Wednesday, August 6, 2014

BAJU RAYA BATIK SARAWAK DARI PELANGGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Seronok sangat bila ramai pelanggan yang hantar gambar kat whatsapp, berkongsi gambar baju-baju raya mereka menggunakan Batik Sarong Sarawak. Semuanya cantik-cantik dan kreatif pulak rekaannya.

Ummiross paparkan beberapa gambar yang diizinkan oleh pelanggan untuk di kongsi. InsyaAllah lain kali jika ada peluang dan keizinan, ummiross kongsikan yang lain pulak ye.

Kombinasi Batik Sarong Sarawak kod BSG216A dengan kain hitam polos dijadikan dress. Olala!!!,memang cantik sangat!.

photo 

 

Baju kurung moden menggunakan Batik Sarong Sarawak kod BSG216B, dipadankan dengan kain polos biru. Sentuhan etnik yang sangat manis dipandang.

photo (2) 

 

Lagi satu rekaan kreatif dari pelanggan, kurung moden dengan gabungan batik Sarawak kod BSG212C dengan kain polos biru lembut. Nampak sangat unik dan menawan.

photo (1)

Terima kasih banyak-banyak kepada kedua-dua pelanggan ummiross yang mengirimkan gambar-gambar diatas ni, salam sayang dari Salam Borneo, mmmmuaahhhh!!!.

Kepada pelanggan-pelanggan lain, jika ingin berkongsi gambar baju raya dari batik Sarawak yang dibeli dari kami, sila hantarkan ke whatsapp atau email ye, sama-sama berkongsi idea berkongsi citarasa.

Wassalam.

ps: respon kepada banyak pertanyaan, kami hanya menjual Batik Sarong Sarawak yang belum berjahit sahaja, kami tidak menjual baju atau dress. Baju-baju di atas adalah kiriman pelanggan-pelanggan kami yang menggunakan kain yang dibeli dari kami untuk membuat baju mengikut kreativiti masing-masing.

14 comments:

Acik Erna said...

Memang cantik sangat ummi sesuai dengan tuanya yang manis

NzA said...

mmg cantik n kreatif...raya ke4 pn angah mengayakan baju sulam + batik srwk yg nza beli dulu....cantik ummi. bila belek2 xdepulak snapgmbar baju tu.

Kayu Manis said...

Salam syawal Ummiross

mmg cntik ada kelainannya.

p/s tq sbb suka dgn peyek knor.

Kakzakie Purvit said...

Waahhh... memang menarik sangatlah Ummiross. Anak dara yg memakainya pun manis sangat:)

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...
waaaa... cantek....

hehehe... yang kita beli banyak2 haritu pun kita nak buat blouse ... tapi tak siap2 lagi... tailor kata lepas 29 syawal baru dia menjahit semula...huhuhu...sabat menanti... ;-)

Kamsiah yusoff said...

kalau tak tengok gambar2 ni..tak terpikir pulak boleh dijadikan dress mcm tu..kreatif..

Zaitun said...

Salam ummi...Ketiga -tiganya kak zai suka memang cantik.Dahlah sipemakai pun cantik jelita.

Bunda_nora said...

Salam Syawal...cantik sangat....jual baju pasang ready to ware jr ke?....yang pasang2 belum jahit tak der jual ke?...

NEKCIK said...

salam syawal Umiross....cantik sungguh model model batik sarawak ye...

dear anies said...

Sy kn hntr jg ni ;)

Amie said...

Assalamualaikum Ummi sayaaaang...
memang cantik2 belaka kain batik Sarawak di atas tu... Amie pun puas hati sangat dengan batik Sarawak warna purple yang Amie beli dulu tu... terlebih seronok sebab ramai kawan puji baju tu cantik!

dari dasar hati said...

Sis tumpang tny...kalu nk beli mcm mn yer?brp semeter?

ummiross said...

@dari dasar hati, sila email atau sms ye untuk order, just bagi kod kain je nanti.

Nora Karim said...

Mmg cantik dan kretif la mereka ni.. cantik cantik!!