Wednesday, November 12, 2014

GREECE-VOLCANIC ISLAND OF SANTORINI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Kabare rakan-rakan blogger? Lamanya ummiross tidak berblog. Rindu sangat kat semua. Bulan September baru ni ummiross bercuti, ke Turki lagi. Kali ni ummiross pergi bersama sahabat-sahabat zaman persekolahan dulu.. Kami berenam..all ladies, seronok..sambil melancong sambil menjalin kembali persahabatan

Balik dari Turki sangat sibuk pula melayan order Batik Sarong Sarawak dari para pelanggan. Ada banyak stok baru tapi ummiross tak sempat update kat blog. Kami hanya berjual beli melalui whatsapp. Kepada pelanggan semua, bolehlah lihat stok terkini di fb Batik Sarawak Shop dan juga fanpage kami Timeless Style.

Hari ni sambung cerita kembara kami. Kali ni ummiross dan suami mula bergerak keluar dari Turki untuk ke Greece.  Kami memilih penerbangan murah-Pegasus Airlines, dari Izmir ke Athens, Greece. Seawal pagi selepas solat subuh,kami suami isteri bertolak dari hotel kami di Ephesus menuju ke Izmir Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sesampai di Athens National Airport, kami menaiki train-Metro ke stesen Mastrina. Dari stesen ni, kami hanya berjalan kaki ke hotel penginapan. Sebelah petang, kami menghabiskan waktu menjelajah kawasan sekitar.

Malamnya kami cuba mendapatkan khidmat travel agency tempatan untuk ke Santorini Island tetapi semuanya dah tutup. Kami balik ke hotel dan bersembang tentang keinginan kami ke Santorini Island dengan pemilik hotel. Rezeki kami, beliau cuba menolong kami  dengan mencari tempat penginapan melalui internet dan menelefon sendiri pemilik penginapan di pulau tersebut. Beliau juga menelefon teksi untuk menghantar kami seawal pagi ke pelabuhan. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami.

Teksi datang menjemput kami dalam pukul 6.15 pagi. Olehkerana kami tiba agak awal, tidak perlu kami beratur panjang untuk membeli tiket feri. Feri laju Blue Star bertolak pada pukul 7.30 pagi. Perjalanan memakan masa juga oleh kerana jarak yang jauh walaupun menggunakn khidmat feri laju. Kami tiba di Pulau Santorini pada pukul 3.30 petang dan dijemput oleh pemilik tempat penginapan kami.

DSC_0078_Fotor

10257235_395905117216810_534977734045258958_o

882130_395960130544642_2464047119519632214_o (1)

DSC_0077_Fotor

   

Santorini Island dikatakan antara pulau tercantik dan unik kerana ianya merupakan pulau yang terbentuk dari aktiviti gunung berapi.

. “Did you know that the whole complex of Santorini islands is still an active volcano (the same as Méthana, Mílos and Nísiros) and probably the only volcano in the world whose crater is in the sea? The islands that form Santorini came into existence as a result of intensive volcanic activity; twelve huge eruptions occurred, one every 20,000 years approximately, and each violent eruption caused the collapse of the volcano’s central part creating a large crater (caldera). The volcano, however, managed to recreate itself over and over again.”

Terpesona-Santorini - “the red & black island with dark blue ocean.”10258062_395904673883521_6875258692127470136_o (1) 
 

SWEET HOME- nama tempat penginapan kami, rumah yang beberapa biliknya dijadikan bilik penginapan. Setiap bilik lengkap dengan dapur untuk memasak, bilik air yang sangat selesa, biliknya juga agak luas dengan 1 katil bujang dan satu katil double.

DSC_0228_FotorDSC_0081DSC_0087DSC_0089

Pope..tuan punya “Sweet Home” sangat peramah dan cukup membantu.IMG_0376_Fotor DSC_0083

Pope mencadangkan pada petang itu kami ke Oia, tempat yang menjadi tumpuan untuk melihat matahari terbenam. Ianya dikatakan antara tempat paling strategik didunia untuk melihat matahari terbenam.

