بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Lamanya tidak menulis..ada perkara yang lebih memerlukan tumpuan. Hari ni ada sedikit waktu terluang…hanya berkongsi gambar-gambar percutian di Greece. Tambahan ada kawan nak berkelana ke sana, jadi ummiross kongsikan pengalaman ini sebagai panduan. Selamat berkelana teman, ke Greece dan Santorini Island...pulau impian.
“When we think of ancient Greece, we think right away of Athens.”
Dari Izmir,Turki..kami ‘terbang’ dengan Pegasus Airlines ke Athens. Untung dari Turki ni..ada banyak kapal terbang tambang murah, so pilihlah mana yang berkenan dihati.
Penginapan di Athens..Hotel Athinaikon, bilik kecik je tapi sangat strategik, walking distance je ke beberapa tempat yang menjadi “tourist attractions”. Dan yang penting..ada kedai makanan halal berdekatan. Tuan punya hotel ni pun sangat baik, dialah yang membantu mengatur perjalanan kami ke Pulau Santorini sebelum ni.
Tuanpunya hotel yang baik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu. Beliaulah yang bersungguh membantu untuk memastikan hajat kami ke Pulau Santorini menjadi kenyataan.
Deretan kedai berhampiran hotel. Di hujung deretan kedai membelok ke kiri ada restoran India Muslim.
Menikmati nasi briyani di Athens, halalan toyyiban :)
Bangunan kedai yang dijadikan tempat solat berjemaah.
Selepas berehat dan menjamu selera, sessi jelajah kota bersejarah. Athens..kota dimana tamadun dan seni bina mendahului zaman. Athens juga melahirkan ramai ilmuwan dan ahli Falsafah terkenal, Aristotle, Plato dan Socrates. Zaman sekolah dulu, memang hafal nama-nama ni kan, tak minat sejarah pun kena hafal juga, at least untuk jawab soalan exam.
The Acropolis of Athens
Kota tua bersejarah yang terletak di puncak bukit. Bukan sekadar terpegun dengan kemajuan seni bina Greece dahulu tetapi pemandangan dari atas bukit ini sungguh memukau.
Menaiki anak tangga yang datar dan tersusun, menjadikan pendakian lebih santai dan tidak memenatkan.
Kota Athens dari “kacamata”… dari atas bukit.
“The Acropolis, and the Parthenon in particular,was constructed between 447 and 438 BC and its sculptural decoration was completed in 432 BC. In 1987 it was inscribed as a World Heritage Site (UNESCO, 1987). “
SYNTAGMA SQUARE
“Syntagma Square is the most famous in Athens if not all of Greece. No matter where you have to go in Athens, if you can find Syntagma Square you can find your way there.”- Mr Google
PLAKA
Plaka originates from the days of the Greek revolution. The settlement of Anafiotika was created in the 19th century by migrants from the Cycladic island of Anafi. They built their houses on the steep slopes of the Acropolis in their traditional island style. Thus, they created a small village with white-washed houses and narrow paths between them-Mr Google.
Paling best menghabiskan sepetang di Plaka menyelusuri lorong-lorong kecil dengan deretan kedai menjual pelbagai barangan..dari barangan antik, kraftangan, lukisan, cenderamata dan sebagainya.
Bagi penggemar baranagn antik..macam-macam koleksi ada kat sini..
Trademark? Pintu-pintu kedai yang sangat colourful
OMONIA SQUARE
“Omonia Square is one of the oldest squares in the city of Athens and an important shopping centre. It is located at the center of the city at the intersection of six main streets.”- Mr Google.
Takde apa yang menarik sangat di sekitar Omonia Square ni. Kami melalui Omonia Square kerana mencari restoran muslim yang terletak tak berapa jauh dari dataran ini.
Layan je lah gambar-gambar yang ada ni ye…kami singgah je mana-mana tempat yang sempat, nama tempat pun dah lupa, lama sangat entry tertunda.
Destinasi kami seterusnya ke Venice Itali..Olala!!!, cantik,!!!!, tunggu entry seterusnya ye.
Ikuti juga kembara Turki kami di SINI
Wassalam.
4 comments:
salam rindu ummi...
antara tmpt yg teringin sy lawati... acropolis... mudah2an ada rezeki ke sana...
mmm kalau ada restoran halal..lg syok x pyh nk penat2 fikir ;-)
salam..apa kabar Ummi..?
amboii ingatkan dah tak minat berbog...bkn main lama bertapa..
Anies..salam rindu juga.
InsyaAllah..sampai juga Anies nanti. Yup,Anies, tak lapar tinggal di Athens, sbb ada nasi hehe..;)
@Kamsiah:
Wassalam Kam..
khabar baik Kam
hehe.. yelah Kam, busy sangat lately, dah lega skit boleh lah godeh2 balik blog ni. Rindu Kam n gang blogger, lama tak sempat blogwalking.
Post a Comment