بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
26.5.2013.
Selepas sarapan, kami ke Wilderswill train station untuk membeli tiket keretapi ke Jungfraujoch, yang juga dikenali sebagai Top Of Europe. Harga tiket pergi dan balik 193.60 Euro ( Tiket untuk train pertama awal pagi lebih murah). Walaupun agak mahal, tetapi rasanya ianya sangat berbaloi dengan pengalaman yang dilalui. Lagipun bila dah sampai ke sini, rasa rugi pula jika tidak naik ke Jungfraujoch, nak tunggu lain kali, mungkin dah tak ada lain kali, dapat datang sekali pun Alhamdulillah.
“The Jungfraujoch - Top of Europe is the high point of any Swiss holiday. The highest railway station in Europe is located 3,454 meters above sea level. The visitors gain access to a high-Alpine wonderland of ice, snow and rock, which they can admire from the viewing platforms on the Aletsch Glacier or in the Ice Palace .”-Mr Google.
Perjalanan menaiki keretapi memakan masa lebih kurang 2.5 jam, tetapi sedikit pun tidak terasa lama. Pemandangan indah sepanjang perjalanan membuatkan semua orang teruja. Subhanallah..keindahan pergunungan Swiss yang sangat memukau. Melewati pokok-pokok pine, perkampungan dilembah yang menghijau, sungai yang jernih, air terjun kecil(yang mungkin terhasil akibat salji yang mencair), kemuncak gunung yang memutih diliputi salji, langit biru semunya bagaikan gambaran lukisan alam. Dulu2 ummiross suka sangat tengok gambar pokok pine yang diselaputi salji, rasa cantik sangat, Alhamdulillah hari ni dapat merakam sendiri gambar-gambar ni, itupun dari dalam keretapi yang sedang bergerak, walaupun tak pro, jadilah untuk tatapan sendiri.
Akhirnya selepas lebih kurang 2 jam setengah, kami sampai ke puncak. Diatas ni terdapat cafe dan juga kedai2 cenderamata. Untuk keluar ke Jungfraujoch plateau, perlu melalui Ice Palace terlebih dahulu - laluan/tunnel daripada ais termasuklah lantai, dinding dan siling yang suhunya sentiasa dikekalkan pada 3 darjah celcius, licin sangat laluan ni, macam nak main ice skating pula, nasib baik ada tempat berpegang disediakan.Terdapat juga pelbagai ukiran ais di sepanjang laluan.
Pintu keluar dari Ice Palace, menuju terus ke Jungfraujoch Plateau.
Taraaa!!!, akhirnya berjaya juga kami ‘menawan’ Top of Europe, hehe..penat keretapi mendaki, orang lain yang dapat nama.
Memang dinasihatkan memakai sunglasses, kerana pancaran matahari sangat terik pada ketinggian ini. Ummiross terlupa membawa sunglasses, memang agak silau, sepet je mata jadinya. Tekanan udara pada ketinggian ini juga menyebabkan ada yang muntah.Grup kami, Alhamdulillah ok je.
Pada ketinggian 11,333 kaki (3,454 meters), berdiri sama tinggi dengan awan. Saat-saat merenung kebesaran Allah SWT.
”Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.” (An Nur :43).
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( An Naml (27) : 88).
Stesen pertukaran keretapi- untuk naik dan turun perlu bertukar keretapi di stesen ni. Masih sempat bergambar di sini sementara menunggu ketibaan keretapi untuk turun kembali.
Sebelah petang, kami dibawa oleh Trip Kekawan untuk melihat keindahan sekitar perkampungan pergunungan Swiss. Cuaca yang sejuk dan nyaman, pemandangan yang indah menjadi terapi minda. Layan jelah gambar-gambar ni ye, kerana gambar bisa ‘bercakap’ seribu bahasa, ummiross pula kehilangan kata-kata, hehe..kehabisan idea.
Keesokan hari kami akan bertolak ke German. Malamnya kami masih tidur di Pergunungan Swiss, tarik gebor aka selimut tebal, tidur lena walau cuaca dingin bangat!!!.
Video dibawah dirakam menggunakan telefon, mungkin kurang memuaskan, tapi cukuplah untuk menjadi kenang-kenangan dan dapat juga berkongsi suasana dengan kawan-kawan.
(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri).
46 comments:
Assalamualaikum Yong, ronda sakan tu! Sempat main snow lagi. SubhanaAllah sangat cantik ciptaanNya!
Kakcik hanya pernah sampai ke Tip Of Borneo je... :)
Subhanallah..cantiknya ciptaan allah swt..best dapat menghayatinya di sana kan
subhanallah..pemandangan yg sangat2 memukau Ummi....gambar berdiri separas awan tu menakjubkan..
@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam Kak..
Hehe..nanti kita ronda Turki pulak kak ye, main salji kat Kg Deredebi.
wallaaaaaaa.... sejuk mata memandang...siyes ummi mcm dlm poskad...hrp2 ada rezeki utk ke sn 1 hr nnt ;-)
@Kakcik;
Best tu Kakcik, Borneo sentiasa dalam kenangan ummi juga.
