Monday, August 5, 2013

BATIK LEPAS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN BORONG.

Jenis                : Batik Lepas
Material            : Cotton
Ukuran             : 2.15m-belum berjahit
Harga runcit     : RM35
Saranan     : Sesuai dipadankan dengan baju baju kurung atau blouse dan lain-lain.

 

                    BL24                                               BL25

IMG_7886 IMG_7909

 

                    BL26                                                  BL27

IMG_7887 IMG_7910  

 

                     BL28                                                        BL29

IMG_7904IMG_7906A

 

                        BL30                                              BL31

IMG_7903A IMG_7911

 

                     BL32                                                   BL33

IMG_7912IMG_7905A

 

                       BL34                                                BL35

IMG_7907 IMG_7888A 

 

                        BL36                                                   BL37

IMG_7889 IMG_7913 

 

IMG_7901AIMG_7899A

Kepada yang berminat sila hubungi;

ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016-8784 960

Thursday, August 1, 2013

SEDONDON

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah, kalau dah rezeki, walau dah masuk bulan puasa hari tu, tapi order kain pasang etnik aka Batik Sarawak, Batik Sarong Sarawak, Batik Lepas dan Batik Ratna Dewi masih berterusan. Ada order runcit, ada order borong. Untuk order runcit pun order selalunya melebihi sepasang, mungkin order untuk satu keluarga sekali. Tapi trend yang nampak jelas adalah tema sedondon. Ada yang nak semua sama, dari corak dan juga warna. Ada yang nak corak sama tapi warna lain2. Memang cantik dan meriah bila berpakain sedondon dihari raya. Bila beli last minute ni, kenalah pandai jahit sendiri kan, sebab kalau nak upah confirm tukang jahit dah tak nak terima.

Alhamdulillah,syukur juga dengan rezeki hasil belian uniform dari cikgu-cikgu di salah sebuah sekolah di Semenanjung. Terima kasih semua kepada pelanggan-pelangan Salamborneo dan Batik Sarawak Shop, semoga ceria dan segak bergaya dihari raya, tampil unik dan berbeza dengan Batik Sarawak.

ps: Jika nak tengok kain Ratna Dewi Songket dan Batik Lepas terbaru, boleh add fb ummiross ye Batik Sarawak Shop, ummiross tak sempat nak masukkan gambar2 kain terbaru ni kat blog.

Sebahagian dari order pelanggan..Kain Pasang Etnik, Ratna Dewi Songket dan Batik Lepas

 DSC_1206 IMG_7932 IMG_7933

IMG_1725[11]IMG_7906IMG_7890

Terima kasih Daun Keladi
Lain Kali Order Lagi..
 

Nora - Perak
Kod : RD, PD.
Pos: 1.8.2013
Treking: EF012026929MY

Norliza - Kedah
Kod : BS
Pos: 31.7.2013
Treking: EM685387391MY

Yatimah - Selangor
Kod : KPH
Pos: 29.7.2013
Treking: EM635387388MY

Norlita- Johor
Kod : KPH
Pos: 29.7.2013
Treking: EM635387357MY

Suhaila - Kedah
Kod : RD
Pos: 29.7.2013
Treking: EM635387357MY

Aryanti - Selangor
Kod : BL
Pos: 22.7.2013
Treking: EM635387343MY

Yatimah - Selangor
Kod : KPH
Pos: 22.7.2013
Treking: EM635387309MY

Ruslina - Selangor
Kod : KPH
Pos: 9.7.2013
Treking: EM635387330MY

Jasmini - Kedah
Kod : KPH
Pos: 13.7.2013
Treking: EM812148310MY

Supiati - Sabah
Kod : KPH
Pos: 12.7.2013
Treking: EM635387326MY

Norlita - Johor
Kod : KPH
Pos: 9.7.2013
Treking: EM812148181MY

Samsiah - Terengganu
Kod : KPH
Pos: 9.7.2013
Treking: EM812148249MY

Yani  - Kedah
Kod : Perfume.
Pos: 8.7.2013
Treking: EM614288892MY

Ramlah - Perak
Kod : KPH
Pos: 2.7.2013
Treking: EM812148221MY

Sariah – Kuala Lumpur
Kod : KPH
Pos: 2.7.2013
Treking: EM812148204MY

.

