Monday, November 19, 2012

MERASA JUGA DURIAN CREPE YANG BEST

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hari-hari tengok durian crepe kat fb. Terliur ada, tergoda pun ada. Akhirnya dapat juga merasa bila kedai bergerak rakan fb, Cikmin Macaron datang ke Bangi.

IMG_4928
Patulah digemari ramai, memang sedap sangat!. Mulanya ummiross order 4 packs je, setiap pack ada 4pcs, bila sampai rumah, terus ngap - بسم الله الرحمن الرحيم, nyum,nyum sedap bangat!, terus telefon cikmin yang masih kat Bangi, kot-kot ada lebih, nak tambah order lagi, sayangnya dah takde lagi. InsyaAllah lain kali ummi order banyak lagi ye cikmin.

Ni pulak Kek Pecan Butterscoth, juga order dengan cikmin pada hari yang sama. Tengok tu, meleleh karamel dia, tengok karamel ni kat fb, meleleh air liur kita.

IMG_4934b
Terima kasih Cikmin, untuk durian crepe dan kek yang sedap ni, lain kali datang lagi ye. Kalau ada yang berminat nak merasa durian crepe yang best, add je Cikmin Macaron kat fb, nanti bolehlah order bila ada kedai bergerak lagi.

Kepada customer ummiross yang selalu beli borong atau runcit, kain Ratna Dewi stok terbaru dah sampai. Nanti ummiross ambik gambar dulu ye. Ada banyak corak, cantik-cantik semuanya, ummiross akan publish secara berperingkat nanti.

IMG_4944a

PS;Beberapa hari ini, dalam hati tiada taman, ada duka, sebak dan airmata. Sangat marah dengan kekejaman Israel. Sangat belas kasihan terhadap mangsa keganasan di Gaza. Jangan lupa titipkan doa buat saudara kita di Palestine: SAVE GAZA

Thursday, November 15, 2012

GAZA BERDARAH DI MAAL HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Selamat tahun baru 1434 hijrah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu. Semoga Allah anugerahkan hari-hari mendatang yang lebih baik bagi kita semua.

Alhamdulillah, kita masih berkesempatan menghirup udara pagi yang segar dibumi bertuah. Jangan lupa mendoakan saudara seagama kita di bumi Palestin. Serangan Israel menyebabkan Gaza bermandi darah di Maal Hijrah. Kekejaman Israel tidak pernah berakhir. Sebak sungguh melihat video ini. Ia sebahagian kecil kesengsaraan yang dapat kita lihat. Namun ada penderitaan dan keperitan yang lebih besar yang terpaksa mereka tanggung. . Disaat banyak yang membisu, ayuhlah kita menadahkan tangan memohon kepadaNYA agar melindungi dan memberi pertolongan kepada mereka. Mereka juga saudara kita.

 

Kepada semua pelanggan, terima kasih daun keladi. Salam Maal Hijrah, moga Allah SWT menganugerahkan yang terbaik untuk anda.

Nor Anitah
Kod: KPH-6psg,BS-15pcs
Pos : 14hb.11,2012
Treking :CD151410047MY
                   CD185170513MY

Nor Azizah
Kod: RD-20pcs
Pos : 14hb.11,2012
Treking :CD151410055MY

Ratna
Kod: RD-6pcs
Pos : 14hb.11,2012
Treking :CD151410016MY

Abibah
Kod: KPH-2psg
Pos : 14hb.11,2012
Treking :EM263099333MY

Roslina
Kod: KPH-1psg
Pos : 14hb.11,2012
Treking :EM263099378MY

Zuhaida
Kod: KPH-2pc
Pos : 9hb.11,2012
Treking :EM333371121MY

Agnes
Kod: KPH-5psg
Pos : 7hb.11,2012
Treking :EM333370568MY

Samsul
Kod: KPH-1psg
Pos : 7hb.11,2012
Treking :EM333370554MY

Nur Sakinah
Kod: KPH-2PSG
Pos : 7hb.11,2012
Treking :EM333370452MY

Friday, November 9, 2012

SEMERBAK KASIH SAHABAT DI BUMI JORDAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Hari ni jom jalan-jalan,kembara di bumi Jordan lagi ye..

Sepanjang perjalanan ke Yarmouk, kami melintasi banyak kebun/ladang buah-buahan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual buah-buahan segar dari ladang tersebut ditepi jalan.

