بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Balik kampung dimusim perayaan berganda keseronokannya berbanding balik kampung dihari-hari biasa. Dapat berkumpul dengan adik-beradik dan anak-anak saudara di rumah mak ummiross (cucu-cucu memanggilnya ‘Tok’) membuatkan hati kami sekeluarga sangat-sangat ceria.
Musim raya, rumah Tok bertukar menjadi penginapan yang mengalahkan hotel 5 bintang, hehe..melimpah penghuni sampaikan tidur pun kenalah pandai ambik port masing-masing. Yang bujang-bujang, tidur kat ruang tamu je lah jawabnya, masa ni keluarlah segala macam tilam toto Tok yang selama ni berlipat kemas.. Tak cukup tidur kat bawah, ada yang ambik port tidur atas kerusi panjang atau sofa. Riuh rendah jadinya penginapan tidak mewah ini, namun sentiasa mewah dengan kasih-sayang.
Seronok anak-anak bujang ummiross melayan kerenah sepupu2 mereka yang masih kecil tu, jadi supervisor lah konon, sambil tumpang sekaki dua kaki bermain bunga api.
Percubaan menulis perkataan ‘RAYA’ yang gagal, mak saudara bereksperimen dengan anak-anak saudara, huruf R dan Y yang terbalik. Huruf ‘R’, tuanpunya blog yang buat, hehe.. kena crop tu.
Persiapan pagi raya, mau bergaya untuk pergi solat sunat Aidilfitri.
Anak-anak bujang ummiross memang seronok melayan The Twin ni.
Petang raya, persiapan membakar sate, acara tahunan yang sangat menyeronokkan, ia bukan kerana sate, ia kemeriahan berkumpul dan bergurau senda. Yang perempuan hanya jadi penonton, tolong makan juga, hari ni anak-anak lelaki yang berpeluh membakar.
Wajah-wajah ceria sepupu-sepapat, gambar kiri anak abang, gambar kanan anak bujang ummiross, hehe..ada serupa ke? Tersenyum ceria..senyum macam serupa je.
Anak-anak ummiross memang menjadi ‘pojaan’ sepupu-sepupu yang jauh lebih muda ni, sebabnya bila balik mereka angkut sekali play station, Wii dan bagai lagi. Baru budak-budak ni dapat duduk diam, kalau tidak bergegar lantai rumah Tok dek acara berkejar-kejaran.
Beraya rumah adik ummiross pula. Ketupat palas yang menjadi kegemaran ummiross, makan dengan rendang atau sambal daging, boleh habis sepinggan tu, tak dapat kuih raya pun takpe.
Anak-anak bujang yang hampir setiap tahun akan beraya dengan Tok mereka. Raya tetap TERBAIK selagi ada Tok.
Wassalam.
Sila klik untuk melihat koleksi terbaru kami RATNA DEWI SONGKET dan BATIK LEPAS.