Monday, September 20, 2010

KEMBALI BERSIARAN-BERITA MENGEJUTKAN

Fuhh, fuhh,fuhh...tiup-tiup sikit, dah berhabuk blog ni, hampir 3 minggu tidak bersiaran. Maaflah jika ada kunjungan dan email tidak berbalas, internet dah jadi macam iklan biskut, sekejap ada sekejap tak ada.
 
Baru terasa kelapangan masa, sunyi pun ada, anak-anak semua dah balik kampus. Teman-teman baik pun ada yang belum balik ke Kuching, ada yang sempat melancong ke Hong Kong lagi selepas raya. Semalam di jemput beraya di rumah kawan dari Semenanjung, berita mengejutkan, suami beliau akan bertukar ke Kota Kinabalu, harap-harap dapat balik Malaya, rupanya makin jauh...Kurang lah sorang lagi teman rapat, tak dapatlah lagi makan nasi dagang Kak Yah yang sedap tu...

Banyak berita mengejutkan berlaku dalam kesibukan Ramadhan dan Syawal. Terkejut dan sedih dengan berita kematian tragis Datuk Sosilawati. Sebagai bekas pengusaha salon, ummiross familiar benar dengan jenama Nouvelles Visage ni. Walaupun tidak pernah menjadi pengedar produk ini, tapi ummiross tabik kepada produk ini kerana ia antara produk kecantikan dan penjagaan kulit yang terawal keluaran anak tempatan dan masih bertahan hingga sekarang.
 
Lebih terkejut lagi dengan berita bunuh diri pengasas sabun Aveer, Puan Sarina. Ummiross pernah bersua muka dengan beliau beberapa tahun dahulu, ketika beliau menghantar sabun Aveer ke salon ummiross ( di Semenanjung). Walaupun sekejap sahaja bertemu, tapi perawakan beliau sangat peramah dan mudah mesra. Apa yang tak kena ye, rasa macam tak percaya...
 
Tak sabar pulak rasanya nak mulakan balik aktiviti yang banyak terhenti, rindu kelas bahasa Arab. Rindu jugak nak menyambung bacaan Al Quran setelah akhirnya dapat mengkhatamkannya pada malam 29 Ramadhan. Meskipun agak terlewat, ummiross sangat-sangat bersyukur kerana dengan rahmat kasih sayang Allah dapat jugak ummiross menghabiskannya. Mungkin kerana rasa syukur yang amat-amat sangat, malam itu menjadi malam yang sangat syahdu, airmata mudah tumpah hingga ke dinihari...
 
Ramadhan dan Syawal tahun ini penuh warna-warni, ada suka dan duka, ada jugak peristiwa yang sukar di percayai, "ghairu ma'quul" kata orang Arab. Apapun kepada yang telah pergi buat selamanya,semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Semoga Allah jugak menerima segala amal ibadat kita, apa lagi yang diharapkan selain dari redha Allah....
 
 

2 comments:

Unknown said...

lama tak nampak ummi :) selamat hari raya :)

ummiross said...

@Ieda Al-Habsyi;
Salam Ieda, ye lah lama menyibukkan diri hehe
Selamat Hari Raya buat Ieda sekeluarga...