IMG_3092

IMG_3091IMG_3089IMG_3094IMG_3095
Beli jangan tak beli, destinasi dituju masih jauh, nanti boleh makan dalam van. Sedapnya anggur dan buah-buah tu, masih terasa manisnya, terbaik dari ladang…

PEPERANGAN YARMOUK( 12/8/636 AD)

Pemandangan sungai dan lembah yang luas dimana berlaku pertempuran paling sengit yang pernah tercatat dalam sejarah perkembangan Islam. Kehebatan strategi perang Khalid Al Walid membolehkan tentera Islam menewaskan tentera Byzantine yang jauh lebih ramai dan lengkap dalam tempoh 6 hari.Pertempuran ini menjadi sangat signifikan dalam sejarah dunia kerana menandakan berakhirnya penguasaan kristian di bumi Syam(negara Syam termasuk-Jordan, Syria, Palestine dan Lubnan) dan bermulanya penguasaan kerajaan Islam diluar tanah Arab.

DSC_0061DSC_0079DSC_0072

Apa yang paling terkesan ketika lawatan di Jordan adalah ketika dapat menziarahi makam sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW, sahabat-sahabat yang hebat yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT . Subhanallah, Alhamdulillah, sungguh nikmat Tuhan yang amat2 ummiross syukuri.  Persis terasa aura dan semangat juang para sahabat. Mereka mempertaruhkan segalanya demi kasih dan taat kepada Allah dan RasulNya.

MAKAM MUAZ BIN JABAL

DSC_0051DSC_0047DSC_0049
Muaz bin Jabal sangat disayangi Rasulullah SAW dan beliau juga amat2 menyayangi baginda. Harumnya bau makam ini yang ummiross sangkakan pada mulanya bau dari minyak wangi. Tetapi kami dimaklumkan bau harum itu adalah bau semulajadi dan bukan semua orang yang dapat menghidu bau tersebut, Subhanallah, istimewanya kedudukan Muaz bin Jabal disisi Allah dan RasulNya. Kami merasa sangat bertuah dapat berada disisi makam sahabat kesayangan Rasulullah ini.

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w memegang tangannya sambil bersabda:

"Wahai Muaz! Demi Allah aku sangat sayang kepadamu, demi Allah aku sangat sayang kepadamu.”

Kemudian baginda bersabda lagi: Aku berpesan kepadamu, wahai Muaz! Setelah selesai sembahyang, janganlah kamu lupa untuk membaca:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Yang bermaksud: Ya Allah! Bantulah aku untuk sentiasa menyebut namaMu dan bersyukur kepadaMu serta memperbaiki ibadat kepadaMu.
(Hadis riwayat Abu Daud).

MAKAM ABU UBAIDAH AL JARRAH

DSC_0021DSC_0025DSC_0026
Abu Ubaidah Al-Jarrah lahir di Makkah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Beliau antara yang terawal memeluk Islam, selepas Abu Bakar As-Siddiq  dan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda lagi.
"Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."

MAKAM NABI SYU’AIB

Nabi Syu'aib diutus Allah SWT kepada penduduk negeri Madyan untuk  mengajak kaumnya untuk bertakwa kepada Allah SWT dan mentaatiNya. Namun kaum Madyan menolak ajakan Nabi Syu'aib, bahkan mencemuhnya. Akhirnya Allah SWT menurunkan azab-Nya kepada kaum Madyan sebagai balasan kekufuran mereka. Al-Qur'an menyebutkan nama Nabi Syu'aib sebanyak 10 kali dan menceritakan kisahnya dalam surah al-A'raf, surah Hud, dan surah asy- Syu'ara'.
Boleh klik di SINI atau google je untuk membaca kisah Nabi Syu’aib yang lebih detail.

DSC_0076DSC_0064
Masjid dan makam Nabi Syu’aib.

 

MAKAM NABI YUSHA’

Makam nabi Yusha’ terletak di Barat Laut bandar Salt, Jordan, di atas bukit 1130 meter dari aras laut.

Yusha’ bin Nun adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran nabi Musa pada pertama kali tiba di "Tanah Yang di Janjikan" dan mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kan’an. Namanya tidak disebutkan secara langsung di dalam Al Quran, tetapi Al-Qur'an merujuk bersama dengan kisah Musa di dalam Al Maidah, Al Kahfi dan Al Waqiah..

