaa2001;

Salam Mieja...hehe sekadar kongsi pengalaman, memang seronok

honeyvsbee said...

nampak lain kan negara san dgn malaysia

Ummiross said...

@honeyvbee;

ye lah bee, negara kita pun cantik jugak, cuma sekali sekala dapat melawat negara orang memang seronok jugak

MumMe said...

ummiross,bikes tu utk sewa atau boleh pinjam free jer?
dlm Lafayatte tu byk butik designer yek ummiross?ramai la pulak pengunjung nye...kalau kat sini,mumme penah jejak sekali je la Sax Fifth Avenue,patut la x ramai org masuk...TShirt Diesel jer nak dekat 200usd...hanbag prada pun x nampak tag harga dia...nak tanya kang kena beli pulak...begitulah kan ummi,pengalaman berharga tu...

ummiross said...

@MumMe;

bikes tu kena masuk duit tuu, ummiross pun tak tanya detail,taxi driver yg bgtau.

Haa betul tu MumMe, butik designer, kira2 lifestyle of Milan,Paris, New York lah tuu

Hahaha..betul tu,takut nak tanya, memang xde tag...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

bertuah badan kan?

ummiross said...

@kinakOyu@mama'adam';

hehe bertuah ke, dah tua2 baru dapat melancong jauh2 camtu, alhamdulillah.