Alhamdulillah juga, percutian ke London,Paris dan Zurich yang dirancang berbulan-bulan sebelum ni berjalan dengan lancar. Bunyi macam percutian mewah, tapi semunya bermula dengan promosi AirAsia RM699 ke London. Dah alang-alang ke London, terfikir best jugak kalau dapat ke beberapa negara Eropah berhampiran.
Semua urusan penginapan, transportation ke Paris dan Zurich termasuk pakej sightseeing dibuat secara online. Tanpa bantuan kawan ummiross dan suaminya yang tinggal di New Malden London, tentu holiday trip yang melibatkan 3 negara ni tak sebegitu mudah. Suami kawan ummiross ni selalu travel ke Eropah, anak jati London pulak tu,, jadi banyak information yang diberi sangat-sangat membantu, sehinggakan travelodge yang kami nak sewa tu pun siap di 'survey' nya dulu. Terimakasih banyak-banyak...
Nak booking online ni kena hati-hati jugak. Semasa nak ke Zurich ummiross ada jumpa satu group dari Malaysia, dua keluarga, 7 orang semua termasuk anak-anak. Simpati jugak dengar cerita dia orang ditipu, hotel di London yang dibooking secara online tak wujud, terpaksa minta kawan-kawan untuk cari hotel lain. Duit booking RM2000 lebih 'burn' macam tu je...
So beberapa entry ni, ummiross nak kongsi pengalaman holiday ummiross baru-baru ni, dapat jugak cuci-cuci mata, kalau dapat jadi panduan, alhamdulillah.
Travelodge Kingston Upon Thames, tempat kami menginap, dipilih sebab dekat dengan rumah kawan ummiross, senang nak berurusan dan tak kurang penting, bandar yang cantik serta pusat beli-belahnya yang memang 'mengancam'...hehe poketku yang terancam...
Old London Road, bersebelahan hotel, ke depan sikit shopping centre
Bandar Kingston masih lengang di pagi hari
Pagi-pagi buta kami dah keluar menghirup udara segar di tepi Sungai Thames
Gambar-gambar disekitar Charter Quay,pemandangan pagi di Sungai Thames ni memang cantik,walaupun badan sejuk membeku...
Berjalan-jalan melihat suasana disekitar bandar Kingston dulu sebelum ke London
Suasana persekolahan di Tiffin School Kingston
Seronok melihat rekabentuk bangunan yang cantik-cantik..
Haa tengok tu John Lewis, gila-gila jugak kami shopping kat sini, ada offer dari 20%-70%, dah dekat Krismas agaknya, kata kawan ummiross jarang-jarang je ada offer, tak taulah tuah badan ke merana badan, hik3x...
8 comments:
Assalamualaikum Ummiross
Alhamdulillah...selamat pergi dan selamat balik
mukin lebih jimat booking sendiri drp ikut travel
macam saya tak ada kawan disana mukin susah sedikit le...macam nak pergi jer ..he he
Wassalam
salam ummi...wahhh...cite lah lagi..boleh jugak buat panduan andai kami suami isteri nak kesana nanti..nak cari percutian yang bajet2 je..takmo yang mewah sangat..asalkan dapat sightseeing dan sopin2 sket dah lah kan.. :)
@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali
Ye lah, memang jauh lebih jimat, duit lebih tu boleh le buat shopping skit2. InsyaAllah klu dah dapat lokasi penginapan yang strategik dan dekat dengan train station,perjalanan disana tak susah mana,dengan sekeping tiket(travelcard) kita boleh naik semua jenis transport kat sana...kena rajin bertanya,dia orang very cooperative...
@Cikmin
InsyaAllah cikmin, kalau ada niat tu sampailah nanti,ummiross ni pun niat dari muda lagi,tua baru berpeluang hehe..
Ye lah cari yang bajet2 sudahlah,kita balik tido je kat hotel,yang penting boleh kenal tempat orang,sopin skit2 insyaAllah...
wah seronoknya.. citernya masa ada sambungan lagik kan?..tak tahu bila boleh sampai kesana..
bestnye ummi.. :)
@Elly &Emmy;
InsyaAllah ada sambungan lagi,London the series hehe...
Alhamdulillah seronok,nanti the twin pegi ye...
@atie aizam;
Alhamdulillah atie,memang best,
atie bila lagi...?
Post a Comment