DSC_0005DSC_0003DSC_0009DSC_0006
Naik ke atas untuk melihat mata air yang masih kekal, sejuk dan nyaman.

To be continued..

Penghargaan Kepada : MR Travel

Tuesday, November 6, 2012

KAIN PASANG ETNIK PUA KUMBU TERBARU 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Cantik..cantik!!!. kain pasang etnik terbaru, kombinasi corak pua kumbu dan abstrak. Kombinasi tona-tona warna yang menyerlah tetapi tetap lembut menawan pada pandangan mata. Kain ni ada corak abstrak sikit di bahagian kakinya. Gambar 1, ummiross letakkan corak abstrak tu dibahagian atas. Gambar 2 pula corak abstrak tu dibahagian bawah. Terserahlah pada selera dan kraetiviti masing-masing nak buat baju macamana nanti kan, ummiross cuma tunjuk contoh je. Kalau berkenan, bolehlah order, untuk pakai sendiri ke, untuk buat uniform sekolah dan pejabat ke atau untuk bisnes kecil-kecilan. Semuanya bisa di atur!!!

 

IMG_4859IMG_4838
           Gambar 1                            Gambar 2

 

IMG_4853IMG_4856IMG_4859
                                                                  KPH43-out of stock

 

 

IMG_4884IMG_4888IMG_4886
                                                                  KPH44

 

 

IMG_4880IMG_4879IMG_4881
                                                                       KPH45

 

IMG_4803IMG_4805IMG_4811
                                                                     KPH46 - (kombinasi biru purple)

 

IMG_4867IMG_4865IMG_4872
                                                                     KPH47(out of stock)

 

Jenis : Kain Pasang Sarawak Corak Etnik
Material: Polyester Silk (lembut beralun)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.

Monday, November 5, 2012

DIANA DANNIELE DAN BATIK SARONGNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah bertemu lagi kita diminggu yang baru. Seperti biasa aktiviti hari minggu penuh. Hari ni baru dapat berlama-lama sikit depan lappy. Tertarik pulak tengok gambar-gambar perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil, sama cantik sama padan. Yang paling ummiross tertarik pada batik sarongnya. Baju potongan moden putih dipadankan dengan batik sarong berwarna pink. Gabungan moden dengan budaya tradisi pemakaian batik sarong, sopan dan manis sekali. Comel pula Diana bertudung kan…

Kalau nak tengok kain yang ‘sewaktu’ dengan kain Diana tu bolehlah klik kat SINI ye. Hehe..promo!

Bersama Keluarga Farid Kamilgambar-sekitar-pernikahan-diana-danielle-dan-farid-kamil14
Gambar dari Mr google – perkongsian oleh astro Awani.

Hujung minggu lepas terima souvenir dari rakan blogger, keychain dari kain felt, cantik sangat, ummi kalau barang kraf tangan ni suka sangat. Kata JS keychain ni untuk pengkomen tegar di blognya, so ummiross ni salah seorang daripadanya. Terima kasih ye JS, muahhh!!!

IMG_4893

Terima kasih juga kepada customer ummiross dari Sabah kerana belian borong kain pasang etnik kod KPH untuk dijadikan uniform di sekolah beliau. Terima kasih juga customer dari Perak  dan Pulau Pinang.

Jennier
Kod: KPH-246M
Pos : 2hb.11,2012
Treking :CD106326343MY

Nor Azizah
Kod: RD10pcs
Pos : 2hb.11,2012
Treking :CD106326365MY

Nor hasmidar
Kod: BS-2pcs
Pos : 2hb.11,2012
Treking :EM263095022MY

Friday, November 2, 2012

ECO JORDAN HISTORIC JORDAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hari kedua kami di Jordan. Menyelusuri bumi Jordan bagaikan mengembara ke masa lampau, sejarah yang tertulis tapi tak pernah tercapai dek gambaran fikiran. Di sini semuanya seakan menjadi nyata. Melihat kesan tinggalan sejarah bagai melihat beribu tahun kebelakang. 

JERASH
Dikatakan sebagai ‘Rome Away from Rome’ dan merupakan ‘ the largest and most well-preserved sites of Roman architecture in the world outside Italy.’ Gahnya empayar Byzantine ni dulu sehingga berjaya menguasai wilayah diluar Italy termasuklah bumi Syam.