Kami menyewa kereta untuk menjelajah pulau. 

DSC_0346

 

Sampai di Oia, kami melalui lorong-lorong kecil yang dipenuhi dengan deretan kedai cendera mata dan  terus menuju ke kawasan menghadap lautan.

DSC_0102_Fotor

“Yes, Santorini is an island of the classic Greek blue and white variety - but with a bit of exploring, it's easy to see a place of burnt orange and blood red, royal purple and butter yellow, electric green and pastel pink.” (Amanda Ruggeri).

Tepat sekali kata-kata  di atas, Pulau Santorini memang memukau dengan variasi warna alam semulajadi bagai lukisan.

DSC_0117_Fotor

 

Bila matahari mulai jatuh, cahaya oren matahari mula “melimpah” pada permukaan sekitar, menjadikan ianya sangat cantik “and so colourful”, bagai kanvas lukisan terbentang luas. Subhanallah..indahnya setiap kejadian ciptaan Allah SWT.

DSC_0136_Fotor 

DSC_0138_Fotor

 

“With its uninterrupted view west, Oia is the island's most popular place to take in the Aegean sunset's festival of colour. The show is so popular, in fact, that each summer evening the town's streets fill with camera-toting visitors ready to capture the spectacle. But even before the sky lights up with fluorescent oranges and pinks, Oia itself turns a peach hue, bringing out the oranges in the volcanic rocks of the cliffs below.”
(Amanda Ruggeri)

Ketika kami tiba, hampir setiap ruang telah dipenuhi oleh orang-ramai untuk merakamkan saat matahari terbenam di Oia. Tempat yang kami dapat tidaklah berapa strategik, tetapi dapat juga kami mencelah walaupun agak sesak.

1548156_395910663882922_3074482410624395191_o

 

Mencari tempat strategik, di atas “cliff” ini juga dipenuhi oleh ramai remaja. Ada berani?, hehe..

DSC_0122_Fotor

DSC_0191

 

Matahari mula terbenam, cantik betul bila cahayanya mula memantul pada bangunan yang berwarna putih.

DSC_0152_Fotor

DSC_0154_Fotor 

 10321729_395910073882981_433536769701939129_o

 904524_395905477216774_8319158269627365239_o

 DSC_0123_Fotor

DSC_0189_Fotor_Fotor

 

Kalau di Athens kami temui kedai makanan halal, di sini kami terpaksa masak sendiri. Sepulang dari melihat matahari terbenam, kami membeli sedikit barangan dapur untuk memasak. Inilah hidangan makan malam kami ubi kentang digoreng bersama telur dan tomato, dimakan bersama biskut dan susu segar, sudah cukup mengenyangkan.

DSC_0207 

 

Keesokan harinya, seawal pagi kami mengambil peluang memandu mengelilingi Pulau Santorini. Rumah-rumah dan bangunan di Pulau ini dicat dengan warna putih menjadikan ianya sangat cantik bila berpadu dengan unsur alam..laut yang membiru dan batuan pulau yang kemerahan..

DSC_0283_Fotor 

 DSC_0298_Fotor

DSC_0303_Fotor

 

 DSC_0252

 

Black sand beach..pasirnya berwarna hitam kerana asalnya dari batuan gunung berapi. Satu lagi pantai yang terkenal dengan  pasir berwarna merah.

DSC_0237 

 

“Countryside” pulak,  sejuk mata memandang.
Kelihatan dalam gambar pokok anggur yang masih kecil di tanam rapi. Terdapat banyak ladang anggur di pulau ini.

DSC_0330

DSC_0271_Fotor

DSC_0267_Fotor 

DSC_0259_Fotor

DSC_0260_Fotor 

 

Lewat tengahari kami memulangkan kembali kereta yang kami sewa dan menaiki teksi ke pelabuhan. Sementara menunggu feri datang, kami menikmati secawan kopi di cafe berhampiran.

