بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Nampak gayanya berlanjutan lagilah entry ummiross pasal kembara Turki. Kesibukan menguruskan bisnes menghadkan masa untuk berblog. Alhamdulillah, kami menguruskan dari berpuluh hingga ke beratus helai kain Batik Sarong Sarawak sehari untuk dipos kepada pelanggan. Kepada pelanggan-pelanggan yang membuat order borong, diharap dapat bersabar ye, order akan diurus mengikut giliran dan mungkin agak memakan masa sedikit.
Berbalik kepada Kembara kami di Bumi Turki, pada hari kedua di Antalya, kami memilih untuk menyertai tour yang dikendalikan oleh local travel agency. Melawat tempat-tempat bersejarah pula Perge, Aspendos, Side. Juga termasuk dalam pakej adalah lawatan ke air terjun Kursunlu dan ‘fruit picking’ di ladang oren. Nak tulis banyak-banyak bagai kehabisan idea,otak pun asyik berfikir pasal order kain yang perlu diurus, jadi layan jelah gambar-gambar di bawah ni ye.
Perge merupakan ibukota bagi Pamphylia, bandar serba lengkap pada zaman pemerintahan Greek dan terus berkembang maju dibawah pemerintahan Rome. Berjalan diantara runtuhan tinggalan sejarah ini, terasa aura ketamaddunan Greek dan Roman yang bagaikan mendahaului zaman.
Penat berjalan, boleh singgah sebentar untuk membeli cenderamata. Sempat juga ummiross membeli alas gelas yang dikait oleh wanita Turki ini..sangat cantik.
SIDE
‘Side is an ancient Greek city on the southern Mediterranean coast of Turkey, a resort town and one of the best-known classical sites in the country’.’-Mr Google
Cantik sangat penempatan ni, terletak di pesisir pantai. Sekarang ianya menjadi resort yang menarik ramai pelancong.
Tinggalan-tinggalan sejarah Greek masih jelas kelihatan. Tentu suatu ketika dulu, ianya merupakan salah satu penempatan yang gemilang dizamannya.
Temple of Apollo
ASPENDOS
‘The theatre of Aspendos is one of the best preserved theatres of the Roman world.
It is situated in Lycia (Turkey) at about 15 km from the mediterranean coast. The history of the city goes probably back to 1000 BC. Romanisation started in 190 B.C. The theatre was built in the period 161 - 169 A.D.’ –Mr Google
Antara tinggalan Theatre yang paling lengkap..masih jelas binaan asalnya.
Makan tengahari di restoran tepi sungai lagi..cantik!!!.Hidangan pun cukup meyelerakan.
Dah makan, singgah pula di ladang oren. Aktiviti memetik buah pula. Seronok melihat ladang oren yang luas dan pokok oren berbuah lebat. Tapi awas, kalau tak pandai petik, tak dapat buah yang betul-betul masak, nanti dapat buah oren yang agak masam.
KURSUNLU WATERFALLS
Destinasi terakhir bersantai pula di kawasan air terjun Kursunlu. Air terjun Kursunlu ni lebih kecil berbanding airterjun Duden yang kami kunjungi pada hari pertama, tapi tetap cantik.
Wassalam.
14 comments:
waduhhhhh kalu laa dpt...penat berjalan pastu mandi kt air terjun tu...perrghhhhhhhh mau x nk blk malaysia ni ;-)
SubhanAllah...cantiknya. Speechless... kak zai tak ada perkataan nak diperkatakan..terlalu cantik.
Ummi dah jd tokey besar....Alhamdulillah.
bila ada gambar air..laut ke..air terjun ke..cantik sangat kan ummi
cantiknya tempat ni
teringin nak pergi
dalam mimpi pun tak sampai lagi hehe :)
Salam Ukhuwah Ummiross..
Impian akak juga nak ke Turki ni...
Tq share gambar yg menarik ni :)
Ummiross...
Bestnya baca travellog turki awak.
Jemput baca saya punya travellog kat Turki...saya hanya cover sesetengah tempat sahaja. Antalya belum jejak lagi
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/
Assalamualaikum ummi. Bertemu kita lagi. Teruskan berkongsi kembara di bumi anbiya. Dapat baca cerita & tengok foto pun happy:)
Allahurobbi Ummiross... kakak ni sampai tak kelip mata menikmati semuanya... beruntung betul dpt jejak kaki di sana.
Kakan tengok en abe memetik buah tu geram. Macam kita kat sini petik rambutan aje hihi... petik terus makan!
subhanallah
cantik sungguh..
byk lagi koleksi ummi ye..bt tatapan kami2 ni..yg compom tak dpt pg..heheheh
Ya Allah, kagum melihat keindahan alam dan senireka di sana.
Alhamdulillah perniagaan makin maju... subhanallah cantik sungguh tempat2 tu... teruja betuk bila tgk air terjun tu... bestnya!
salam,
Pada mulanya Antalya tidak termasuk dalam iti. Tetapi post ni yg buatkan saya masukkan Antalya dalam iti untuk next percutian.Jujurnya susah untuk mencari review berkenaan Antalya dr org malaysia.
Berapa cost utk tour ni? saya survey di google tetapi tiada jawapan.
Terima kasih semua atas komen, rindu sangat kat semua.
@Liza, Wassalam.
Yup betul jarang org kita ke Antalya, cubalah ke sana, ummi suka suasana di sana, tentang bajet tak dapat nak komen, bergantung
pd diri sendiri. Macam ummi naik bas malam dari Cappadocia ke Antalya, tiket xmahal sangat tapi dah lupa.
Post a Comment