Namun Khalid Al Walid dan tentera Islam akhirnya berjaya menundukkan Byzantine, seterusnya menghapuskan pengaruh Rom di bumi ambiya ini untuk selamanya. Jerash masih terus berkembang dibawah pemerintahan ummayah sehinggalah pada tahun AD 749, gempa bumi memusnahkan sebahagian besar Jerash dan kawasan sekelilingnya.

DSC_0125DSC_0147DSC_0143DSC_0190
Jerash, 48km dari Amman. '’The drive will take you less than an hour, but will transport you 2000 years back in time'’-pinjam ayat Mr google. Rome memang terkenal dengan senibinanya suatu ketika dulu..

Jerash ni dulu merupakan kota serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kerja-kerja membaikpulih masih berterusan bertahun2 lamanya hinggalah ke hari ini.

DSC_0192DSC_0172

The South Gate

DSC_0165DSC_0231

The Forum

DSC_0193DSC_0224

The South Theater
Amphitheatre yang dikira hebat pada zamannya dan boleh memuatkan sehingga 3000 orang.

DSC_0207
DSC_0209

The Hippodrome

IMG_3072DSC_0273DSC_0148DSC_0287
Show time - lakon semula suasana semasa empayar Rome.

Jualan cenderamata di pintu masuk Jerash. Hehe..penjual cenderamata melelapkan mata.

DSC_0119

 

AJLUN CASTLE
Singgah kat Ajlun Castle pula. Ajlun Castle ( Qal'at Ar-Rabad) ni terletak di kemuncak bukit/gunung dikelilingi lembah menghijau.. Dibina oleh pada tahun 1184 atas arahan Ezz Eddin Osama, anak saudara kepada Salahuddin Al-Ayyubi, sebagai pangkalan dan pertahanan dari pencerobohan tentera salib dan mengawal aktiviti sekitarnya. Dikatakan 10 orang tentera Salahuddin ditugaskan mengawal di sini pada setiap hari. Selepas dua tahun pembinaannya, Salahuddin dan tenteranya berjaya menewaskan tentera salib dalam perang Hattin.

DSC_0313
DSC_0315
Ajlun Castle-‘The marvels of nature and the genius of medieval Arab military architecture’.

DSC_0297DSC_0326DSC_0318
Pemandangan yang cantik dari Ajloun Castle ni. Pokok yang menghijau dikejauhan tu, adalah pokok zaitun. Sebahagian besar bumi Jordan ditanam pokok Zaitun. Dalam pinggan tu, rasanya beri liar, manis dan sedap!

 

GADARA
Ancient city of the Decapolis was founded in the early 3rd century BC by Hellenistic dynasty of the Ptolemy.

Betul-betul kota lama ni. Kedudukan Gadara atau Umm Qais ini sangat strategik iaitu di tebing tinggi 350m dari aras laut mengadap Sungai Jordan, Bukit Golan dan Laut Galilee, Israel. Sangat-sangat cantik pemandangannya.

DSC_0098DSC_0124DSC_0129DSC_0105
Di sebelah kanan tu adalah Bukit Golan dan Tasik Tiberias atau juga dikenali sebagai Laut Galilee/ Tasik Gennesaret/Tasik Kinneret, Israel.


THE CITADEL

Terletak di Jabal al Qala’a merupakan salah satu penempatan tertua di Amman. Penempatan disini dikatakan telah wujud anggaran 7000 tahun dauhlu.  Ianya kemudian berterusan dikembangkan pada ‘Middle Bronze Age’, Persian, Hellenistic, Roman, Byzantine dan Arab Muslim.

DSC_0344IMG_3036
The earliest decorative, carved stonework found at The Citadel.

Kami tiba disini dah lewat petang. tak banyak gambar yang diambil, dah penat pun ada. Gambar dibawah ni bukan penempatan lama ye, tapi penempatan sekarang yang terletak berhampiran The Citadel ni. Rumah-rumah orang Jordan ni, serupa je warnanya, takde warna-warni.

DSC_0355

Dah senja, jom terbang pulang…
DSC_0347

Jom pekena nasi Mandey dulu, air tangan orang Jordan, the best ever!!!
IMG_3027

Selamat berhujung minggu, senyum2 sokmo….

Penghargaan; MR Travel.