@kak ina kl;
Cantik kan kak ina, terpesona dengan ciptaan Allah SWT.
@❤Kamsiah❤;
Berdiri kat situ, gayat pun ada Kam, rasa macam nak jatuh ke bawah, hehe.
Betul Kam, viewnya tersangat cantik, kalau Wak Gelas yang ambil gambar, mesti lagi kelas kan..
Subhannallah ummi tak terkata saya tgk gmbr2 yg ummi rakamkan nie...sgt2 cantik... sayangnya video yg ummi rakam saya tak boleh tgk... uhuhuhu
Kakak dekat office sekarang sejuk sebab buka dua aircond bila baca N3 ini terasa sejuk ummi hihi... berangan makan ikut ummi sama mendaki naik keretapi ke top of europe:)
Cantiknya view. Teruja tgk gambar berdiri sama tinggi dgn awan tu. Sangat cantik.
Subhanallah!!!!
salam Ummi.....
perjalanan yg lama pun tak terasa bila mata memandang keindahan ciptaan Allah nie kan...?
Subhanallah..cantiknya!!!
Pemandangan cantik!!!:) bestnye ummi
musim salji ke sis time ke sana...
mesti sejuk membeku ni...hehe
cantik.. + suka dengan pemandangan macam tu.. ;)
wah menariknyer kat sana yer .. musim salju lagi tu !
Subhanallah...cantiknya pemandangan....
bestnyer,... teringin sgt nkgolek2 atas salji
alaaaa UR, bestnye! bila lah kita nak kesana kan?
you took some great pictures UR, semuanya nampak hidup.
UR dah buatkan kita pasang angan2 tinggi nak jejak kaki kesana gak. tapi...ntah bila la tu. huhuhu
@Khai♥Rin : anies;
InsyaAllah, sangat cerah peluang Anies untuk ke sana..muda lagi, ummi dah jadi otai baru dapat merasa ke sana.
@Ratu Hatiku;
Tq RH..agaknya sebab pemandangan tu memang dah cantik, jadi snap lebih kurang pun jadi cantik juga,hehe..
@Kakzakie;
Waa 2 aircond pagi2, boleh tahan sejuk tu Kakzakie, dah macam kar swiss suhunya tu.
Hehe..jom Kakzakie, kita mendaki..dengan keretapi.
@Fiza Rahman;
Yelah Fiza..cantik Swiss Alps ni.
@Ina Hashim;
Cantik ciptaan Allah kan ina.
@yan's cottage;
Wassalam Yan, betul Yan, rasa tak puas melihat pemandangan sepanjang perjalanan.
@MulutPayau;
MP..nanti bolehlah ajak abang honeymoon, hehe.
@Aishah;
Alhamdulillah, syukur dapat peluang, mungkin sekali seumur hidup. InsyaAllah satu hari nanti, giliran Aishah pula.
@Jemarisuri;
Dah summer JS, tapi puncak tu sentiasa bersalji sepanjang tahun.
Cuaca kat bawah pun memang sejuk juga, kawasan pergunungan.
@aizamia3;
Yelah aizamia3, suka tengok view cantik kan, terapi minda.
@Kesuma Angsana;
Swiss Alps yang diliputi salji sepanjang tahun memang sangat cantik KA.
@NzA;
InsyaAllah..nanti giliran NzA pula, ummi doa kan.
@LYAfrina;
Hehe..betul tu LYAfrina, ummi pun rasa macam tu.
@RedRose;
ummi pun lama berangan RR, dah tua2 baru dapat ke sana. InsyaAllah pasang angan2 cepat, moga RR cepat juga ke sana.
Hehe..gambar tu pakai snap je RR, view dah cantik, jadilah gambarnya cantik, anyway tq ye.
Sangat cantik scenerynya UR...
Subhanallah cantiknya ummi. Tanda2 kebesaran Allah bg mrk yg berfikir:)
SubhanaAllah...cantiknya pemandangan. Bilalah agaknya kak Zai sampai ke sini.
wah sejuknya sana...kalau saya mmg tak tahan..huhhu..cantik tgk gambar
tak pernah sampai tempat yang bersalji macam ni...cantik sangat...
@hainom OKje; Sweet N Pretty; Zaitun;izan mama mia;lizz;
Yelah kan, cantik sungguh ciptaan Allah SWT, tanda2 kebesaranNya. InsyaAllah, satu hari nanti moga rakan2 juga dapat ke sana, menikmati indahnya ciptaan Allah SWT.
Subhanallah.... Subhanallah.... Subhanallah.... cantiknya.... cantiknya...
salam Ummiross..
subhanallah....sangat2 cantik...
teruja cma tgk..
seronoknya dpt berdiri kat puncak gunung di kelilingi kepulan awan,,
Subhanallah..cantik sangat...M tumpang seronok tengok pict2 Ummi yg cantik2 ni..nak pi sendiri Wallahualam
Subhanallah, pemandangan yang amat memukau. Paling saya suka pemandangan di perkampungan tu. Pengalaman berdiri separas awan tu pula amat menakjubkan..
Post a Comment