بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
“Antalya is a city on the Mediterranean coast of southwestern Turkey. It is Turkey's biggest international sea resort, located on the Turkish Riviera. In 2013, Antalya became the third most visited city in the world by number of international arrivals, ranking behind Paris and London, respectively. Antalya previously ranked third in the world in 2011and 2012 and fourth in 2010 with over 10.5 million visitors in 2011.”- Mr Google
Kami bertolak ke Antalya dari Cappadocia lebih kurang pada pukul 9.30 malam. Ketibaan kami di awal pagi telah disambut oleh wakil dari travel agent dan terus dibawa ke hotel penginapan.
Hilang rasa penat bila melihat suasana di sekitar hotel yang nyaman. Ianya bukan hotel biasa bertingkat-tingkat tetapi lebih kepada ‘rumah agam’ dengan suasana kampung dan dikelilingi pelbagai jenis pokok. Sesetengahnya sedang berbuah lebat..
Ada pokok peach yang sedang berbuah, dan pokok avocado yang baru mengeluarkan bunga.
Biliknya taklah terlalu besar tapi cukup selesa.
Selesai sarapan, kami memulakan langkah kembara kami di bumi Antalya.
Duden Waterfall (The Upper Düden Waterfalls).
The most famous waterfalls in Antalya are called Duden Waterfalls. Breathtakingly beautiful Duden Waterfalls are comprised of Upper and Lower waterfalls, formed by the waters of the Duden River. Upper Duden Waterfalls are located within the city limits, whereas the Lower Waterfalls can be seen if you travel all the way along the river course past Lara Beach. With all its hidden cave chambers, unique flora and fauna it’s close to impossible to describe the beauty of this natural masterpiece. Lower Duden cascades from the 40-meter rock down to the sea creating a loud sound of splashing water which echoes a few kilometers around-Mr Google
Destinasi pertama kami adalah Upper Duden Waterfalls. Oleh kerana kedudukannya yang tak jauh dari pusat bandar, maka pengangkutan awam seperti teksi atau bas boleh digunakan untuk ke sana. Nak masuk dikenakan bayaran, tiket boleh dibeli dikaunter yang disediakan.
Terdapat taman-taman yang cantik dan anak sungai yang mengalir sudah dapat dilihat sebaik sahaja memasuki kawasan ini.
Untuk ke air terjun, perlu menuruni anak tangga yang agak banyak juga sambil melihat indahnya deruan air dengan kehijauan flora dan fauna. Bila semua unsur alam bergabung, semuanya jadi cantik untuk dirakam dilensa kamera.
Akhirnya sampai juga ke kawasan utama air terjun. Biarlah gambar-gambar ni bercerita tentang keindahannya.
Terdapat juga beberapa air terjun kecil di kawsan berhampiran.
Warna air di bawah ni memang cantik sangat!!!..emerald green, warna betul, bukan edit ye.
Makan tengahari di tepian air terjun…
Hari pertama di Antalya kami tidak menyertai sebarang tour dengan agen. Jadi kami bebas berjalan sendiri. Untungnya penginapan kami berada di tempat yang sangat strategik. Dan boleh berjalan kaki sahaja ke beberapa tempat yang menarik.
Selepas solat, kami mengambil peluang menjelajah Kaleici. Menariknya kerana kawasan penempatan ini terdiri dari senibina Ottoman yang dibaikpulih dan dijadikan hotel, rumah penginapan, kedai dan restoran. Kawasan padat dan berlorong, tapi tetap cantik, unik dan menarik.
Selama dua hari di sana, beberapa kali kami tersesat jalan untuk pulang ke hotel disebabkan terlalu banyak lorong-lorong. Tapi jangan bimbang, orang Turki ni baik-baik dan sangat meraikan pelancong, tambahan sesama Islam. Seronok memikirkan pengalaman kami, bila dah beberapa kali lalu lalang di situ, mereka pun dah kenal, dari jauh dah tegur..Malaysia, Malaysia sambil bertanya kabar.
Bergambar bersama ‘uncle’ yang selalu tunjukkan jalan untuk kami pulang ke hotel.
Kedai-kedai karpet dan souvenir banyak terdapat di sini.
