بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Hari kedua di Cappadocia, selepas solat subuh, kami ke tapak hot air balloon dilancarkan.Ummiross ni memang gayat, jadi memang awal-awal lagi kami dah buat keputusan tidak membeli tiket untuk hot air balloon. Cukuplah sekadar dapat merakam suasana.
Suasana pagi yang sejuk dan hening. Sementara menunggu belon-belon siap sedia, peserta boleh menikmati sarapan ringan di tempat yang disediakan.
Kerja-kerja mengembangkan belon panas agak memakan masa juga. Tapi sangat seronok sebab dapat melihat kerja-kerja ‘dibelakang tabir’ begini.
Melihat belon-belon pelbagai warna berterbangan berlatar belakangkan bentuk muka bumi yang unik memang mempesonakan.
Landing time..!!!
Selesai semuanya kami pulang ke hotel. Bersiap dan bersarapan. Dalam pukul 9.30, mini bus dari travel agency datang menjemput kami dihotel. Kali ni untuk “Full Day South Cappadocia Tour”.
DERINKUYU UNDERGOUND CITY
Derinkuyu Underground City is an ancient multi-level underground city in the Derinkuyu district in Nevuehir Province, Turkey. With its 13 floors extending to a depth of approximately 85 m, it was large enough to shelter thousands of people together with their livestock and food stores. It is the largest excavated underground city in Turkey and is part of a network of several underground complexes found across Cappadocia.First built in the soft volcanic rock of the Cappadocia region, possibly by the Phrygians in the 8th - 7th centuries B.C according to the Turkish Department of Culture, the underground city at Derinkuyu may have been enlarged in the Byzantine era. The city was connected with other underground cities through miles of tunnels.- Mr Google.
Memasuki underground city bagai menjelajah suatu dunia fantasi yang sangat mengkagumkan. Tak dapat dibayangkan bagaimana manusia dulu-dulu mempunyai kemahiran dan kudrat untuk menebuk batu bukit gunung berapi ini dan menjadikannya sebuah bandar tersendiri yang cukup lengkap dengan segala kemudahan didalamnya.
Tak banyak gambar yang dapat di ambil kerana suasana yang agak sesak dan gelap.
Semasa menuruni underground city dari satu level ke satu level tidak terasa penat, tambahan terasa sangat excited melihat ‘bandar bawah tanah’ yang lengkap dalam samar-samar cahaya. Tetapi semasa hendak keluar, memang menuntut kekuatan stamina. Mengah dan semput juga dibuatnya, memanjat tangga dari satu level ke satu level yang agak sempit dan curam untuk keluar semula.
Seperti biasa..jualan souvenir.
IHLARA VALLEY
‘Ihlara Valley, near Mount Hasan and Mount Melendiz (two of the three volcanoes of Cappadocia) is a canyon with a depth of approximately 100m and was formed by the Melendiz River thousands of years ago. It begins at Ihlara village and ends with Selime Monastery at Selime village after making 26 bends along 14 kilometers. It is believed that the valley housed more than four thousand dwellings and a hundred cave churches decorated with frescoes. Around eighty thousand people once lived in Ihlara Valley’.-Mr. Google.
Destinasi kami seterusnya adalah Ihlara Valley. Kami dimaklumkan kami akan berjalan dalam kira-kira 4 km menyusuri Sungai Melendiz sehingga tiba ke destinas terakhir di Belisirma Village. Nasib baiklah, boleh kata hampir setiap minggu kami biasa juga strolling sekitar Tasik Putrajaya, sekurang-kurangnya taklah terkejut sangat ‘urat saraf’ dengan tour yang agak lasak begini.
Menuruni tangga yang tinggi menuju lembah yang terbentang luas.
Disekitar Ihlara Valley ni dikatakan banyak tinggalan gereja lama yang dibuat didalam gua-gua batu gunung berapi.. Ini antara tinggalan sebuah gereja lama Agacalti Kilise (Church under the Tree).
Seterusnya…bermulalah perjalanan kami di Ihlara valley, menyusuri Sungai Melendiz menuju ke Belisirma Village. Subhanallah..memang terpesona dengan pemandangan yang sangat cantik dan damai. Sungai Melendiz yang jernih dengan deru air yang mengalir tenang, pokok-pokok yang tidak berdaun dimusim sejuk dikelilingi batuan gunung berapi yang unik membentuk satu panorama yang cukup mengkagumkan.
Singgah menikmati secawan ‘cay’ atau menikmati jus segar di tepi sungai.
Masih jauh berbaki, nasib baiklah cuaca sejuk dan nyaman, menjadikan perjalanan sangat selesa. Pemandangan yang cantik membuatkan hati sentiasa teruja walaupun agak kepenatan dengan jarak perjalanan yang agak jauh.
Akhirnya kami tiba juga di Belisirma Village. Taraaaaa!!!, masa untuk makan tengahari, di Anatolia Valley Restaurant.
Pemandu pelancong kami bersama staf restoran memberi taklimat berkenaan menu dan hidangan yang boleh dipilih.Tempat yang cantik dengan menu yang sangat menyelerkan, mungkin juga kerana sudah kelapran dan penat berjalan.
SELIME MONASTRY
Selesai makan kami menuju ke Selime Monastry pula. Waa..kali ni sekali lagi stamina kami diuji, Kali ni memanjat bukit pula untuk melihat tinggalan biara-biara yang dibina pada batu-batu bukit dengan pelbagai tujuan keagamaan masyarakat purba suatu ketika dulu.
“Selime is one of the biggest monasteries in Cappadocia. Cut into the soft tuff rocks, it contains many caves for all the different needs of a medieval life in a monastery.”-Mr Google.
Singgah sekejap di Gerome Onyx Jewellery. Setakat mencuci mata melihat pelbagai jenis batu permata, cantik-cantik semuanya. Sekadar mencuci mata, harga pun boleh tahan mahal.
PIGEON VALLEY (Güvercinlik vadisi)
Pigeon Valley ni terletak antara Goreme dan Uchisar. Dinamakan Pigeon Valley kerana ribuan ‘rumah’ merpati yang telah dibuat pada batuan lembut semenjak dulu lagi. Di Cappadocia, najis burung merpati telah lama digunakan sebagai sumber baja bagi tanaman.
Kemasukan baja kimia bagaimanapun telah mengurangkan penggunaan najis burung. Namun masih terdapat petani yang menggunakannya kerana percaya.. “ that the reputation of Cappadocian fruits as the sweetest and most succulent in Turkey is entirely due to pigeon dung.”
Kelihatan ‘pigeon house’ yang ditebuk pada batu-batan lembut.
Dalam cuaca yang sejuk nyaman, dapat menikmati secawan Cay atau kopi Turki dengan pemandangan yang memukau pasti akan sentiasa jadi kenangan.
Malamnya kami akan bertolak ke Antalya. Selamat tinggal Cappadocia..bumi unik dan indah bagai lukisan.
Sila klik di SINI untuk membaca lain-lain entry KEMBARA TURKI kami.
16 comments:
Subhanallah..ianya bagaikan lukisan diatas kanvas..cantik tak terkata...indah buminya...sungai2 yg bersih terpelihara..
Assalamualaikum wbt....
Ummi, mana rupa tangga bandar bawah tanah tu? nak tengok....
hehehe....
Okay umi, tahun depan kita g germany pulak.... dah masuk final WC ne... hehehehe....
Bestnya! Terpegun dibuatnya.... rasa teringin nak kembara ke sanaah Ummi!
Subhanallah...cantiknyaaaaaa kakkk.... Saya teringin nak pergi juga....tapi kalau tak dapat pun x per. Akak dah share kat sini pun, saya bersyukur dah...
beberapa minggu lps mumme search di youtube cappadocia...then ada org upload video dia naik hot air balloon ni...dah terdetik...agaknya ummiross naik jg ni...masya Allah...cantik sgt2 kan ummiross...
cantik.. indah..
saya suka tempat makan tu.. mesti menarik.. sambil makan sambil dengar air mengalir..
salam k.ummiross..
banyaknya belon.. kalo cma tgk belon byk2 ni mesti rasa nk jerit2.. hehe..
cantiknya pemandangan..
salam ramadhan kak.. :))
Terkasima kakak dibuatnya Ummiross. Seronoknya dapat menjelajah bumi Allah yg indah itu..
Subhanallah..Cappadocia ni memang cantik!teringin nak pergi..
salam kenal n follow sini ye ummiros
SubhanAllah cantiknya. Membuatkan hati ini bertambah melonjak cuma bila ummi cerita perjalanan agak mencabar terasa risau juga.Maklumlah tenaga sekarang ini tak berapa kuat.
Subhanallah indahnya ciptaan Allah. InsyaAllah 1 fine day hrp dpt ke sana...berangan dh ni hehe. Oh ummi gayat ya...tk merasa naik belon.
cantik pemandangan kat sana.. :)
Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"
Subhanallah
alhmdulillah. Tak ada kta2 yg hebat lgi ummi..
cantik2nya pemandangan kat sana ummi...xjemu menatapgambar2 tu...apatah lagi ummi yg berpeluang ziarah kesana......
kalau nza pn gayat kot naik belon tu..rasa mcmzstabil je......he3x...
Subhanallah..ummi, cantiknya belon yang baru nak kembang tu...tapi bila baca sampai habis, sungai tu 10x lebih cantikkkk.....
Berapa orang sekali boleh isi dalam bakul belon panas tu ekk?
Post a Comment