DSC_0360_Fotor 

Terharu sangat kerana pemilik cafe ini mengizinkan kami menunaikan solat di bahagian belakang cafenya.

DSC_0367IMG_8625 

 

Selamat tinggal Santorini Island. Keindahan pulau ini akan terus terpahat di ingatan. Kami akan kembali ke Athens sebelum seterusnya bergerak ke Venice, Italy.

DSC_0374_Fotor

Ikuti kembara kami di bumi Turki sebelum ini di SINI .

19 comments:

SalbiahM said...

terkesima saya lihat gambar-gambar ni.dah banyak kali dengar orang bercuti ke Santorini..wajib masuk travel checklist nih..hehe

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah... ummiross dah jadikan Turki macam balik kampung aje. Baru balik dgn en abe dia dah pergi lagi dgn kaan pulak. Lain kali masukkan kakak dlm luggage tu kakak nak ikut hihi...

Mempesonakan mata semua gambar yg ummiross captured - cantik.

Business betul-betul mencanak sampai boleh ulang-alik Turki berkali-kali ye:)

aizamia3 said...

cantiknya pemandangan kat sana.. sampaikan saya terbayang saya berada di sana menikmati cahaya matahari terbenam tu.. ;)

Zaitun said...

MasyaAllah subhanAllah. Speechless. Cantiknya... kak zai tak boleh bayangkan keindahannya. Terima kasih pada ummi kongsi gambar.

marshalizadotcom said...

Cantiknya ummiross...di greece ni kan? Teringin nak ke sana....kena banyak membaca ni..☺

MumMe said...

Salam rindu rindu rindu...selamat kembali...bestnya santorini...

Kamsiah yusoff said...

ummi..patut lama menyepi..ke Turki rupanya..dah mcm balik kg ah hhehe...
tp melhatkan gambar2 pemandangan yg tersangat cantik..tak heran la ummi kerap kesana..

AMIIZAA@Mieja said...

salams ummi,

lamanya ummie menyepi...i miss u tau....ummi makan angin rupanya.....cantik2 sangat tempat2 yg ummi travel:):)

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

rindunya kat ummi.. Subhanallah.. sepanjang membaca dan melihat gambar dalam entry ni tak henti2 mulut ni mumuji keagungan ALLAH Maha Pencipta.. Terima kasih ummi atas perkongsian yang sangat indah.. Terima kasih juga untuk pahala berzikir yang dapat di kutip di sini.. insyaALLAH.. wah.. repeat ke turki lagi.. bestnya.. Semoga ummi dan suami terus diberikan rezeki dan kesihatan yg baik agar dapat meneruskan kembara di bumi ALLAH yang maha luas dan indah ini.. Take care Ummi!

Sham said...

salam..

ingat sy lg tak...?waa syoknya berjalan...he3...

NzA said...

Melopong mulut nza seketika melihat bertapa indahnya semua gmbar2 tu. Bila la impian menjadi kenyataan ni. Tabung ayam belum cukup ni ummi....adeh

Kayu Manis said...

la mmg nor tk perasan ada n3 bru..

wow terbaiklh..
nikmat mnakah hndak kita nafikan.. kn ummi

dear anies said...

santorini...tmpt yg sy kepingin nk g...x dpt ke sana ke busan pn jadi laa ;-)

Sweet N Pretty said...

Salam rindu juga ummi. Lamanya ummi menyepi rupanya berjln jauh lagi. Subhanallah indahnya alam ciptaan Allah. Bestnya ummi...ancient historical place. Terima kasih sudi berkongsi:)

Rose kakrose said...

subhanaallah..cantiknya tempat itu. teruja pula nak kesana..

Amie said...

Ummi yang dirindui....
cantik sangat tempat-tempat yang Ummi kunjungi tu... subahanallah... masya Allah!

Sham said...

Amboiii berjalan sakan nampak...beshhh...

Anonymous said...

Wah bestnye ummi....byk pengalaman ni hihi

Anonymous said...

bestnye akk slalu jln2 je tau...hehe