Friday, July 26, 2013

REMPAH MASAK HITAM

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang,
Salam Nuzul Quran..

Hari ni cerita pasal rempah pula. Rempah masak hitam yang paling sedap. Ummiross beli rempah ni dari rakan blogger izan mamamia, Mia DuniaKu. Harganya RM2.50 je sebungkus, ummiross beli  4bungkus  dan izan bagi ummiross sebungkus percuma. Dah beberapa minggu ummiross beli tapi tak sempat masak lagi sebelum ni.

IMG_7942

Semalam baru sempat masak menggunakan rempah masak hitam dari  izan ni..masak apalagi…daging masak hitamlah. Olala..walla..walla..!!!, memang sedap amat!!!. Serius ummi cakap sedap betul rempah yang izan jual ni, anak-anak yang tak berapa suka daging pun, bukan main berselera lagi berbuka semalam. Kat bungkusan rempah tu ada siap dengan resipi sekali, cuma tang kicap tu, ummi campurkan kicap manis dan kicap pekat, jadi taklah banyak ummi gunakan kicap, kicap pekat tu bubuh sikit je, dah cukup untuk menghitam kan daging masak hitam, heheh..hitam2 pun sodap!!!.

IMG_7940

Terima kasih izan sebab perkenalkan ummi dengan rempah yang sedap ni. Terima kasih juga dapat percuma satu tu ye. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi izan mama mia ye.

ps: Cepatnya masa berlalu, puasa dah lebih separuh bulan dah kan. Sama2 kita manafaatkan Ramadhan yang masih berbaki, selamat beramal ibadah.

Wednesday, July 24, 2013

KURMA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Dalam banyak2 kurma, kurma maaaana anda paling suka?. Hehe..bunyi macam soalan nujum Pak Belalang pun ye kan.

Ummiross paling suka kurma Ajwa aka kurma Nabi. Dan yang nombor dua, peberet ummiross jatuh kepada… kurma muda yang mula nak meranum ni. Rasanya kelat2 manis. Lagi sedap kalau simpan dalam peti sejuk, bila makan memang terasa lagi rangup, sejuk pula tekak.

IMG_7878

 

Masa kat Madinah tahun lepas kami beli sekotak ni. Bawa ke Mekah, pack dalam tupperware kecik2, simpan dalam peti sejuk. Balik terawih, makan buah kurma ni pun dah ok, krup..krap..krup.. krap, rangup!. Makin lama buah ni makin masak dan mula bertukar gelap, dah tak kelat lagi, manis dan lembut. Bila bawa balik Malaysia semuanya dah masak, lembut lembap dan fresh..

DSC_0207

Alang-alang cerita pasal kurma, jom kita singgah pasar kurma dan ladang kurma. Gambar-gambar dari album ummiross semasa kat Madinah tahun lepas ye, dah setahun berlalu, tapi bila rindu, suka tengok2 gambar ni.

Pasar Kurma Madinah.

DSC_0216DSC_0209 DSC_0211 DSC_0204

 

Ladang Kurma, Madinah.

DSC_0202 DSC_0195  DSC_0197  DSC_0200   

Jom berselawat kepada Rasulullah SAW, tanda sayang dan rindu kita kepada baginda.

 للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

ps:
Perkongsian maklumat : Kepada warga Putrajaya, insyaAllah pada 25hb.Julai ni, ada tazkirah sempena Nuzul Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi, penceramah jemputan ialah Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, bermula jam 9.30 malam-10.30 malam, iaitu selepas solat terawih 8 rakaat(hari2 lain 20 rakaat). Jom ramai-ramai meriahkan majlis ilmu.

25hb.Julai, 2013 di MTMZA, Putrajaya.

IMG_7884

Friday, July 19, 2013

RAMADHAN DI TIGA TANAH SUCI

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross memang suka menonton rancangan Jejak Rasul dari dulu lagi. Terbaru, Jejak Rasul 19 (2013),  dengan tema “Ramadhan di Tiga Tanah Suci” telah mula bersiaran setiap hari jam 6.00 petang mulai 9hb.Julai, 2013.

