بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Pagi ni, insyaAllah ummiross sekeluarga akan bertolak balik ke kampung. Kami bercuti lebih kurang seminggu. Bisnes Batik Sarong Sarawak pun tutup jugalah seminggu ye.
Hampir berlalu Ramadan, sayu rasa hati. Terasa macam cepat sangat Ramadan kali ni akan berlalu pergi. Apapun moga puasa dan amal ibadat kita semua diterima oleh Allah SWT.
Kepada semua sahabat maya yang dikasihi dan juga pelanggan-pelanggan yang dihormati, ummiross menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Moga Aidilfitri kali ini penuh dengan kemeriahan dan keberkatan. Raikan kemenangan melawan hawa nafsu.
ps: Rempeyek paling best!!!, beli dari rakan blogger, dari blog Cinnamon.com. Pertama kali jumpa rasa macam dah kenal lama. Terima kasih Nor, moga ukhwah berkekalan.
14 comments:
salam aidilfitri ummi ross..semoga hepi di hari raya bersama keluarga tersayang.take care
salam ummi..ye ke paling best..tq..
heheh..
selamat hari raya buat ummi skeluarga.
nor pun nak mohon maaf jika ada salah silap budi bahasa kurang molek..
berhati2 di jalan raya,oandu selamat jiwa selamat in shaa Allah.
Selamat hari raya ummi.acik mohon maaf salah silap semasa me meninggalan komen
Selamat hari raya buat ummi sekeluarga maaf dan ampun dari kak zai.
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat ummi n famili.
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat ummi n famili.
Selamat hari raya ummi..semoga selamat tiba semula ke rumahku surgaku....
selamat hari raya aidilfitri,ummiross...maaf zahir dan batin...
Biar pun lewat tetap kakak datang mahu menghulur sepuluh jari-jemari memohon ampun dan maaf atas segala salah-silap kakak..
Selmat Hari Raya:)
selamat hariraya..maaf zahir batin. memang nmpk sedap rempeyek tu..bnyk ikan bilisnya..
As-salam ummi..
Salam aidilfitri buat ummi dan keluarga.. Maaf zahir dan batin dari saya.. Kalau ke Bangi, jemputlah beraya ke rumah.. :)
salam Umiross...nekcik ni mmg dah berzaman zaman ketinggalan..dek kerana segala gadget moden ni mempunyai masaallah teknikal
Selamat hari raya utk ummi sekeluarga
P/s nk mai putrajaya sok.sggh umah ummi skali ;)
Salam aidilfitri ummi ross... maaf zahir batin... :)
Post a Comment