بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Salam Jumaat yang penuh barakah. Hari ni jom jalan-jalan,kembara di bumi Jordan lagi ye..
Sepanjang perjalanan ke Yarmouk, kami melintasi banyak kebun/ladang buah-buahan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual buah-buahan segar dari ladang tersebut ditepi jalan.
Beli jangan tak beli, destinasi dituju masih jauh, nanti boleh makan dalam van. Sedapnya anggur dan buah-buah tu, masih terasa manisnya, terbaik dari ladang…
PEPERANGAN YARMOUK( 12/8/636 AD)
Pemandangan sungai dan lembah yang luas dimana berlaku pertempuran paling sengit yang pernah tercatat dalam sejarah perkembangan Islam. Kehebatan strategi perang Khalid Al Walid membolehkan tentera Islam menewaskan tentera Byzantine yang jauh lebih ramai dan lengkap dalam tempoh 6 hari.Pertempuran ini menjadi sangat signifikan dalam sejarah dunia kerana menandakan berakhirnya penguasaan kristian di bumi Syam(negara Syam termasuk-Jordan, Syria, Palestine dan Lubnan) dan bermulanya penguasaan kerajaan Islam diluar tanah Arab.
Apa yang paling terkesan ketika lawatan di Jordan adalah ketika dapat menziarahi makam sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW, sahabat-sahabat yang hebat yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT . Subhanallah, Alhamdulillah, sungguh nikmat Tuhan yang amat2 ummiross syukuri. Persis terasa aura dan semangat juang para sahabat. Mereka mempertaruhkan segalanya demi kasih dan taat kepada Allah dan RasulNya.
MAKAM MUAZ BIN JABAL
Muaz bin Jabal sangat disayangi Rasulullah SAW dan beliau juga amat2 menyayangi baginda. Harumnya bau makam ini yang ummiross sangkakan pada mulanya bau dari minyak wangi. Tetapi kami dimaklumkan bau harum itu adalah bau semulajadi dan bukan semua orang yang dapat menghidu bau tersebut, Subhanallah, istimewanya kedudukan Muaz bin Jabal disisi Allah dan RasulNya. Kami merasa sangat bertuah dapat berada disisi makam sahabat kesayangan Rasulullah ini.
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w memegang tangannya sambil bersabda:
"Wahai Muaz! Demi Allah aku sangat sayang kepadamu, demi Allah aku sangat sayang kepadamu.”
Kemudian baginda bersabda lagi: Aku berpesan kepadamu, wahai Muaz! Setelah selesai sembahyang, janganlah kamu lupa untuk membaca:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Yang bermaksud: Ya Allah! Bantulah aku untuk sentiasa menyebut namaMu dan bersyukur kepadaMu serta memperbaiki ibadat kepadaMu.
(Hadis riwayat Abu Daud).
MAKAM ABU UBAIDAH AL JARRAH
Abu Ubaidah Al-Jarrah lahir di Makkah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Beliau antara yang terawal memeluk Islam, selepas Abu Bakar As-Siddiq dan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah."
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda lagi.
"Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."
MAKAM NABI SYU’AIB
Nabi Syu'aib diutus Allah SWT kepada penduduk negeri Madyan untuk mengajak kaumnya untuk bertakwa kepada Allah SWT dan mentaatiNya. Namun kaum Madyan menolak ajakan Nabi Syu'aib, bahkan mencemuhnya. Akhirnya Allah SWT menurunkan azab-Nya kepada kaum Madyan sebagai balasan kekufuran mereka. Al-Qur'an menyebutkan nama Nabi Syu'aib sebanyak 10 kali dan menceritakan kisahnya dalam surah al-A'raf, surah Hud, dan surah asy- Syu'ara'.
Boleh klik di SINI atau google je untuk membaca kisah Nabi Syu’aib yang lebih detail.
Masjid dan makam Nabi Syu’aib.
MAKAM NABI YUSHA’
Makam nabi Yusha’ terletak di Barat Laut bandar Salt, Jordan, di atas bukit 1130 meter dari aras laut.
Yusha’ bin Nun adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran nabi Musa pada pertama kali tiba di "Tanah Yang di Janjikan" dan mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kan’an. Namanya tidak disebutkan secara langsung di dalam Al Quran, tetapi Al-Qur'an merujuk bersama dengan kisah Musa di dalam Al Maidah, Al Kahfi dan Al Waqiah..
Naik ke atas untuk melihat mata air yang masih kekal, sejuk dan nyaman.
To be continued..
Penghargaan Kepada : MR Travel
50 comments:
Wah, Ummi dapat hidu bau wangi tu. Subhanallah..
bestnye ummi..insyaallah coming soon js akan smpi sana jugak...doakan ye ummi moga hasrat hati js termakbul..
Masya-allah teruja kakak melihat paparan di N3 ini. Teruja dgn segala paparan cerita. Terima kasih berkongsi cerita dan gambar.
buah anggur yg segar mengoda jiwa dan raga ini......
salam ummi..segar2 buah buahannya..terliur juga dibuatnya..dapat juga tengok negara orang bila tengok gambar2 ummi ni..
@Aziela;
Alhamdulillah, rezeki dapat menziarahi makam sahabat kesayangan Rasulullah.
@Jemari_Suri;
JS ada plan nak pergi ye?, InsyaAllah semoga Allah permudahkan dan makbulkan niat baik JS tu.
@Kakzakie;
Terima kasih Kakzakie kerana sudi singgah. Harap kita sama2 dapat manafaat dari sedikit perkongsian ini. Sama2 kasih...
