Thursday, August 30, 2012

PESONA DARI PESONA DEWI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam bertemu kembali..

Rasa macam lama je ummiross bercuti dan bersunyi-sunyian. Bila nak mula berblog balik, mak aiii..jadi macam malas je pulak, hehe..tu lah lain kali jangan cuti lama-lama, cuti lama-lama…, nanti  diambil orang mood melayang.

Kerja-kerja ‘belakang tabir’ tak pernah habis. Lepas sibuk beraya, sekarang ni sibuk pulak mengambil gambar kain-kain batik sarung, ambil masa juga nak siapkannya. Ada beberapa design baru yang sangat-sangat cantik. Tapi ummiross publish secara berperingkatlah ye. Kali ni kain Pesona Dewi dulu, kain ni macam kain Ratna Dewi yang ummiross jual sebelum ni. Memang cantik dan ada gold line lagi. Nanti akan menyusul kain Batik Sarong Sarawak corak terkini pulak. Pelan-pelanlah ye, ummiross sedang menjana mood untuk berblog kembali, hehe..pendapatan nak kena jana juga kan!.

Dah banyak pertanyaan yang masuk, jadi mulai hari ni order dibuka semula. Jom cuci-cuci mata, kalau berkenan cepat-cepat order, stok terhad, jangan sampai ‘terkeciwa…’

(ps: Padanan dengan baju dibawah hanya contoh sahaja, ummiross jual batik Sarong je ye)

 

IMG_3507IMG_3433IMG_3512
                                                PD1
                                        

IMG_3376IMG_3539IMG_3493
                                                   PD2

 

IMG_3516IMG_3400IMG_3391
                                               PD3


 

IMG_3486IMG_3541IMG_3557
                                                    PD4

 

IMG_3497IMG_3367IMG_3501
                                                 PD5

Deskripsi
Jenis Kain : Cotton
Ukuran      : 2m belum berjahit (approximately)
Harga        : RM25 sehelai
Saranan     : Sangat sesuai dipadankan dengan kurung,blouse dll

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT. DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.

Sesiapa yang berminat sila hubungi;

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960

20 comments:

Amie said...

Memang cantik betullah Ummi... padanan dengan baju corak polos tu sungguh menawan. Pasti ramai yang terpikat dengan idea begini!

ummiross said...

Terima kasih Amie..
Betul tu, kalau tak suka warna yang terang, boleh juga padankan dengan kain polos lembut warna senada.
Hehe..insyaAllah, terpikat dan melekat gitu!

MulutPayau said...

Memang cantik sangat padanan warna tu..semuanya menarik...

jemarisuri said...

ummi lum ada yg berkenan...js msh jatuh cinta ngan yg dulu gak...hihi

ummiross said...

@MulutPayau;

Terima kasih MP, warna-warna menawankan.

ummiross said...

@jemarisuri;

Hehe..insyaAllah kod RD yang js nak order tu bulan Oktober ni sampai,nanti boleh cuci2 mata lagi.

Aishah Jahirah said...

mmg cntk la...salam aidilfiti dan salam kemerdekaan....:)

NzA said...

cantik la ummi..kainnya lembut mcm batik sarong srwk juga ke ummi??
Lepas dh reda raya ni pn nk order lg batik srwk tu..dh ada prmintaan dr kwn2....

ummiross said...

@Aishah Jahirah;

Hehe terima kasih Aishah..Salam Aidilfitri dan salam kemerdekaan dari ummi juga ye..

ummiross said...

@NzA;

Terima kasih NzA..Kain ni tak sama dengan kod BS, kod BS cotton spun, kain ni macam cotton batik sarung yang biasa kita pakai tu, tapi yang kualiti terbaik, macam batik Ratna Dewi.
Boleh2..NzA,nanti ada batik Sarawak kod BS, insyaAllah ummi publish yang corak baru nanti, hujung minggu depan.

khairul said...

len kali jgn menghilangkan diri lama sgt yer Ummi hehe

LadyBird said...

salam ummi.. cantiknye kain2 tu..

p/s : salamt hari merdeka ummi :)..

Sweet N Pretty said...

ye la ummi bile dh lama cuti mmg mood nak update blog lari hehe. cantik coraknya tu...sweet:)

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

moga Allah kurniakan mood untuk berblog.....dan maju jaya lagi dlm perniagaan

ummiross said...

@khairul;

hehe..insyaAllah, mood dah mula datang ni.

ummiross said...

@LadyBird;

Wassalam Lady..terima kasih2x.
Salam merdeka juga Lady, merdeka!!!

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Hehe..betul kan Intan, ni tengah mengumpul mood ni.

ummiross said...

@Atuk;

Waalaikumussalam Atuk.

InsyaAllah Atok, amin2x, moga dimakbulkan. Terima kasih atuk.

L said...

cantik sungguh. aish.. kalau ade awek nih beli satu bagi ke dia.. haha

Jemput baca;;=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html

ummiross said...

@L;

hehe..belum ada awek ke L?, ke nak suruh ummi carikan?hikhik!

Terima kasih L.