Petang tadi hujan lebat, perut berkeroncong sama kuat dengan bunyi hujan kat
luar,hehe..betul ke? Betul…bila hujan perut cepat lapor, bila lapor kita jadi kreatif
kan, so jom join ummiross berperang kat dapur, kita buat pizza ye. jommm…!
1. Uli semua bahan dlm 10 minit. 2. Tutup dgn cling film, biar 1-1 1/2 jam
3. Ratakan doh, letak sos pizza 4. Campakkan apa2 yg patut,tabur cheese
5. Yeaah, yg ni tuna flake dgn sos thousand island, ada hotdog atas permintaan
anak2.
Taraaaa!, dah masak, pilih lah yg mana satu…
Resepi doh ni ummiross ambik dr The Star, resepi Amy Beh ni memang sedap
dan rangup, lepas ni klu hujan, buat pizza ye,gerenti berpeluh2 menguli…
Pizza Dough
150g tepung high protin, 130g tepung gandum, 1/2 tsp gula, 1/2tsp salt,
3g yis segera, 15ml olive oil, 160-170ml air suam.
Ayak kedua jenis tepung dlm mangkuk, campurkan gula,yis,garam.Tambah
air n olive oil. Uli 10 minit. Gris mangkuk dgn sedikit olive oil, letah doh yg
diuli tadi, biar 1- 1 1/2jam hingga doh mengembang 2x ganda,tutup dgn
cling rap.
Bahagi doh kpd 2 bahagian, ratakan nipis, dlm 1cm tebalnya. Gunakan doh
ni sebagai base untuk pizza anda.
PS: Topping- campak2 je ye, lagi kreatif lg sedap pizza anda
16 comments:
Assalamualaikum Ummiross
wah ... best nyer
pizza kesukaan saya
kalau saya dtg ke kucing, jamu pizza yer
he he
Wassalam
wah..ummiross, ini pizza hut pun kalah. boleh buka gerai pizza ni. dengar crispy tu lagilah sedap nak mengunyah ni.
@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali
Hehe boleh2, klu tak menjadi ummiross order kat pizza hut je lah ye..
@Adzriel AB;
Hehe, ikut angin,hari ni angin rajin, besok2 bila angin malas datang, ke pizza hut jugak..
ya'ampun ummi...lamanya we all tak makan pizza buatan sendiri...terliur dah ni...adoiiii...baru lepas telan RV tu..cis...cis..cis... :P
@cikmin;
Tu lah cikmin, permintaan anak2 yg balik bercuti,
nk makan homemade pizza...
Perghh RV lagi, ummi yang terliur ni...
Lain kali mumme nak buat pizza cari resepi kat blog Ummiross lah yek...
@MumMe;
Boleh2, cubalah MumMe, doh ni simple yet so crispy
dap nyer ummieross..hehe
bee still kat kpg..
@puanbee;
Hehe balik kampung lagi best bee..
mengancam betul pizza ummiross tu.. baru ingat nak skip lunch hari ni.. nampaknya kena berkejar ke pizza hut pulaklah ni.. he..he..
@Hanis Azla;
Ooh diet ye, takpe nanti boleh jogging lagi...
ummiross : kalau masak guna microwave boleh ke? kot tak comel naiknya?
@Adzriel;
Rasanya boleh kot, microwave ni klu kena gayannya ok gak,
cubalah Adzriel
uit nk test buat lah nie...
@puanbee;
Cuba jangan tak cuba bee..
Post a Comment