@NzA;
hehe, tergoda dengan anggur rupanya, memang best lah NzA,biasa kita makan yang diimport kan, ini yang betul2 baru dipetik.
@Kasih Salina;
Wassalam Salina...
Sama2 kita berkongsi pengalaman, harap ada manafaatnya juga kepada pembaca.
best nya Ummi..rasa sebak bila lihat makam sahabat Nabi
Assalamualaikum Ummi sayang...
dapat banyak lagi infi tentang sekajarh Islam di sini, tentu Ummi masih lagi terbau harum wangi makam Muaz.... alhamdulillah, Ummi terpilih untuk menghidu hartum baunya!
besttnya kalo sy jugak dapat smpy tempat Nabi nihh..trigin rasa ati nihh.
best nya dpt jejakkan kaki ke sana ummiross...
@Khairul;
Memang sebak khairul,tambah lagi bila teringat kesukaran nabi Syuaib berdakwah kepada kaumnya
bestnye Ummie... perjalanan yg indah, awal2 dah terpesona dgn buah2 yg segar
@Amie;
Waalaikumussalam dinda Amie..
Seronok sebenarnya bila mula menghayati kisah2 nabi dan sahabat ni Amie. Alhamdulillah..
@Deq's Qienz;
InsyaAllah moga satu hari nanti impian DQ menjadi kenyataan...
@MumMe;
Ye lah MumMe, syukur dapat peluang berziarah ke sana, terpahat ingatan indah.
ummi bestnyer tgk gambar ni..teringi rasa hati ni nk kesana juga..
tima kasih ummi sbb letk jg link wani kt bloglist ummi :-)
sedu sedan hati ini..rasa rindu pada Rasul Allah..subahanallah alhamdulillah dapat info bagaikan melawat sama..tq ya
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
Assalamualaikum Ummiross..
Kakya datang tengok gambar Dan baca cerita. Sangat menarik.. Pasti rasa nak Pegi lagi kan?
Salam kak
Bilalah sy berpeluang nak pergi ke sini?
@Wanieys a.k.a IbuQalief;
InsyaAllah, moga cepat tecapai hajat Wani.
Sama2 kasih Wani,nanti senang nak sikit nak singgah blog wani bila dah ada link tu.
@etuza;
Alhamdulillah,bila hati sentiasa rindu kepada Rasulullah, itu tandanya kita sayangkan baginda kan Etuza. Terima kasih juga singgah blog ummi, nanti ummi terjah blog etuza pulak ye.
@Deru Ombak;
Waalaikumussalam Kakya..
Betul tu Kakya, rasanya lepas ni ummi nak cari buku2 kisah para sahabat pula, dah jatuh cinta dengan kasih sayang dan semangat juang mereka terhadap Allah dan rasulNya,moga2 jadi motivasi pada kita juga.
@PinkUmmi;
Wassalam PU...
InsyaAllah, jika ada keinginan, moga Allah SWT makbulkan.
seronoknyer tq share pics & cerita ye ummi
wah...sampai juga ke jordan akhirnya..nice entry nih...tq sudi berkongsi...
@Kesuma Angsana;
untuk kenangan ummi dan untuk renungan bersama juga. terima kasih ye KA..
@izan mama mia;
Alhamdulillah, rezeki dah tua2 ni izan, hehe. Terima kasih ye
Bestnye ummi.. Doakan agar impian utk ke sana jadi kenyataan.. Sayunya hati baca kisah sahabat2 Rasulullah..
Tahniah lah sebab dpt pergi ke makam sahabat nabi..sila lah dtg ke blog sy.http://ajax85.blogspot.com
terima kasih atas perkongsian ummi. teringinnya nak ke sana:)
singgah rabu jenguk ummi :-)
kecur bila tengok gambar tu....
Salam Maal Hijrah Ummiross....lama Mak Wan tak singgah kerana masa yang terhad.....
Cantik2 belaka pic ummiross.lebih menggoda buah anggur
@Nor Salmi;
InsyaAllah Mi, moga satu hari nanti Allah makbulkan hajat Mi. Yelah Mi, memang tersentuh sangat hati dengan ketaatan mereka kepada Allah dan rasulNya.
@man;
Terima kasih man. InsyaAllah nanti ummi singgah blog man ye..
@Sweet N Pretty;
Sama2 kasih Intan. InsyaAllah, ummi doakan Intan dapat ke sana satu hari nanti.
@Wanieys a.k.a IbuQalief;
Terima kasih Wani,cayang Wani.
@Kazman / Sue;
Kaz/Sue, manis buah n fresh buah tu
@Mak Wan;
Salam Maal Hijrah juga Mak Wan..
Moga tahun baru ni tahun yang lebih baik bagi kita disisi Allah SWT.
Terima kasih Mak Wan, best buah2 tu Mak Wan sebab fresh lagi.
@ibuintan;
Alhamdulillah, tercapai juga impian ummi nak ke bumi ambiya'. Hehe, nak jemput makan pun tak dapat ibuintan,tengok gambar je lah ye.
wangi tu mcm mana ummie ? teringin nya nak menjelajah mcm ni ..
@puanbee;
Harum yang lembut bee, tak tau nak cakap. Kebanyakan yang menziarah makam ni dapat mencium bau harum ni, Wallahualam.
Subhanallah subhanallah subhanallah.. Semoga 1 hari saya bisa sampai ke sana juga :') Amiiien amieeeen ya rabbal 'alamin..
mohon share :)
@Annisa Mulia;
InsyaAllah moga Allah makbulkan.
@Nurin Irsalina;
Boleh, silakan.
Post a Comment