Pada ummiross, Jejak Rasul kali ni paling dekat dihati, paling menyentuh hati. Bila menonton Fedtri Yahya bersama Ustaz Amin, berbuka puasa, berterawih dan menunaikan umrah di bulan puasa di Mekah, ianya sangat-sangat mengimbau kenangan, kenangan  kami suami isteri menunaikan umrah dan menyambut awal Ramadhan disana. Rindunya suasana berbuka dan berterawih bersama ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia di sana. Rindunya saat bermunajat kepadaNya dihening malam dengan Kaabah didepan mata, airmata begitu murah dibumi penuh barakah ini.  Menunaikan umrah meskipun dalam cuaca yang panas, tetap  istimewa dihati kami. Ya Allah, moga dijemput menjadi tetamu Mu lagi.

 IMG_3262
Suasana di Masjidil Haram selepas solat Terawih.

Rakaman Jejak rasul 19 ni pun dirakam pada tahun lepas juga, Ramadhan 1433 Hijrah. Teringat ketika kami bertemu dengan rakan blogger Kehidupan Makkah 2, Tuan Haji Arshad selepas asar di depan Masjidil Haram, beliau ada mempelawa kami berbuka puasa di Felda de Saji, katanya krew TV3 pun ada. Sayangnya kami tak berkesempatan untuk join sekali. RupanyaTuan Haji Arshad pun tampil dalam racangan Jejak Rasul kali ni, Alhamdulillah..moga-moga usaha dan kerja-kerja kebajikan yang tuan haji lakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, moga ramai yang mendapat manafaatnya, moga diberkati dan diberi ganjaran berganda. Kepada yang tak berkesempatan menonton di TV3, boleh je lihat di Tonton.com atau di youtube.

Perantara Jejak Rasul Mat Nasir Yusof pula bersiaran dari Jordan untuk beberapa episod awal ni sebelum memasuki Palestin.  Kebetulan tahun lepas kami ke Jordan terlebih dulu sebelum ke Madinah dan Mekah.Jadi bila bila melihat ada antara tempat2 yang dipaparkan pernah juga kami kunjungi, membuatkan kami sangat teruja. Antaranya adalah masjid sahabat Rasulullah SAW, Abu Ubaidah di Jordan.

Masjid Abu Ubaidah di Jordan, banyak pokok kurma di sekitar masjid ni. Semalam baru ummiross tahu bila menonton Jejak Rasul, yang pokok kurma ni kepunyaan pihak masjid dan bila buahnya masak akan dibuat acara lelongan. Duit yang didapati hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

DSC_0040DSC_0030 DSC_0042DSC_0021 

Boleh baca pengalaman kami menziarahi Masjid Abu Ubaidah dan  makam sahabat Rasulullah SAW di SINI.

Ummiross kongsikan juga link bagi Episod 5 dan Episod 7 dibawah ni :

Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 7 (Umrah): http://youtu.be/jdnLiReeSjw via @youtube.

Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 5 (Umrah): http://t.co/ioj31FAVpK via @youtube

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT DATANG RAMADHAN-USAH PERGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

Alhamdulillah, esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, selamat datang Ramadhan mubarak. Ummiross ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Ummiross doakan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadat puasa. Selamat berpesta amal ibadat. Semoga terus istiqomah untuk beribadat pada bulan-bulan seterusnya. salam kemaafan juga dari ummiross jika ada salah dan silap.

Juga sama-sama kita titipkan doa buat saudara seagama kita terutama di Syria, Mesir, Palestin dan Myanmar, moga mereka tidak terus teraniaya, moga semuanya kembali aman dan mereka dapat menjalani ibadat di bulan Ramadhan ini dengan tenang.

Sambil tu, best juga melayan lagu Ramadhan oleh Maher Zain versi Melayu ni, baru perasan lagu ni bila di share oleh rakan di fb, syahdunya, tersentuh dengan bait-bait liriknya yang indah.

Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku
Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu
Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi
……………………..

ps: video tak boleh nak share pula, cari kat youtube lah ye, kalau nak dengar suara Maher Zain yang best mendayu-dayu tu.

Hari ni ummiross publish 2 entry sekaligus. Boleh baca catatan perjalanan kami dari Amsterdam ke Brugge, Belgium di SINI. Rasanya di bulan Ramadhan, masa agak terhad untuk mengadap lappy.