Dalam kesibukan tak sempat nak buat N3 sempena ulang tahun kelahiran anak sulong ummiross, jadi tengah malam gagahkan jugak untuk buat N3 ni. Nampaknya 3 bulan berturut-turut ummiross menyambut ulang tahun kelahiran, Januari, ummiross sendiri, Februari, anak bongsu dan Mac anak sulong pulak.
Anak sulong ummiross ni pemalu sikit, malu2 ‘Kuching’, hik2x macam ummi dia
jugak . Dah pesan jangan letak gambar dia, say no to ‘cheese!!!’
HAPPY BIRTHDAY ANAKKU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAR..
Just a simple celebration at Kenny Rogers Roasters. Hari Ahad ni dah nak balik Semenanjung, cuti semester dah berakhir.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
DOA DAN KASIH SAYANG DARI AYAH,
UMMI DAN ADIK…
10 comments:
happy birthday untuk anak ummi yg pemalu tu.. selamat panjang umur dan diberkati Allah kehidupannya.. wah bestnya kenny rogers.. dah lama tak makan kat situ..
salam singgah ummiross...
dah lama tak pi makan kenny rogers.
sedapnya muffin tu~
@Hanis Azla;
Terima kasih Hanis, amin, moga Allah makbulkan doa Hanis, nanti kita beli Kenny Rogers makan kat Tasik Cempaka ye, ajak Adriel n MumMe sekali..
@izan ishak;
salam izan, singgah lah selalu, ummiross suka.
Jom izan,jemput makan muffin...
as salam ummiross..
selamat hari lahir buat anak akak...semoga dia membesar menjadi anak yang soleh/solehah...
selamat berhujung minggu kak...:)
belum baca statement bawah tu dah tau kenny rogers... sedap tuuuu... rasa nak pegi pulak. he..he..
Adinda Amy Sensei;
waalaikumussalam Adinda ku...
Terima kasih ye, itulah harapan kami, moga dimakbulkan, amin.
Selamat berhujung minggu jugak Adinda Amy Sensei.
@Adzriel AB;
Waa familiar betul dengan Mr.Kenny ni ye Adzriel,
Jom join sekali...
selamat ulang tahun jugak kpd anak ummiros yg pemallu tu...
@my name is Yana;
Hehe,Terima kasih Yana...
Post a Comment