Antara lorong-lorong di Kaleisi ni, juga masih dapat dilihat dengan jelas kesan tinggalan sejarah era Byzantine dan Ottoman, antaranya Kesik Minare Camii ni, yang pada mulanya merupakan temple dan kemudian dijadikan masjid pada zaman pemerintahan Ottoman.
Penat berjalan, boleh nikmati jus oren segar, terbaik dari ladang!!!
Bila ‘free n easy’ ni..memang best. Sepetang kami menghabiskan masa di Karaalioǧlu Park dengan pemandangan laut dan gunung berbalam yang memukau. Suasana meriah dengan warga tempatan yang menghabiskan masa bersama keluarga di sini.
Terdapat banyak juga kesan tinggalan sejarah dan monumen di sekitar taman ini.
Roman Fortress (Hıdırlık Kulesi)
Cuaca yang sejuk nyaman di bulan April merupakan satu bonus, badan tidak cepat letih walaupun banyak berjalan. Dari Karaalioǧlu Park kami menuju ke pusat bandar yang berhampiran.
Fresh dari laut!.tapi tak berani mencuba..posing je.
Old Town (Kaleici)
Antara landmark Antalya -Yivli Minare(fluted minaret) yang dibina oleh Seljuk Sultan Alaeddin Kykubad (1219-36).
Di sekitar bandar ni terdapat banyak monumen-monumen dan kesan tinggalan sejarah
Saat Kulesi-The Clock Tower
Tower Gate(1244 AD)
(The outer tower in Antalya’s city walls is one of the only towers which remain standing today)
National Ascension Monument Antalya
Akhirnya..time for dinner. Semasa melintasi restoran ini dengan kamera masih tergantung dileher, pekerja restoran ini memberitahu kami boleh mengambil gambar yang cantik dari atas tingkat 2 restoran. Memang kami pun sedang mencari-cari restoran untuk makan malam. Memang betul, pemandangan malam sebahagian bandar Antalya sangat “awesome” dilihat dari sini.
Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, sempat juga merakam suasana sekitar menjelang senja.
Perfect time…gambar-gambar yang dirakam ketika “blue hour. ’Sweet Light” in Antalya.
Tekeli Memet Pasa Mosque, Kaleici,.
Masa untuk menapak pulang ke hotel penginapan. Beberapa kali juga kami tersesat lorong untuk sampai ke hotel. Satu hari yang sangat memenatkan. Selepas solat, mata dan badan menuntut haknya untuk berehat. Terima kasih Allah atas peluang menikmati indahnya alam ciptaanMu.
Sama-sama panjatkan doa untuk saudara seagama kita di Palestine.
15 comments:
Wah trpegun tgok panorama.
indah memukau..sejuk mata memandang
speechless tengok gambar-gambar ni.lagi-lagi air terjun.cantik sangat!
uiiiii....ummi awat x mandi je kt air terjun tu?? cantiknyaaa..... mcm syurga dunia...
berapa suhu kt situ ms tu??
assalam ummi..cantiknya pemandangan..
air terjun tu nampak memutih macam buih je
Betul-betul fascinating gambar yg ummi paparkan. Kakak dpt membayangkan keseronokkan yg ummi rasa di sana.
Gambar-gambar tu kalau besarkan dan frame pun cantiklah ummiross.
Assalamualaikum ...
Ya Allah... bestnya... subhanallah...
air terjun tu boleh mandi tak?
p/s;Ummi, mana gambar tangga tu...?
bestnya kak...teringin nak g Turki
SubhanAllah..cantiknya air terjun dan monument tu ummi, speechless...
Rumah penginapan ummi macam tempat kak zai melancong di Perth dulu.
Subhanallah..cantiknya bumi Allah ini. Ya Allah..kau berilah aku peluang untuk kesana.. menikmati keindahan bumi ciptaan mu itu..Amin.
terimakasih ummi share gambar2 yg sungguh menarik itu..
cantiknya...
keindahan alam ...
sejuk dan nyaman je tengok pemandangan tu.
Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...
ummi.... nak pergi turki...huhuhu...
ummi g lagi sekali jangan lupa carikan Fawwaz tau... hehehe... bawak balik siap...
Subhanallah...air terjun tu cantik dan bersih bagaikan sebuah lukisan..indahnya alam..
Post a Comment