Friday, October 29, 2010

JUARA GADIS MELAYU 3 -TV9

Selesai sudah acara kemuncak final Gadis Melayu Musim ketiga dan juara ikon Gadis Melayu musim ke- 3 menjadi milik Norazrina Mohd Salleh(RINA)  .Beliau terpilih setelah berjaya menewaskan 4 peserta yang lain yang tersenarai sebagai top five, terdiri dari Nur Diana Zainuddin, Afiqah Hazwani Md Nordin, Siti Nur Afiqah Abdullah dan Fatheen Nabila Ghazali dalam sessi soal jawab oleh juri.
 
Sebelum itu para peserta melalui cabaran bergabung dalam teater muzikal yang menyentuh tiga isu semasa iaitu banjir di Pakistan, wanita-wanita tabah di Gaza dan juga isu pembuangan bayi. Mengangkat tema kemanusiaan dan mencari  jiwa yang lebih prihatin terhadap isu semasa, itu yang di cari dalam personaliti diri sembilan peserta akhir pencarian Gadis Melayu 3 pada final ini.
 
                                     RINA- JUARA GADIS MELAYU MUSIM KETIGA
 
Jom tengok promo ni, untuk mengingat kembali wajah-wajah Gadis Melayu 3.
 

Hadiah-hadiah yang dibawa pulang adalah seperti berikut:
 
Juara Ikon Gadis Melayu 3 (berjumlah RM160,000)
   - Wang tunai RM30,000
   - Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
   -  Barangan Singer bernilai RM10,000
   -Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
   - Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

Tahniah diucapkan kepada RINA dan semua peserta...



No comments: